Wednesday, April 08, 2009

Majulah sukan untuk keluarga!

Memandangkan akim n mirah sedang semangat dengan latihan sukan, akak terpanggil-panggil (sape yang panggil ntah) untuk bercerita tentang sejarah sukan keluarga kita. bukan apa... tak mahu akim ngan mirah mereka fikir mereka terpaksa menunjukkan kehebatan-tahap-gaban dalam bidang sukan ni. tidak mahu mereka merasakan perkara yang tidak sepatut nya mereka rasakan. ayuhlah kita mulakan perjalanan sejarah sukan keluarga benramli...


abg kerel masa di sekolah rendah seperti kamu-kamu, rasanya tidak perasan pula dia aktif sukan. akak satu sekolah dengan abang tetapi memori akak tentang abang yang dulunya kurus keding hanyalah beliau bermain tigasegi (triangle yang kita main dengan sebatang besi kecil berbunyi kting! kting! kting!) di dalam persembahan akhir tahun darjah enamnya. itu sahaja. harap ampun maaf dipinta jika diminta untuk mengulas lebih panjang. berbalik kepada penglibatan sukan, di sekolah menengah barulah abang meluaskan bakatnya di dalam sukan kriket. yang ini kita perlu memberikan sedikit penghormatan kepada beliau kerana berjaya hampir ke peringkat kebangsaan tapi tak dapat bermain di SukMa kerana mak tak bagi sbb dah dekat dengan peperiksaan SPM rasanya. (ha!ha!ha!) betul atau tidak cerita ini, lain kali kita debatkan.





untuk akak pula, peringkat sukan paling hebat di sekolah rendah yang dicapai ialah lari pecut peringkat akhir. akak masih ingat sewaktu darjah satu, akak sedang bersedia untuk lari peringkat akhir 70 meter tahap 1. apabila pelepas larian melepaskan tembakan, akak lari dengan sekuat hati. di meter yang ke berapa entah, akak terdengar suara emak yang sayup2 memanggil di tepi padang. akak memandang ke kiri, ke kanan mencari emak. memang emak ada di situ, tetapi disebabkan akak memperlahankan larian kerana mencari emak itu, akak mendapat tempat ketiga. yang menyedihkan keadaan, hanya ada tiga peserta ye di peringkat akhir. (ha!ha!ha!) selepas daripada itu, emak akan memesan kepada sesiapa sahaja yang menjadi penonton untuk tidak memanggil nama adik-beradik kita yang sedang bertarung di padang pada hari sukan sekolah. sebut sahaja warna rumah seperti Go biru! Go biru! untuk menunjukkan tanda sokongan.

untuk adek dan ikah pula, hmm... hmmm... harap maaf. siaran tergendala kerana memang tiada langsung dalam ingatan akak tentang penglibatan adek dan ikah di dalam sukan. mungkin mereka boleh cerita sendiri (jika ada) penglibatannya itu. tapi kalau lari ikat kaki akak dengan adek, memang hebatlah kerana keserasian kami terutamanya di hari keluarga pejabat mak dan ayah. dalam keadaan sekarang, pastilah tidak sesuai lagi untuk kami berlari sambil mengikat kaki kan. tambahan pula adik nanti akan menjadi ibu mengandung yang gem**. bayangkan perutnya membuai2 sambil berlari! oh alangkah huduhnye jika keadaan tersebut berlaku. sudah.. berhentilah membayangkan.

penglibatan ayah dalam sukan rasanya agak terhad. yg akak tahu ayah pernah main rugbi masa di koleq... dah patah tangan. itu sahaja memori akak tentang ayah dengan sukan. sadis? ye agak la jugak. mungkin perlu ada back-up story dari ayah sendiri nanti. setakat ni tak sempat nak mengejar ayah dan menemuramah beliau tentang aktiviti sukannya. almaklumlah, para wartawan dan penemuramah lain pasti berjaya berlari lebih laju dari akak dan menanyakan soalan yang lebih menarik untuk dijawab dan diketahui umum. 

kamil semasa comel-momel (ini tanda kamil dulu sgt comel tetapi tidak lagi sekarang) di sekolah ilmi dulu pon tak lah hebat dalam sukan. semasa di imtiaz sahaja beliau menceburkan diri di dalam sukan bola tampar. itupon setakat mewakili sekolah. jadi.. tak perlu risau ye adik-adik ku akim n mirah tentang sukan ini sangat.

tapi mak lain ye. mak pemain badminton, ping pong, bola jaring, lari jarak jauh, marathon dan banyak lagi sukan sejak beliau masih di sekolah rendah. bakat beliau nampaknya kurang diwarisi oleh adik-beradik kita yang lembik-eczema-asthma pula nih. tapi mak paling hebat ialah apabila ada pertandingan kupas buah epal yang tidak putus-putus kulitnya. emak bagaikan seorang pro yang akan menumpaskan sesiapa sahaja setiap tahun di hari sukan sekolah kami dahulu. sayangnya tiada piala pusingan pula untuk acara ini.

Begitulah kisah sirah kesukanan keluarga kita.

Pengajaran:
  • janganlah mengalami tekanan jika kamu tidak berjaya pada hari sukan nanti ye! jika berjaya, tahniah!
  • jangan lupa bawa inhaler tau!
  • selamat menggelapkan kulit pada hari sukan. biarlah akak seorang yang putih melepak seperti emak ye. :)

6 comments:

idayusof said...

ohhh saya ingat kakak main bola tampar sampai kene anta gi spital

aishahhatta said...

ha!ha! yus.. memori itu terslip pulak. igt patah tulang dah.

abang said...

kak, abang nye sejarah sukan:

masa primary - bola tampar wakil sekolah

secondary - kriket wakil perak state

lepas tu sukan sukan biasa je

aishahhatta said...

bola tampar wakil sekolah? betul ke abang yang tulis nih? haha! sowilaa tak tau sebelum nih. dah dok igt abang main triangle jek. nak buek canno!

asma'hatta said...

igt nak tmbah story mory pasal keaktifan dalam sukan dulu kala..tp xde dlm memori empunya diri jugak..muahaha..nampak sangat la kan daku ni mmg suka membeli makanan kat gerai2 je masa hari sukan..hehe

rasa2nye terer sket la bab2 sukaneka macam lari dlm guni ke..lari ikat kaki ke..terer jgak sket2 dalam lompat getah dan batu seremban..

dulu kat stf penah la main2 bola jaring..tp xmendapat perhatian masyarakat utk jadi player rumah sukan apatah lagi player skola..huhu..

skrg ni terer sket2 la main bowling dan ice-skating..ha..bab ice-skating tu mcm terer byk sket la..tp dah boyot tp gorgeous ni xleh la nk ganas2 sgt..dok rumah je la..

oh lagi satu!! kat kmys mmg hebat main badminton berkat ajaran mak..hehe..dan juga swimming..nyumnyum..xsia2 beta masuk kmys yg kaya raya dan berkolam renang saiz olimpik tu..cewah..hehhe..

dah2..byk juga kehebatan adik dlm sukan ni sbnanye..cuma malas nk riyak je..hehe..

babai!!

aishahhatta said...

malas nak riya' ye.. bagusla.. sedar diri sket. takut banyak sgt budak dlm perut berjangkit. elok2 sket prangai ye mak buyong.

pastu, lagi satu takde orang yang bleh buktikan kesahihan cerita2 ko di atas. so... lu pikir la sendiri! hahaha