Showing posts with label Hakim Hatta. Show all posts
Showing posts with label Hakim Hatta. Show all posts

Monday, August 23, 2010

Dibo Dibo Ding

sekarang sudah pukul 7.45pagi. perkembangan usaha akak untuk tidak tidur masih berjaya walaupon menguap macam hape saje. by the way, semalam akak memang sangat berjaya lah. tak tido langsung sampaila malam. dan semalam merupakan antara hari puasa paling bagus untuk akak. selain sakit kepala yang memang tak berhenti sangat lagi tu, akak okay. makanan tak keluar balik after masuk. solat tarawikh berjemaah. dapat main dengan hafiy lagi kejap-kejap. cuma bacaan Al-Quran yang sepatutnya 1.5 juzuk sehari je tak habeh semalam.

alaaaa..... hafiy dah nak balik ireland. flight 9pagi nih. budak ketot (nih onyang dia panggil.. etot.. oo etot) ni naik kapal terobang macam naik bas jek. ntah berapa kali dah. baru 9 bulan, dah lebih 10 kali kot.. dari Cork ke London ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar.. (ok..ok.. u get the picture right! :p). kita dulu, masa kecik, mana ada sukahati naik kabang kan. (kabang = kapal terbang versi akim masa kecik... bila nampak je, dia jerit: kabang! kabang! hehe comel je. tapi sekarang dah tak comel sebab hafiy yang comel ketot plak) hmm... rasanya first time akak naik ialah.... hmm.. pegi Medan kot. masa Form 1. satu family pergi. masa tu Mirah dalam perut mak lagi.

ingatkan nak letak gambar hafiy. tapi rasa malas plak nak pindahkan gambar. jadinya, sampai di sini dulu. didingbodiboding!

Saturday, September 19, 2009

indahnya siri 2

yang best di hari raya sebenarnye bukanla hari tersebut. tapi...

suasana sekeliling,
buat kerja dapur sama-sama,
gelak ketawa dengan lawak ayah,
ayah terhiris jari dengan pisau di tangan yang baru diasah,
wajah mak menumis dan memasak rendang hasil potongan anak-anak dan ayah
yang jarang-jarang semua nampak muka di dapur,
wajah semangat opah menyimpul-nyimpul ketupat palas,
jeritan-jeritan akak memanggil akim dan kamil masuk ke dapur,
wajah mirah yang risau kenapa tangan dia panas-panas lepas buang kulit halia yang banyak,
wajah abang farid yang berjaya menghiris bawang segunung lagi cepat dari ikah,
wajah abang mengupas kulit bawang sambil mengemas semula tempatnya,
wajah kamil bila dikomen hasil hirisan serainye tahap B+ sahaja,
wajah ikah menangis-nangis menghiris bawang,
wajah akim berlakon rajin baca buku tentang rasulullah kat dapur,
wajah-wajah gembira adik-adik memikirkan duit raya yang bakal diterima,
wajah-wajah gembira abang kakak yang nak memberi duit raya.

itulah yang bestnya kan!

to adik: mak tak sempat lagi nak bagi ko resepi kuah kacang sebab sibuk di dapur.
siannn ko buat semua sorang-sorang. sila nangis teresak-esak...
ngehngehngeh!


p/s: gambar kena tunggu kamil ke sesapa transfer dari phone.

Monday, September 07, 2009

Pre-raya

Gambar pre-raya telah pon ditangkap. sungguh sopan dan ayu saje semua orang... hehe!dah bertahun-tahun gambar adik takde dalam gambar raya. so tahun ni berjaya la menangkap gambar yang ada adik dan Fairuz.




Tapi sebelum nak mendapatkan gambar yang penuh formal di atas, inilah usaha yang berjaya dilakukan:

abang jatuh nak cepat-cepat masuk dlm gambar sambil kamil sepak perut abang farid dan akim buat muka chipmunk konon comel, mirah perasan ayu dan akak tergelak besar. semua tunjuk gigi tak berapa sesuai untuk iklan ubat gigi... hehehe!




yang ni pulak ayah dah ready, mak terkejut sambil adik pulak perasan ayu. akim muka ntahpape n mirah merenung masa depan kot. :p. kak suhaila? buat ape tu?



yang nih salam raya la kononnye. adik tak dilayan oleh mak yang sedang bersalam dgn ayah. fairuz gelakkan adik yang tak dilayan oleh mak. akak dan tikah yang vogue sambil diperhati oleh kak suhaila. mirah lost in her world. =D

Tuesday, June 09, 2009

Respond!

Respond! inilah kata-kata yang digunakan bila abg kerel baling je bola bowling, abang farid kena respond dengan balingan yang lebih hebat! dan selalunye respondnye memang mengagumkan. STRIKE! abg farid sangat hebat sehinggakan beliau memenangi kedua-dua game. tahniah!

ni keputusan game pertama:

keputusan game kedua:

kami bermain sambil makan aiskrim yang dibelanja oleh abang kerel.

the players:

the players with the winner:

cubaan mencalar kereta abg kerel! haha

Tuesday, June 02, 2009

Rombongan Kak Ecah

Pada sabtu baru-baru ni kami sekeluarga telah berjalan-jalan makan free ke kenduri-kenduri. ada tiga terus dalam masa satu hari. untuk kenang-kenangan rombongan Kak Ecah, marilah kita tengok gambar-gambar yang ada, tambahan pula mari kita jeleskan adek sebab tidak dapat pergi ke kenduri kawannye iaitu Pn Raudah. yang lagi dua pasangan itu ialah sahabat akak yang agak-agak sama-sama membesa di Oz dulu.. 

Antara ahli rombongan Kak Ecah ialah jejaka-jejaka kotak. bukanla bentuk mereka seperti kotak, tapi semuanya memakai baju bentuk kotak-kotak. akim nerd ialah yang paling kotak. (ayat ni saje nak kutuk akim)

Ini pula ahli rombongan di kalangan wanita-wanita cantik di dunia. tercantik ialah mak. tempat kedua ialah sudah pastinya Kak Ecah sendiri. yang lagi dua, silalah bergaduh untuk dapatkan tempat ketiga dan keempat. siapa nangis dulu dia kalah dan dapat tempat keempat ye!

Ini ketika di kenduri Raudah. lihatlah si pelahap ini. nasib baik ada mirah untuk bagi gambar ni nampak cantik. tapi disebabkan akak yang tangkap gambar, memang akim pelahap pon nampak kurang nerd sedikit. (sila lihat ke butang baju kemeja yang dibutangkan sampai ke butang yang terakhir, beserta fesyen rambut akim. nerd kan? kan? kan? hahaha)

Mabruk Raudah dan Mahmud! Maaf tak sempat nak tunggu sampai pengantin sampai. :)

okeh. jejaka kontrol hensem. terutamanya yang pakai spek itu.. seperti muka yang berkata "hai semua.. saya masih bujang. call me now!" ha!ha!ha! itu tengah masyukkk makan kambing golek punya pasal.

ini pula ialah Nadia. sangat cantik kan!!! ada ilusi dia jauh lebih tinggi dari akak sampaikan tadi mirah cakap, "eiiii akak nih pendek la". sungguh tidak sedar diri lah mirah ni kerana dia lagi pendek dari akak sekaang. tahun depan tuh lain kira lah.

haa! tengokla Nadia pakai kasut tinggi laaaaa. sebab tuh akak nampak rendang sedikit. tapi masih comel. jangan risau (kalau ada yang risau la kan.. :p)

ini pula di kenduri yang terakhir iaitu kenduri Puan Aizat dan  Encik Pijang. dah beberapa kali akak katakan kepada kameraman supaya jangan tangkap gambar penuh sehingga kaki. tapi dia masih menangkap gambar penuh. harap maafkan sajalah ye encik pengantin kerana nampak selipar kuning yang berkilauan itu. almaklumlah, kami sampai di situ masa kenduri dah abeh. pengantin dah start kemas-kemas khemah ye. jadi sudah pastilah mereka akan menukar selipar.. takkan nak pakai kasut cantik-catik basuh periuk kan!
Itulah sahaja kisah Rombongan Kak Ecah ke kenduri-kenduri. didoakan kepada pengantin-pengantin:

"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

 

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"


Monday, May 11, 2009

Akim!

Happy birthday! dah 10 tahun dah kan?? umurnye dah besor. tapi perangai macam baby!

 

dah.. jangan ngada-ngada lagi. sila jadi budak yang baik mcm kakak2 dan abang2.

 

main game DOTA tuh tak elok sebenarnye. takyahla asek nak main game tu.

 

akim kena dapat nombor satu dulu waktu periksa, baru dapat hadiah.... (dari sekolah... hahaha!)..

 

okeh.. selamat hari jadi lagi skali!


Wednesday, May 06, 2009

Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg

Dey! apa akak buat tajuk macam merapu-rapu dah ni. sudah gila ke akak? atau terlalu stress? atau menghadapai masalah dalaman?
mungkin itulah yang difikirkan oleh adik-adik akak yang tengah baca blog ni. akak tak gila! akak tak ada masalah mental! akak cuma nak kenalkan nama salah sebuah tasik di Amerika. serius! sangat sangat serius!
kalau tak percaya boleh klik di sini atau di sini. walaupon tak de description atau gambar tentang tasik ini, tapi terbukti la kewujudannya. sampaikan surat khabar di Malaysia pon ada artikel tentang tasik ni:
---------------------------

Nama unik tarik pelancong

Tasik chargoggagoggmanchauggagoggchaubu-naguhgamaugg , itulah nama sebuah tasik yang terletak di pekan webster, massachusetts, Amerika Syarikat. Tasik ini yang mempunyai keluasan 1,442 ekar telah diambil namanya dari bahasa puak Red Indian, Nipmuc yang dikatakan bermaksud "tempat memancing di kawasan sempadan".
Namun terdapat pelbagai versi dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud "Awak memancing di sebelah awak, saya memancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah".
----------------------------
Itulah sahaja kemaskini akak di dalam blog pada hari ini.
Pengajaran:
  • bila akak taip perkataan yang korang taktau, janganla terus menganggap akak merapu. akak ni seorang yang tidak suka merapu... (ecceehh!)
  • nama nih boleh bagi kepada adik angkat kita dalam akuarium ayah tu. cuba mirah ke akim ke pegi depan akuarium pastu sebut ni kepada ikan paling besar yg ada: Morning Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg!
  • selamat berjaya mencuba untuk menyebut perkataan ini.

Sunday, May 03, 2009

Geografi?

Akak tengah pegang globe yang kecil, kemudian menyuruh akim mencari tempat-tempat tertentu:

Akak: Akim, cuba cari venezuela..

Akim: kat Eropah kan?

Hahahahhahaha...............

Wednesday, April 29, 2009

Akim, are you okay?

Kanak-kanak biasanya akan melalui satu tahap di mana mereka suka bermain dan berimaginasi sorang-sorang. akim mmg tidak terkecuali. habit yang paling selalu dibuat oleh akim ialah berlawan seorang diri dipanggil 'dush-dush'. aksi akim telah berjaya dirakam oleh kamil secara rahsia:



menarik tak? harap maaf video kurang clear. tapi masih mencapai maksud dan objektif. hehehe!

p/s: akim sedang marah pada akak kerana mengupload video ini. biarkan!

Akim says the some things!

Dah lama dah nak tulis pasal akim ni. ada yang masih baru. ada yang dah agak-agak basi sbb dialog masa dia kecik-kecik dulu. marilah kita bergelak-ketawa:
 
-----------------------------------------
 
Akim: mak.. mak! pipi akim licin sangat la. sampai semut nak panjat pon tak boleh.. (sambil pegang pipi dan buat gaya semut panjat-panjat pipi dia pastu semut tu jatuh tergelincir)
 
-----------------------------------------
 
Akak: akim, periksa dpt no berapa?
Akim: No. satu la.
Akak: ada banyak seratus tak?
Akim: adalah 5 ke 6 kot.
Akak: kenapa 'kot-kot' plak?
Akim: yelaa.. akim tak ingat. BANYAK sangat!
 
-----------------------------------------
 
sekarang akim dah tak seterer tuh. asyik taknak belajar je. main DOTA tak habeh-habeh. ujian baru-baru ni dapat no 4 ke 5. sambil jawab: "biarlah!" dengan gaya yang sungguh kerek. siapla... major payne dari kamil! kamil dah nak masuk Uniten tuh. so dia kena tolong berkhidmat dengan akak untuk memajorpaynekan akim selalu. hehehe!
 
cukup untuk hari ini. akak sedang sibuk...!

Friday, April 24, 2009

Ayah ada anak angkat baru!

Kenapa ayah suka sangat ambil anak angkat?

 

mungkin 'anak angkat' lebih comel dari kita. ha!ha!ha! ingatkan tempat tinggal mereka yang ada sekarang sudah cukupla untuk ayah menikmati pemandangan 'anak-anak angkat' nya. ada banyak dah 'anak angkat' dalam tu kan walaupon ada yang sudah menemui ajal mereka setelah cuba nak lari dari rumah.. (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...) nampaknye jangkaan akak meleset. meleset sgt jauh.. sejauh lautan penuh ikan. lihatlah 'anak-anak angkat' baru ayah:

 


(gambar diculik dari blog ikah) 

 

kepada adik dan abang yang di perantauan... inilah 'adik-adik' baru kita.

 

kenapa akak panggil ikan 'anak-anak angkat' ayah?

 

bayangkan... apabila ayah pergi merantau. ke timur, ke barat ke utara ke selatan.. ke mana-mana sahaja lah. ayah akan menelefon kami di rumah. soalan pertama ayah biasanya ialah:

 

"ikan-ikan dah bagi makan?"

 

like hello... tak tanya pon kami dah makan ke belum. ha!ha!ha! maka kesimpulan di sini, ikan-ikan ini bukan sekadar hobi. mereka adalah 'adik-adik' kami. mereka adalah 'anak-anak angkat' ayah. tapi kami tahu kasih sayang ayah tidak berbelah bagi... (^_^) kepada anak-anak ayah ini. cuma kadang-kadang kami sahaja yang degil sedikit... tak caya tengok lah akim tuh! (hehe tak pasal-pasal kena!)

 

Pengajaran:

  • silalah bagi adik-adik makan.. tak kira adik angkat atau adik seperti akim n mirah.
  • ayah seorang yang sukakan kedamaian dan ketenangan. kalau balik keje tengok akim ngan kamil main dota, mana nak tenang kan (ha!ha!ha!) jadi tengok anak angkat tuh lagi tenang...
  • kepada abang kerel, balik jangan lupa singgah kedai Akuarium sebelah zoo. bleh beli 'makanan' adik-adik angkat nih. :)
  • haiwan-haiwan nih sentiasa berzikir kepada Allah. jadi kepada abang farid dan kamil, janganla dok main terkejut-terkejutkan ikan tuh... hahaha! kang ada yg mati pula. kena soal siasat dengan ayah kang! kes pembunuhan kejam. :p

Thursday, April 23, 2009

Bukti kehebatan emak


Jika kita semua merujuk kepada cerita akak tentang Majulah sukan untuk keluarga, akak ada bercerita tentang mak yang pasti menang setiap kali mak menyertai pertandingan mengupas epal.  akak berjaya merakamkan kehebatan emak kerana emak sekali lagi memenangi acara ini. saksikanlah juara kupas kulit epal paling panjang dan tidak putus sampai habis sebiji epal: 

Dr. Kalsom Maskon!



Hebat kan mak kita? hehe! tengoklah anak-anaknya. potong epal tak reti, makan je reti. ha!ha!ha! tapi memang kami mewarisi kecomelan mak. :p


Ini pula bukti kehitaman akim si kuda belang:


Gambar manja akim dengan mak di depan rumah biru (Usamah). akim, takleh besar lagi ke topi?


Mak sedang memerhatikan hasil kupasan jiran-jiran. jangan risau mak. mak mmg hebat! oh-so-the-comel la topi mak pakai. macam amoi pon ada juga. hehehe!


Mak memang seorang yang adil dalam mengasihi dan menyokong anak-anak sewaktu hari sukan. buktinya, akim rumah biru, mirah rumah hijau, so mak pakai baju biru-hijau yang akak belikan. untuk dapatkan baju yang cantik ini, sila layari laman Nauwar ini.

Itulah sahaja berita sukan dari padang sekolah SMK Taman Melati. sekolah mirah n akim tumpang padang orang sebab sekolah mereka iaitu SRI Pintar tiada padang.

Sekian, terima kasih. Tiada pengajaran untuk kali ini.

Tragedi April

Dah lama tertunggak stori-mori pasal hari sukan mirah dan akim. setelah mereka jadi itam dan semakin pulih semula, akak masih belum mengemaskini stori tentang mereka. maka pada kali ini, akak pon nak bercerita dengan video ini. sila lah menghayati... Tragedi April dengan pelakon utama ialah mirah yang memakai baju hijau:


Sedih bukan tragedi ini?

Friday, April 17, 2009

Nak jadi pandai tak?

Tadi akak, kamil dan akim pegi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. walaupon tak beli apa-apa sangat tapi akak suka sebab semua semangat nak beli buku. bacanya belum tentu lagi la.he!he!he! tapi kalau akim & mirah nak jadi pandai macam kakak2 dan abang2, sila lah rajin membaca. kat rumah mak tu ada banyak sangat buku yang korang boleh baca. dari ensiklopedia, novel, majalah, buku fiksyen, buku yang non-fiksyen, buku pelajaran, kamus dan macam-macam lagi. 

mari akak bagi contoh pengetahuan yang korang boleh dapat kalau korang baca buku:

Tajuk buku 1:
 I Wonder Why - Countries Fly Flags. 
kalau akim dan mirah baca buku ni, sudah tentulah kamu-kamu akan tahu fakta ini:

Translasi: Di Pulau Madagascar, pengantin lelaki perlu memberi ucapan kepada bakal pengantin perempuan sebelum mereka berkahwin. Jika ucapan itu tidak bagus, dia akan didenda dan perlu memulakan ucapan semula. Nanti ikah atau mirah nak kawen, kita mintakla bakal suami dia bagi ucapan... pastu boooooo dia ramai-ramai dan denda RM100 kepada semua adik-beradik jika ucapan dia tak best. pastu suruh dia jerit: welcome to Madagascar! we like to move it move it! ha!ha!ha! tentu ikah dan mirah dah takut nak kawen pula ni.


Tajuk buku 2:
National Geographic.
kalau korang cuma tengok gambar sahaja dalam majalah ini pastilah korang tahu bagaimana rupa otak manusia. huhu!



Tajuk buku 3:
Kamus Dewan.
dan kalau korang hanya membuka sekali sekala buku/kamus ini:

korang akan tahu perkataan 'comek' itu wujud dan maksudnya ialah sotong. bukan comel ye! dan perkataan comel bukan sahaja bermaksud cantik dan menarik, malah bermaksud merungut atau membebel. mungkin boleh cakap pada makcik-makcik yang suka membebel atau berleter, " makcik! makcik! makcik nih comellll saja!" sudah tentu dia akan tersenyum walaupun kita sedang mengutuknya. ha!ha!ha!


Akhir sekali kalau nak pandai, jangan makan benda ni:
Biarlah akak sahaja yang makan sebab akak tiada peperiksaan tahun ni. ha!ha!ha!

uuuuuuu! nampak sedapnya! yumm yummm!

Pengajaran:
  • ingat tau! korang tak boleh makan makanan tergambar di atas. jadi bila nampak kakak atau abang makan, biarkan mereka. sila main jauh-jauh!
  • membaca amalan mulia. :)

Monday, April 13, 2009

Pendedahan Eksklusif!!

Apa perasaan kamu melihat gambar-gambar budak yang comel? dari air muka yang jernih, senyuman penuh inesen... oh alangkah indahnya dunia mak dan ayah melihat kamu-kamu semasa kecil. pasti mak membayangkan anak-anaknya akan menjadi seorang yang bersopan-santun, menjaga perlakuan dan tuturkata, harum sentiasa, tidak melawan kata dan sebagainya. mari kita tengok contoh muka-muka inesen dan comel ini:

Ini ialah akim... bersama bola Dragon Ball yang hilang itu. eh bukan! itu belon la..



ini pula ialah mirah. dengan memakai tudung ala-ala menter*i yang seorang itu. dengan gaya ala 90-an bersama mata yang dibulatkan. sangat comel! apatah lagi apabila memakai baju kurung yang dibuat dari lebihan kain membuat baju opah. ohhh rasa mahu mencubit pipi itu!


Ini??? ya Allah anak sapaa laaa kiyut-miyut-ziyutt ni? dgn idong penyeknye, mata macam baru bangun tido, telinga ala-ala telinga Nabil. ha!ha!ha! gambar ini diambil pada tahun 1997 rasanya. songkok pon rasanya extra besar sket dari kepala kamil yang memang besar tuh.




Tapi... setelah beberapa tahun berlalu, adakah mereka masih secomel itu? masihkah mereka semurni dan sebersih wajah-wajah tertera di atas? masihkah mereka wangi dan harum selalu? masihkah mereka mendengar arahan mak dan ayah? masihkah mereka?

jawapannya... Teeeet! tidak. ha!ha!ha! tengok sajalah gambar-gambar ini:

kamil main dota sambil tak mandi dah nak masuk dua hari. rambut panjang degil takmo potong. mari zoom in jerawat, jeragat dan bintik-biktik hitam di hidungnya...



mirah dengan muka yang tak berapa comel. dahla makin kuat makan sebab katanya mahu jadi gem*uk macam salah seorang kakaknya yang pastilah bukak akak.

oh! nasib baiklah hakim masih comel sedikit. tapi degilnye.... Ya Allah. adek, nanti balik tolonglaaa major payne kan budak nih. dah la ikut perangai kamu takmo mandi. lepas tu kalau nak suruh solat, kena cakap 80kali baru nak gerak. itupon kalau siap cakap nak buang Dota dari komputer.
Pengajaran:
  • Di manakah anak-anak ayah yang comel lagi bersopan-santun?
  • Pendedahan Eksklusif ini adalah permintaan kamil. tapi telah disalahertikan oleh akak dan menjadi post yang menembak-belakangkan (memback-fire) kepada beliau. ha!ha!ha! padan lah dengan mukanya. sila lawat blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan budak nakal ini. klik sini.
  • nasib baiklah mak ayah masih ada anak yang comel dan sopan-santun seperti akak dan abang.

Saturday, April 11, 2009

Kenapa akak perlu berbelanja lagi?

Dalam pembentukan anak yang soleh dan solehah, mak dan ayah dah membelanjakan banyak wang membeli buku-buku, baju-baju yang menutup aurat, sambungan internet (sumber maklumat la katakan), sambungan astro (untuk rancangan yang baik-baik tentunya.. :p), dan sebagainya. sudah pasti akak tidak mahu ketinggalan dalam membentuk adik-adik ku ini. jadi... perlulah akak membelanjakan wang juga kan? kan? 

jadi, semalam akak telah menghabiskan sedikit wang untuk adik-adik tersayang dengan membeli benda-benda ini:

Upin & Ipin Ep. 1-6 2008


Upin & Ipin Ep 7-12 2008


Upin & Ipin Ep. 13-18 2008


Upin & Ipin Ep. 1-6 2009


Upin & Ipin Collection





Upin & Ipin Ep. ANNA SUI??

Aik!!! Apakah kaitan Upin & Ipin dengan Anna Sui Wallet ini?? pasti itulah soalan yang terngiang-ngiang di telinga adik-adikku yang entah sudah dikorek ke belum itu. Persoalannya iaitulah adik-adik tentu mahukan seorang kakak yang solehah dan ayu seperti kamu-kamu. kalau mahu jadi solehah, akak boleh menonton Upin & Ipin bersama adik-adik semua, manakala untuk menjadi ayu, akak boleh menggayakan wallet Anna Sui ini sambil menonton Upin & Ipin bersiri itu. logik kan? kan? 

Maka, itulah sebabnya akak perlu berbelanja (baca: sopeng) lagi. bukan untuk diri sendiri. tetapi supaya kita semua jadi solehah dan kamu mempunyai kakak yang solehah dan ayu. bukankah itu baik? ha!ha!ha!

Pengajaran:
  • akak memang mahukan yang terbaik untuk adik-adik bukan sahaja dengan tontonan bahan yang baik malah menyediakan seorang kakak yang ayu.
  • janganlah salah sangka dengan perbelanjaan (baca: sopeng) yang akak selalu lakukan. percayalah ia untuk kebaikan kita semua.
  • untuk pengakhiran yang lebih baik, mungkin akak patut hadiahkan wallet cantik-ayu-AnnaSui itu kepada emak. (MasyaAllah... bukankah akak seorang kakak contoh teladan? Ha!ha!ha!)

Wednesday, April 08, 2009

Kami adik-beradik jakun

adek n abang kerel,
saje mahu menjeleskan kamuorang dengan gambar kami yang diambil dari webcam laptop ayah. 

kami comels-solehsolehah:


kami gila-tapimasihcomel:

bukankah kami comel-comel belaka? awwwww.....

sekian terima kasih.

Majulah sukan untuk keluarga!

Memandangkan akim n mirah sedang semangat dengan latihan sukan, akak terpanggil-panggil (sape yang panggil ntah) untuk bercerita tentang sejarah sukan keluarga kita. bukan apa... tak mahu akim ngan mirah mereka fikir mereka terpaksa menunjukkan kehebatan-tahap-gaban dalam bidang sukan ni. tidak mahu mereka merasakan perkara yang tidak sepatut nya mereka rasakan. ayuhlah kita mulakan perjalanan sejarah sukan keluarga benramli...


abg kerel masa di sekolah rendah seperti kamu-kamu, rasanya tidak perasan pula dia aktif sukan. akak satu sekolah dengan abang tetapi memori akak tentang abang yang dulunya kurus keding hanyalah beliau bermain tigasegi (triangle yang kita main dengan sebatang besi kecil berbunyi kting! kting! kting!) di dalam persembahan akhir tahun darjah enamnya. itu sahaja. harap ampun maaf dipinta jika diminta untuk mengulas lebih panjang. berbalik kepada penglibatan sukan, di sekolah menengah barulah abang meluaskan bakatnya di dalam sukan kriket. yang ini kita perlu memberikan sedikit penghormatan kepada beliau kerana berjaya hampir ke peringkat kebangsaan tapi tak dapat bermain di SukMa kerana mak tak bagi sbb dah dekat dengan peperiksaan SPM rasanya. (ha!ha!ha!) betul atau tidak cerita ini, lain kali kita debatkan.





untuk akak pula, peringkat sukan paling hebat di sekolah rendah yang dicapai ialah lari pecut peringkat akhir. akak masih ingat sewaktu darjah satu, akak sedang bersedia untuk lari peringkat akhir 70 meter tahap 1. apabila pelepas larian melepaskan tembakan, akak lari dengan sekuat hati. di meter yang ke berapa entah, akak terdengar suara emak yang sayup2 memanggil di tepi padang. akak memandang ke kiri, ke kanan mencari emak. memang emak ada di situ, tetapi disebabkan akak memperlahankan larian kerana mencari emak itu, akak mendapat tempat ketiga. yang menyedihkan keadaan, hanya ada tiga peserta ye di peringkat akhir. (ha!ha!ha!) selepas daripada itu, emak akan memesan kepada sesiapa sahaja yang menjadi penonton untuk tidak memanggil nama adik-beradik kita yang sedang bertarung di padang pada hari sukan sekolah. sebut sahaja warna rumah seperti Go biru! Go biru! untuk menunjukkan tanda sokongan.

untuk adek dan ikah pula, hmm... hmmm... harap maaf. siaran tergendala kerana memang tiada langsung dalam ingatan akak tentang penglibatan adek dan ikah di dalam sukan. mungkin mereka boleh cerita sendiri (jika ada) penglibatannya itu. tapi kalau lari ikat kaki akak dengan adek, memang hebatlah kerana keserasian kami terutamanya di hari keluarga pejabat mak dan ayah. dalam keadaan sekarang, pastilah tidak sesuai lagi untuk kami berlari sambil mengikat kaki kan. tambahan pula adik nanti akan menjadi ibu mengandung yang gem**. bayangkan perutnya membuai2 sambil berlari! oh alangkah huduhnye jika keadaan tersebut berlaku. sudah.. berhentilah membayangkan.

penglibatan ayah dalam sukan rasanya agak terhad. yg akak tahu ayah pernah main rugbi masa di koleq... dah patah tangan. itu sahaja memori akak tentang ayah dengan sukan. sadis? ye agak la jugak. mungkin perlu ada back-up story dari ayah sendiri nanti. setakat ni tak sempat nak mengejar ayah dan menemuramah beliau tentang aktiviti sukannya. almaklumlah, para wartawan dan penemuramah lain pasti berjaya berlari lebih laju dari akak dan menanyakan soalan yang lebih menarik untuk dijawab dan diketahui umum. 

kamil semasa comel-momel (ini tanda kamil dulu sgt comel tetapi tidak lagi sekarang) di sekolah ilmi dulu pon tak lah hebat dalam sukan. semasa di imtiaz sahaja beliau menceburkan diri di dalam sukan bola tampar. itupon setakat mewakili sekolah. jadi.. tak perlu risau ye adik-adik ku akim n mirah tentang sukan ini sangat.

tapi mak lain ye. mak pemain badminton, ping pong, bola jaring, lari jarak jauh, marathon dan banyak lagi sukan sejak beliau masih di sekolah rendah. bakat beliau nampaknya kurang diwarisi oleh adik-beradik kita yang lembik-eczema-asthma pula nih. tapi mak paling hebat ialah apabila ada pertandingan kupas buah epal yang tidak putus-putus kulitnya. emak bagaikan seorang pro yang akan menumpaskan sesiapa sahaja setiap tahun di hari sukan sekolah kami dahulu. sayangnya tiada piala pusingan pula untuk acara ini.

Begitulah kisah sirah kesukanan keluarga kita.

Pengajaran:
  • janganlah mengalami tekanan jika kamu tidak berjaya pada hari sukan nanti ye! jika berjaya, tahniah!
  • jangan lupa bawa inhaler tau!
  • selamat menggelapkan kulit pada hari sukan. biarlah akak seorang yang putih melepak seperti emak ye. :)