Saturday, April 18, 2009

Powernya doa mak!

Beberapa bulan kebelakangan ini akak tak berapa sihat. apabila masuk ke bulan yang kelima ketidaksihatan ini berlanjutan, akak pon mulalah berjumpa dengan pakar-pakar yang sepatutnya. Bermula dengan pakar A yang biasa akak jumpa dulu.

Pakar A: semasa berjumpa pakar ini dulu, 'benda' tu langsung tidak dijumpai. fokus hanya pada bahagian lain. jadi akak pon makan lah ubat yang dia bagi untuk betulkan bahagian lain itu.

Selepas lima bulan baru akak jumpa dengan pakar seterusnya iaitu Pakar B.

Pakar B: apabila masalah berlanjutan, akak pon berjumpa pula dengan pakar B. tiba-tiba terjumpa pula 'benda' itu. nampak seperti sesuatu yang membahayakan dan kemungkinan besar punca kepada masalah ketidaksihatan yang lama itu. jadi dia mencadangkan untuk akak melalui satu pembedahan kecil (minor surgery) untuk membuang 'benda' itu.

akak dah pasrah je untuk surgery lagi! (lagi sebab macam hampir setiap tahun akak go under the knife.. hehe!) dah fikir dah, kesian abang Farid nak kena amik cuti, nak kena stay kat hospital dengan akak. dah hampir prepared mentally laa kononnye lepas tu. tapi mak dan ayah tak berpuas hati. mereka mahukan pandangan kedua (second opinion.. :p) jadi selepas dua hari berjumpa Pakar B, akak pergilah bersama ayah untuk berjumpa pakar ketiga, Pakar C.

Pakar C: menurut Pakar C, 'benda' tu kecil je. tak perlu pon pembedahan. biarkan pon takpe. tidak signifikan sangat pon. akak pon berkata di dalam hati, "aik! takkan dalam masa dua tiga hari 'benda' tu boleh mengecil dan hampir tiada pula." akak cakap macamni sebab akak tengok gambar ultrasound tu. memang lain gila! jadi Pakar C hanya mencadangkan ubat yang biasa-biasa sahaja yang akak boleh terus beli dari farmasi. akak pulang dengan hati yang sangat gembira dan lega. 

pada petang tadi barulah mak bercerita, apabila mendengar cadangan Pakar B, mak terus berdoa. berdoa sepanjang hari dengan  salah satu nama Allah iaitu As-Salaam yang bermaksud Maha Sejahtera atau Maha Selamat.
Tak putus-putus mak mengulang doa-doa termasuk berdoa dengan nama-nama Allah yang 99 tu. tapi mak fokuskan juga pada nama yang ini sebab yakin dengan kelebihan setiap nama Allah untuk keadaan yang berbeza. mak harap sangat akak selamat dan sejahtera dari ketidaksihatan ini. sahabat mak yang bagitau mak, kalau tak sihat, bacalah atau zikirlah As-Salaam ni dengan penuh keyakinan Allah akan sembuhkan. Nak tahu apa yang berlaku akhirnya?


ketidaksihatan itu terus hilang! hilang tanpa sebarang pembedahan mahupon ubat! actually akak memang sengaja lambatkan ambil ubat tu. skali dah baik pulak dan tak sempat pon makan ubat tu. dahla mahal okeh beli ubat ni! hehe! some people say its miracle, to mak... itulah keyakinan kepada Allah.

Pengajaran:
  • Sayangi dan hormati mak kita. Doa dia power tau!
  • Marilah kita sama-sama berdoa dengan nama-nama Allah. tapi sebelum nak mintak-mintak tuh benda wajib bagi settle dulu laa. baru takde hijab (halangan untuk doa dimakbulkan) kan. 
  • akak sudah sihat! yay!!!

6 comments:

sy5005 said...

hi Tisya.. akak pun percaya pada Power of Do'a.. insya Allah..

asma'hatta said...

mak kalau doa mmg bersungguh2..
teringat masa mak drive gi naik genting highland..masa tu mak risau sbb xbiasa drive ke sana plus jalan bengkang bengkok plus byk accident pernah diberitakan..and sepanjang perjalanan tu mak ulang2 baca doa naik kenderaan tu..ramai2 baca skali..xpenat2 sampailah ke destinasi..lama jugak la dok ulang2 doa tu..jadi mcm zikir..tp alhamdulillah dpt pengajaran di situ bahawa kalau nak doa kat Allah, jgn main2, kena yakin dan minta betul2..

kesimpulan..mak mmg best!!

p/s: akak, "akak sudah sihat" tu meaning dah ada ape2 ke??

S said...

suka la entry ni. so well written. tenang je hati bila baca. :)

moga sihat selalu, tisya

aishahhatta said...

Kak syera: :) betul betul betul. Allah memang sayang pada hamba dia yang mengharap pada Dia je kan!

adik: sihat tuh sihat jekla. takde makna di sebalik.

me: oh soo terharu dengan komen mu! hehe. tenang-tenang aja ya!

abang said...

abang rasa mak hari2 doa dapat anak yang soleh dan solehah. sebab tu abang dilahirkan ke dunia. makbul doa emak, aminnnn.

aishahhatta said...

abang je ke? hehe!