Wednesday, April 29, 2009

Akim, are you okay?

Kanak-kanak biasanya akan melalui satu tahap di mana mereka suka bermain dan berimaginasi sorang-sorang. akim mmg tidak terkecuali. habit yang paling selalu dibuat oleh akim ialah berlawan seorang diri dipanggil 'dush-dush'. aksi akim telah berjaya dirakam oleh kamil secara rahsia:

video

menarik tak? harap maaf video kurang clear. tapi masih mencapai maksud dan objektif. hehehe!

p/s: akim sedang marah pada akak kerana mengupload video ini. biarkan!

Akim says the some things!

Dah lama dah nak tulis pasal akim ni. ada yang masih baru. ada yang dah agak-agak basi sbb dialog masa dia kecik-kecik dulu. marilah kita bergelak-ketawa:
 
-----------------------------------------
 
Akim: mak.. mak! pipi akim licin sangat la. sampai semut nak panjat pon tak boleh.. (sambil pegang pipi dan buat gaya semut panjat-panjat pipi dia pastu semut tu jatuh tergelincir)
 
-----------------------------------------
 
Akak: akim, periksa dpt no berapa?
Akim: No. satu la.
Akak: ada banyak seratus tak?
Akim: adalah 5 ke 6 kot.
Akak: kenapa 'kot-kot' plak?
Akim: yelaa.. akim tak ingat. BANYAK sangat!
 
-----------------------------------------
 
sekarang akim dah tak seterer tuh. asyik taknak belajar je. main DOTA tak habeh-habeh. ujian baru-baru ni dapat no 4 ke 5. sambil jawab: "biarlah!" dengan gaya yang sungguh kerek. siapla... major payne dari kamil! kamil dah nak masuk Uniten tuh. so dia kena tolong berkhidmat dengan akak untuk memajorpaynekan akim selalu. hehehe!
 
cukup untuk hari ini. akak sedang sibuk...!

Saturday, April 25, 2009

Friday, April 24, 2009

Ayah ada anak angkat baru!

Kenapa ayah suka sangat ambil anak angkat?

 

mungkin 'anak angkat' lebih comel dari kita. ha!ha!ha! ingatkan tempat tinggal mereka yang ada sekarang sudah cukupla untuk ayah menikmati pemandangan 'anak-anak angkat' nya. ada banyak dah 'anak angkat' dalam tu kan walaupon ada yang sudah menemui ajal mereka setelah cuba nak lari dari rumah.. (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...) nampaknye jangkaan akak meleset. meleset sgt jauh.. sejauh lautan penuh ikan. lihatlah 'anak-anak angkat' baru ayah:

 


(gambar diculik dari blog ikah) 

 

kepada adik dan abang yang di perantauan... inilah 'adik-adik' baru kita.

 

kenapa akak panggil ikan 'anak-anak angkat' ayah?

 

bayangkan... apabila ayah pergi merantau. ke timur, ke barat ke utara ke selatan.. ke mana-mana sahaja lah. ayah akan menelefon kami di rumah. soalan pertama ayah biasanya ialah:

 

"ikan-ikan dah bagi makan?"

 

like hello... tak tanya pon kami dah makan ke belum. ha!ha!ha! maka kesimpulan di sini, ikan-ikan ini bukan sekadar hobi. mereka adalah 'adik-adik' kami. mereka adalah 'anak-anak angkat' ayah. tapi kami tahu kasih sayang ayah tidak berbelah bagi... (^_^) kepada anak-anak ayah ini. cuma kadang-kadang kami sahaja yang degil sedikit... tak caya tengok lah akim tuh! (hehe tak pasal-pasal kena!)

 

Pengajaran:

  • silalah bagi adik-adik makan.. tak kira adik angkat atau adik seperti akim n mirah.
  • ayah seorang yang sukakan kedamaian dan ketenangan. kalau balik keje tengok akim ngan kamil main dota, mana nak tenang kan (ha!ha!ha!) jadi tengok anak angkat tuh lagi tenang...
  • kepada abang kerel, balik jangan lupa singgah kedai Akuarium sebelah zoo. bleh beli 'makanan' adik-adik angkat nih. :)
  • haiwan-haiwan nih sentiasa berzikir kepada Allah. jadi kepada abang farid dan kamil, janganla dok main terkejut-terkejutkan ikan tuh... hahaha! kang ada yg mati pula. kena soal siasat dengan ayah kang! kes pembunuhan kejam. :p

KBAZ!


Thursday, April 23, 2009

Bukti kehebatan emak


Jika kita semua merujuk kepada cerita akak tentang Majulah sukan untuk keluarga, akak ada bercerita tentang mak yang pasti menang setiap kali mak menyertai pertandingan mengupas epal.  akak berjaya merakamkan kehebatan emak kerana emak sekali lagi memenangi acara ini. saksikanlah juara kupas kulit epal paling panjang dan tidak putus sampai habis sebiji epal: 

Dr. Kalsom Maskon!

video

Hebat kan mak kita? hehe! tengoklah anak-anaknya. potong epal tak reti, makan je reti. ha!ha!ha! tapi memang kami mewarisi kecomelan mak. :p


Ini pula bukti kehitaman akim si kuda belang:


Gambar manja akim dengan mak di depan rumah biru (Usamah). akim, takleh besar lagi ke topi?


Mak sedang memerhatikan hasil kupasan jiran-jiran. jangan risau mak. mak mmg hebat! oh-so-the-comel la topi mak pakai. macam amoi pon ada juga. hehehe!


Mak memang seorang yang adil dalam mengasihi dan menyokong anak-anak sewaktu hari sukan. buktinya, akim rumah biru, mirah rumah hijau, so mak pakai baju biru-hijau yang akak belikan. untuk dapatkan baju yang cantik ini, sila layari laman Nauwar ini.

Itulah sahaja berita sukan dari padang sekolah SMK Taman Melati. sekolah mirah n akim tumpang padang orang sebab sekolah mereka iaitu SRI Pintar tiada padang.

Sekian, terima kasih. Tiada pengajaran untuk kali ini.

Tragedi April

Dah lama tertunggak stori-mori pasal hari sukan mirah dan akim. setelah mereka jadi itam dan semakin pulih semula, akak masih belum mengemaskini stori tentang mereka. maka pada kali ini, akak pon nak bercerita dengan video ini. sila lah menghayati... Tragedi April dengan pelakon utama ialah mirah yang memakai baju hijau:

video

Sedih bukan tragedi ini?

Monday, April 20, 2009

Mencuba kemaskini blog melalui email.

Sejak akhir-akhir ini, server di office sudah mula tidak membenarkan langsung akak membuka blogger. Memikirkan alternatif yang ada, akak nak cuba dengan email pula. Kalau guna telefon, takut mahal ke apa kan. Email ni at least nampak macam sedang rajin melakukan kerja, iaitu seperti menulis email kepada rakan sekerja mengenai kerja, padahal sedang mengemaskini laman blog. Ha!ha!ha! (astaghfirullah…. Ini sudah tidak baik ni.~berhenti menunggu masa rehat baru menyambung penulisan lah)

Sebenarnya akak mahu bercerita tentang hari sukan sekolah mirah dan akim. Malangnya semua gambar dan video2 yang menjadi bukti penting tiada di sini. Maka nanti akak akan tuliskan satu lagi post yang istimewa.. khas kepada kanak-kanak istimewa..akim n mirah!

Cukup setakat ini dulu sebagai percubaan. Akak mahu melihat hasilnya. Jom!

Tujuan letak gambar? Saje nak tengok ape rupa bila update dgn email bergambar. Hehehe!

Nota:

Bagaimana mahu mengemaskini blog melalui email?

  1. Perlu setup dulu email address bersama blogger. tekan ikon ini di dashboard anda.

  2. Letakkan 'SecretWord' di dalam ruang yang disediakan. anda kini sudah ada alamat email yang baru dan spesifik untuk blog anda. cth: blogkakak.kakakcantik@blogger.com. (ini adalah bertujuan sebagai contoh sahaja)

  3. Buka email anda dan tuliskan alamat email yang baru tadi di dalam ruang 'To:'

  4. Tulislah tajuk entry anda di ruang 'Subject' manakala isi entry di ruang biasa tulis email tu.

  5. Tekan 'Send' dan voila! entry anda sudah dipublish di dalam blog.

Selamat mencuba!

Saturday, April 18, 2009

Powernya doa mak!

Beberapa bulan kebelakangan ini akak tak berapa sihat. apabila masuk ke bulan yang kelima ketidaksihatan ini berlanjutan, akak pon mulalah berjumpa dengan pakar-pakar yang sepatutnya. Bermula dengan pakar A yang biasa akak jumpa dulu.

Pakar A: semasa berjumpa pakar ini dulu, 'benda' tu langsung tidak dijumpai. fokus hanya pada bahagian lain. jadi akak pon makan lah ubat yang dia bagi untuk betulkan bahagian lain itu.

Selepas lima bulan baru akak jumpa dengan pakar seterusnya iaitu Pakar B.

Pakar B: apabila masalah berlanjutan, akak pon berjumpa pula dengan pakar B. tiba-tiba terjumpa pula 'benda' itu. nampak seperti sesuatu yang membahayakan dan kemungkinan besar punca kepada masalah ketidaksihatan yang lama itu. jadi dia mencadangkan untuk akak melalui satu pembedahan kecil (minor surgery) untuk membuang 'benda' itu.

akak dah pasrah je untuk surgery lagi! (lagi sebab macam hampir setiap tahun akak go under the knife.. hehe!) dah fikir dah, kesian abang Farid nak kena amik cuti, nak kena stay kat hospital dengan akak. dah hampir prepared mentally laa kononnye lepas tu. tapi mak dan ayah tak berpuas hati. mereka mahukan pandangan kedua (second opinion.. :p) jadi selepas dua hari berjumpa Pakar B, akak pergilah bersama ayah untuk berjumpa pakar ketiga, Pakar C.

Pakar C: menurut Pakar C, 'benda' tu kecil je. tak perlu pon pembedahan. biarkan pon takpe. tidak signifikan sangat pon. akak pon berkata di dalam hati, "aik! takkan dalam masa dua tiga hari 'benda' tu boleh mengecil dan hampir tiada pula." akak cakap macamni sebab akak tengok gambar ultrasound tu. memang lain gila! jadi Pakar C hanya mencadangkan ubat yang biasa-biasa sahaja yang akak boleh terus beli dari farmasi. akak pulang dengan hati yang sangat gembira dan lega. 

pada petang tadi barulah mak bercerita, apabila mendengar cadangan Pakar B, mak terus berdoa. berdoa sepanjang hari dengan  salah satu nama Allah iaitu As-Salaam yang bermaksud Maha Sejahtera atau Maha Selamat.
Tak putus-putus mak mengulang doa-doa termasuk berdoa dengan nama-nama Allah yang 99 tu. tapi mak fokuskan juga pada nama yang ini sebab yakin dengan kelebihan setiap nama Allah untuk keadaan yang berbeza. mak harap sangat akak selamat dan sejahtera dari ketidaksihatan ini. sahabat mak yang bagitau mak, kalau tak sihat, bacalah atau zikirlah As-Salaam ni dengan penuh keyakinan Allah akan sembuhkan. Nak tahu apa yang berlaku akhirnya?


ketidaksihatan itu terus hilang! hilang tanpa sebarang pembedahan mahupon ubat! actually akak memang sengaja lambatkan ambil ubat tu. skali dah baik pulak dan tak sempat pon makan ubat tu. dahla mahal okeh beli ubat ni! hehe! some people say its miracle, to mak... itulah keyakinan kepada Allah.

Pengajaran:
  • Sayangi dan hormati mak kita. Doa dia power tau!
  • Marilah kita sama-sama berdoa dengan nama-nama Allah. tapi sebelum nak mintak-mintak tuh benda wajib bagi settle dulu laa. baru takde hijab (halangan untuk doa dimakbulkan) kan. 
  • akak sudah sihat! yay!!!

Friday, April 17, 2009

Nak jadi pandai tak?

Tadi akak, kamil dan akim pegi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. walaupon tak beli apa-apa sangat tapi akak suka sebab semua semangat nak beli buku. bacanya belum tentu lagi la.he!he!he! tapi kalau akim & mirah nak jadi pandai macam kakak2 dan abang2, sila lah rajin membaca. kat rumah mak tu ada banyak sangat buku yang korang boleh baca. dari ensiklopedia, novel, majalah, buku fiksyen, buku yang non-fiksyen, buku pelajaran, kamus dan macam-macam lagi. 

mari akak bagi contoh pengetahuan yang korang boleh dapat kalau korang baca buku:

Tajuk buku 1:
 I Wonder Why - Countries Fly Flags. 
kalau akim dan mirah baca buku ni, sudah tentulah kamu-kamu akan tahu fakta ini:

Translasi: Di Pulau Madagascar, pengantin lelaki perlu memberi ucapan kepada bakal pengantin perempuan sebelum mereka berkahwin. Jika ucapan itu tidak bagus, dia akan didenda dan perlu memulakan ucapan semula. Nanti ikah atau mirah nak kawen, kita mintakla bakal suami dia bagi ucapan... pastu boooooo dia ramai-ramai dan denda RM100 kepada semua adik-beradik jika ucapan dia tak best. pastu suruh dia jerit: welcome to Madagascar! we like to move it move it! ha!ha!ha! tentu ikah dan mirah dah takut nak kawen pula ni.


Tajuk buku 2:
National Geographic.
kalau korang cuma tengok gambar sahaja dalam majalah ini pastilah korang tahu bagaimana rupa otak manusia. huhu!



Tajuk buku 3:
Kamus Dewan.
dan kalau korang hanya membuka sekali sekala buku/kamus ini:

korang akan tahu perkataan 'comek' itu wujud dan maksudnya ialah sotong. bukan comel ye! dan perkataan comel bukan sahaja bermaksud cantik dan menarik, malah bermaksud merungut atau membebel. mungkin boleh cakap pada makcik-makcik yang suka membebel atau berleter, " makcik! makcik! makcik nih comellll saja!" sudah tentu dia akan tersenyum walaupun kita sedang mengutuknya. ha!ha!ha!


Akhir sekali kalau nak pandai, jangan makan benda ni:
Biarlah akak sahaja yang makan sebab akak tiada peperiksaan tahun ni. ha!ha!ha!

uuuuuuu! nampak sedapnya! yumm yummm!

Pengajaran:
  • ingat tau! korang tak boleh makan makanan tergambar di atas. jadi bila nampak kakak atau abang makan, biarkan mereka. sila main jauh-jauh!
  • membaca amalan mulia. :)

Thursday, April 16, 2009

Tips Keluarga Bahagia

Rahsia keluarga bahagia:

1) Ayah meluangkan masa bermain dengan anak-anak. walaupon bukan di padang atau taman permainan, main dengan Ipod Touch kakak juga okay! contoh game yang dimainkan oleh ayah bersama Kamil the loser ialah: 

Walaupon ini kali pertama ayah bermain, tapi ayah menang terus. kamil memang big loser lah! ha!ha!ha!


2) Pastikan anak-anak mendapat tidur secukupnya. tapi dalam kes ni, akim memang saaaangat suka tido di kedai makan. kalau jalan-jalan keluar dinner, pastinya dia akan buat muka monyok dan ngantuk pastu nak manja-manja dengan mak. akhirnya, tau2 dia dah tido. kesimpulannya dia tinggal kat umah lagi dia suka.



3) Menghubungi keluarga yang tiada samaada dengan menelefon, sms, video call, web call, surat dan lain-lain. contoh di dalam gambar, mak mengsms. (ke mak tengah main game ek? ha!ha!ha!)


4) Berbual-bual dan bertanya khabar adik-beradik. kakak yang baik pastilah memastikan hidup adiknya penuh warna-warni. di sini akak sedang menanyakan bagaimanakah latihan sukan mirah siang itu. (yaaaa right!)

Inilah sebahagian daripada tips untuk mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia. kamu-kamu bahagia?
\\(^_^)//

Wednesday, April 15, 2009

Cerita seram sejuk

Pada malam semalam, sewaktu akak sedang nyenyak tidur, hujan mula turun rintik-rintik. suasana sejuk menyelubungi malam. lebih sejuk dari biasa. tidur akak yang mulanya nyenyak telah mula terganggu. tiba-tiba, akak terjaga kerana terdengar bunyi. bunyi yang pelik dan tak pernah di dengar sebelum ini. 

Mula-mula bunyi itu perlahan. tik! tik! dan senyap semula. kemudian timbul lagi bunyi itu. tik! tik! tik! semakin lama semakin kuat. semakin lama semakin kerap. akak dah tak boleh tidur. suasana sejuk menambah keseraman keadaan malam. tiba-tiba terasa ada titisan air jatuh di pipi akak. bukan setitis sahaja... beberapa titis seperti akim tido sambil meleleh-leleh air liurnya. (ewww! geli plak!) kemudian, air yg tadi dalam bentuk titisan sudah menjadi seperti air terjun pula! 








Siling bocor!!!!!!!!!!!

hujan lebat sangat di luar sampai berjaya menembusi atap DAN siling. akak dan abang farid pon melompat dari katil. mencari bekas2 untuk mengelakkan tilam basah. tapi tak berjaya. memang tahap air terjun la air tuh turun. so.. biarkan jela... lagi pun ngantuk sangat.

nak dijadikan cerita, kami pon nak sambung tidur di atas lantai. sekali, mula terasa air mula menitis lagi di badan. rumah pon black-out. akhirnya kami membawa bantal ke ruang tamu. di situlah juga air terjun tahap mild sikit juga terbentuk. malas dah nak layan. ambil bekas dua-tiga, letak kat bawah air terjun... sambung tidur.

Pengajaran:
  • Marilah menghayati kehidupan rakyat fakir miskin yang atap rumah mereka bocor setiap hari.
  • Rumah kita ada air terjun! weeeee....!
  • keadaan yang seram tak semestinya seperti yang kita bayangkan. seram sejuk tu sebab hujan la. :p

Monday, April 13, 2009

Pendedahan Eksklusif!!

Apa perasaan kamu melihat gambar-gambar budak yang comel? dari air muka yang jernih, senyuman penuh inesen... oh alangkah indahnya dunia mak dan ayah melihat kamu-kamu semasa kecil. pasti mak membayangkan anak-anaknya akan menjadi seorang yang bersopan-santun, menjaga perlakuan dan tuturkata, harum sentiasa, tidak melawan kata dan sebagainya. mari kita tengok contoh muka-muka inesen dan comel ini:

Ini ialah akim... bersama bola Dragon Ball yang hilang itu. eh bukan! itu belon la..



ini pula ialah mirah. dengan memakai tudung ala-ala menter*i yang seorang itu. dengan gaya ala 90-an bersama mata yang dibulatkan. sangat comel! apatah lagi apabila memakai baju kurung yang dibuat dari lebihan kain membuat baju opah. ohhh rasa mahu mencubit pipi itu!


Ini??? ya Allah anak sapaa laaa kiyut-miyut-ziyutt ni? dgn idong penyeknye, mata macam baru bangun tido, telinga ala-ala telinga Nabil. ha!ha!ha! gambar ini diambil pada tahun 1997 rasanya. songkok pon rasanya extra besar sket dari kepala kamil yang memang besar tuh.




Tapi... setelah beberapa tahun berlalu, adakah mereka masih secomel itu? masihkah mereka semurni dan sebersih wajah-wajah tertera di atas? masihkah mereka wangi dan harum selalu? masihkah mereka mendengar arahan mak dan ayah? masihkah mereka?

jawapannya... Teeeet! tidak. ha!ha!ha! tengok sajalah gambar-gambar ini:

kamil main dota sambil tak mandi dah nak masuk dua hari. rambut panjang degil takmo potong. mari zoom in jerawat, jeragat dan bintik-biktik hitam di hidungnya...



mirah dengan muka yang tak berapa comel. dahla makin kuat makan sebab katanya mahu jadi gem*uk macam salah seorang kakaknya yang pastilah bukak akak.

oh! nasib baiklah hakim masih comel sedikit. tapi degilnye.... Ya Allah. adek, nanti balik tolonglaaa major payne kan budak nih. dah la ikut perangai kamu takmo mandi. lepas tu kalau nak suruh solat, kena cakap 80kali baru nak gerak. itupon kalau siap cakap nak buang Dota dari komputer.
Pengajaran:
  • Di manakah anak-anak ayah yang comel lagi bersopan-santun?
  • Pendedahan Eksklusif ini adalah permintaan kamil. tapi telah disalahertikan oleh akak dan menjadi post yang menembak-belakangkan (memback-fire) kepada beliau. ha!ha!ha! padan lah dengan mukanya. sila lawat blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan budak nakal ini. klik sini.
  • nasib baiklah mak ayah masih ada anak yang comel dan sopan-santun seperti akak dan abang.

Saturday, April 11, 2009

Aktiviti siang hari II

Hari ini kami keluar bersama-sama. kami berempat termasuk akak. Arah tujuan? makan dan jalan-jalan sahaja. yang terlibat dalam sesi aktiviti siang hari kali ini ialah:


Kamil si pelahap

Mirah yang cuba menggemukkan diri
dan...

Encik Misteri


Setelah berjalan-jalan, tiba-tiba Encik Misteri mahu membeli kasut. Nampaknya hari ini pasaraya tersebut mempunyai jualan murah untuk ahlinya. Alangkah gembira kami kerana akak adalah ahli pasaraya tersebut! Yippiiie! Maka Encik Misteri dapat membeli sepasang kasut yang cantik tapaknya. ha!ha!ha! serius cantik. sila zoom ke dalam:











Akhirnya sebagai penutup, inilah dia Encik Misteri:
hensem bukan?

Pengajaran:
  • Jadilah ahli pasaraya tertentu supaya dapat jualan murah. ha!ha!ha!
  • Aktiviti siang hari bersama Encik ayah adalah best! jangan jeles kepada adik-adik lain yang tiada di tempat kejadian.
  • Akak berjaya untuk tidak berbelanja!!! wahhhh! ~semua buat muka terkejut.

Kenapa akak perlu berbelanja lagi?

Dalam pembentukan anak yang soleh dan solehah, mak dan ayah dah membelanjakan banyak wang membeli buku-buku, baju-baju yang menutup aurat, sambungan internet (sumber maklumat la katakan), sambungan astro (untuk rancangan yang baik-baik tentunya.. :p), dan sebagainya. sudah pasti akak tidak mahu ketinggalan dalam membentuk adik-adik ku ini. jadi... perlulah akak membelanjakan wang juga kan? kan? 

jadi, semalam akak telah menghabiskan sedikit wang untuk adik-adik tersayang dengan membeli benda-benda ini:

Upin & Ipin Ep. 1-6 2008


Upin & Ipin Ep 7-12 2008


Upin & Ipin Ep. 13-18 2008


Upin & Ipin Ep. 1-6 2009


Upin & Ipin Collection





Upin & Ipin Ep. ANNA SUI??

Aik!!! Apakah kaitan Upin & Ipin dengan Anna Sui Wallet ini?? pasti itulah soalan yang terngiang-ngiang di telinga adik-adikku yang entah sudah dikorek ke belum itu. Persoalannya iaitulah adik-adik tentu mahukan seorang kakak yang solehah dan ayu seperti kamu-kamu. kalau mahu jadi solehah, akak boleh menonton Upin & Ipin bersama adik-adik semua, manakala untuk menjadi ayu, akak boleh menggayakan wallet Anna Sui ini sambil menonton Upin & Ipin bersiri itu. logik kan? kan? 

Maka, itulah sebabnya akak perlu berbelanja (baca: sopeng) lagi. bukan untuk diri sendiri. tetapi supaya kita semua jadi solehah dan kamu mempunyai kakak yang solehah dan ayu. bukankah itu baik? ha!ha!ha!

Pengajaran:
  • akak memang mahukan yang terbaik untuk adik-adik bukan sahaja dengan tontonan bahan yang baik malah menyediakan seorang kakak yang ayu.
  • janganlah salah sangka dengan perbelanjaan (baca: sopeng) yang akak selalu lakukan. percayalah ia untuk kebaikan kita semua.
  • untuk pengakhiran yang lebih baik, mungkin akak patut hadiahkan wallet cantik-ayu-AnnaSui itu kepada emak. (MasyaAllah... bukankah akak seorang kakak contoh teladan? Ha!ha!ha!)

Thursday, April 09, 2009

Ayah diserang!

Dalam kehangatan pol*itik di Malaysia minggu ini, ayah pastilah menunaikan tanggungjawabnya dengan jayanya. Pada hari kejadian, ayah berada di Bukit G*antang. sedang beramah mesra dan memberi semangat kepada sahabat-sahabatnya dengan lawak-lawak segarnya, tiba-tiba ada sekumpulan anak muda berang di seberang jalan. mungkin tidak tahan dengan lawak ayah yang mungkin tidak cukup kelakar kepada mereka.

tiba-tiba, salah seorang cuba datang meluru mahu menyerang ayah. rakan-rakannya menghalang dan pasukan ayah pula bertahan. disebabkan tidak berjaya menyerang secara berdepan, ada seorang lagi anak muda membaling botol yang penuh dengan air ke arah ayah. bayangkan... botol itu melayang di udara.. menghampiri ayah.. semakin hampir... dan mengenai perut ayah yang memang sudah sedia terkehadapan  sedikit bertindak sebagai perisai itu. botol itu tercampak semula kerana konsep lantunan bermomentum.

Sakit! menurut ayah la. anak muda itu terus berpaling, cuba melarikan diri di sesak orang ramai di situ. dan dia berjaya... Mungkin kalau bahan bukti masih ada, kita boleh minta pihak C*SI untuk menengok cap jari mahupon DNA anak muda tersebut. tapi apakan daya bahan bukti telah hilang ditelan arus manusia yang beramai-ramaian hari itu. maafkan sajalah.

Pengajaran:
  • adik-adikku, marilah kita mengenang jasa sebuah perut yang comel. 
  • anak muda memang berdarah muda... tapi hormatilah orang tua. bukan akak bermaksud mengatakan ayah kita itu sudah tua.. tidak, belum lagi tua. tapi tak lama lagi tua lah dengan gelaran Datuk Seri itu.
  • memaafkan kesalahan orang kepada keluarga kita tidaklah sukar. marilah berakhlaq mulia. :)

Wednesday, April 08, 2009

Kami adik-beradik jakun

adek n abang kerel,
saje mahu menjeleskan kamuorang dengan gambar kami yang diambil dari webcam laptop ayah. 

kami comels-solehsolehah:


kami gila-tapimasihcomel:

bukankah kami comel-comel belaka? awwwww.....

sekian terima kasih.

Majulah sukan untuk keluarga!

Memandangkan akim n mirah sedang semangat dengan latihan sukan, akak terpanggil-panggil (sape yang panggil ntah) untuk bercerita tentang sejarah sukan keluarga kita. bukan apa... tak mahu akim ngan mirah mereka fikir mereka terpaksa menunjukkan kehebatan-tahap-gaban dalam bidang sukan ni. tidak mahu mereka merasakan perkara yang tidak sepatut nya mereka rasakan. ayuhlah kita mulakan perjalanan sejarah sukan keluarga benramli...


abg kerel masa di sekolah rendah seperti kamu-kamu, rasanya tidak perasan pula dia aktif sukan. akak satu sekolah dengan abang tetapi memori akak tentang abang yang dulunya kurus keding hanyalah beliau bermain tigasegi (triangle yang kita main dengan sebatang besi kecil berbunyi kting! kting! kting!) di dalam persembahan akhir tahun darjah enamnya. itu sahaja. harap ampun maaf dipinta jika diminta untuk mengulas lebih panjang. berbalik kepada penglibatan sukan, di sekolah menengah barulah abang meluaskan bakatnya di dalam sukan kriket. yang ini kita perlu memberikan sedikit penghormatan kepada beliau kerana berjaya hampir ke peringkat kebangsaan tapi tak dapat bermain di SukMa kerana mak tak bagi sbb dah dekat dengan peperiksaan SPM rasanya. (ha!ha!ha!) betul atau tidak cerita ini, lain kali kita debatkan.





untuk akak pula, peringkat sukan paling hebat di sekolah rendah yang dicapai ialah lari pecut peringkat akhir. akak masih ingat sewaktu darjah satu, akak sedang bersedia untuk lari peringkat akhir 70 meter tahap 1. apabila pelepas larian melepaskan tembakan, akak lari dengan sekuat hati. di meter yang ke berapa entah, akak terdengar suara emak yang sayup2 memanggil di tepi padang. akak memandang ke kiri, ke kanan mencari emak. memang emak ada di situ, tetapi disebabkan akak memperlahankan larian kerana mencari emak itu, akak mendapat tempat ketiga. yang menyedihkan keadaan, hanya ada tiga peserta ye di peringkat akhir. (ha!ha!ha!) selepas daripada itu, emak akan memesan kepada sesiapa sahaja yang menjadi penonton untuk tidak memanggil nama adik-beradik kita yang sedang bertarung di padang pada hari sukan sekolah. sebut sahaja warna rumah seperti Go biru! Go biru! untuk menunjukkan tanda sokongan.

untuk adek dan ikah pula, hmm... hmmm... harap maaf. siaran tergendala kerana memang tiada langsung dalam ingatan akak tentang penglibatan adek dan ikah di dalam sukan. mungkin mereka boleh cerita sendiri (jika ada) penglibatannya itu. tapi kalau lari ikat kaki akak dengan adek, memang hebatlah kerana keserasian kami terutamanya di hari keluarga pejabat mak dan ayah. dalam keadaan sekarang, pastilah tidak sesuai lagi untuk kami berlari sambil mengikat kaki kan. tambahan pula adik nanti akan menjadi ibu mengandung yang gem**. bayangkan perutnya membuai2 sambil berlari! oh alangkah huduhnye jika keadaan tersebut berlaku. sudah.. berhentilah membayangkan.

penglibatan ayah dalam sukan rasanya agak terhad. yg akak tahu ayah pernah main rugbi masa di koleq... dah patah tangan. itu sahaja memori akak tentang ayah dengan sukan. sadis? ye agak la jugak. mungkin perlu ada back-up story dari ayah sendiri nanti. setakat ni tak sempat nak mengejar ayah dan menemuramah beliau tentang aktiviti sukannya. almaklumlah, para wartawan dan penemuramah lain pasti berjaya berlari lebih laju dari akak dan menanyakan soalan yang lebih menarik untuk dijawab dan diketahui umum. 

kamil semasa comel-momel (ini tanda kamil dulu sgt comel tetapi tidak lagi sekarang) di sekolah ilmi dulu pon tak lah hebat dalam sukan. semasa di imtiaz sahaja beliau menceburkan diri di dalam sukan bola tampar. itupon setakat mewakili sekolah. jadi.. tak perlu risau ye adik-adik ku akim n mirah tentang sukan ini sangat.

tapi mak lain ye. mak pemain badminton, ping pong, bola jaring, lari jarak jauh, marathon dan banyak lagi sukan sejak beliau masih di sekolah rendah. bakat beliau nampaknya kurang diwarisi oleh adik-beradik kita yang lembik-eczema-asthma pula nih. tapi mak paling hebat ialah apabila ada pertandingan kupas buah epal yang tidak putus-putus kulitnya. emak bagaikan seorang pro yang akan menumpaskan sesiapa sahaja setiap tahun di hari sukan sekolah kami dahulu. sayangnya tiada piala pusingan pula untuk acara ini.

Begitulah kisah sirah kesukanan keluarga kita.

Pengajaran:
  • janganlah mengalami tekanan jika kamu tidak berjaya pada hari sukan nanti ye! jika berjaya, tahniah!
  • jangan lupa bawa inhaler tau!
  • selamat menggelapkan kulit pada hari sukan. biarlah akak seorang yang putih melepak seperti emak ye. :)

Monday, April 06, 2009

Dia merajuk la pulak!

Semalam dia buat hal pulak. Semasa kejadian, akak tiada di rumah jadi tak berapa nak tau apa yang berlaku sebenarnya. tapi disebabkan dia buat hal, kami semua adik-beradik resah gelisah. jarang perkara begini berlaku. 

cekgu tikah yang sepatutnye penyabar kerana telah berlatih menjadi cekgu tadika pon dah tak tahan dengan perangai dia terus amek kunci kereta, keluar umah sambil hempas pintu kuat-kuat (bagi drama sikit.. lagipon pintu tu memang perlu kuat sikit tutupnya. takut tak rapat kan.. ha!ha!ha!). akim dan mirah dah berserah je. mak dan ayah takde kat rumah kerana berada di bukit gantang, jadi mereka tiada untuk menenangkan keadaan.

akak yang pulang lewat malam pon cuba memujuk. taknak juga dia layan. disebabkan akak tau akak tak berapa pandai memujuk, akak biarkan je la. biar! biar dia begitu sampai bila2! (gaya seperti emosi kacau seorang makcik sedang memarahi suami yang pulang lewat kerana melepak di kedai kopi) 

akhirnya... kamil mencuba nasib untuk memujuk.. ketika semua yang lain keluar bekerja dan bersekolah. menurut kisah dari kamil, hampir sejam dia memujuk, barulah dia dah tak merajuk. akak sangat berbesar hati mempunyai adik lelaki yang pandai memujuk begini. konon-kononye bertuah lah siapa yang mendapatnya (sila muntah beramai-ramai... di bilik air ye). 

apabila ditanya kepada kamil, "apa kamil buat?", 
dia menjawab, "kamil 'off'kan dia dan berserah sepenuhnya kepada Allah". 
MasyaAllah.. begitu soleh adikku ini. baru sahaja akak berniat untuk membelanja kamil tapi akak membuat keputusan untuk berkata, 
"akak pon menyerahkan kepada Allah untuk membalas jasa kamil ini"... (fuuhh!jimat duit ada adik gini.. :p)

inilah alkisah MODEM di rumah merajuk... tapi sudah tidak lagi!

pengajaran:
  • bersabarlah.. kerana sabar itu separuh dari iman. (jgn jadi seperti tikah yang sanggup ke CC untuk update blog! ha!ha!ha!)
  • kamil seorang adek yg agak soleh sedikit (buwweeek!)
  • kalau modem merajuk, sila offkan selama sejam sebelum meng'on' semula. kalau akim merajuk bleh tak kita 'off' kan dia kejap? (jom kamil, kita try off kan akim ngan major payne!)
  • hai mirah! (saje nak cakap hai dekat mirah sebab mirah baca blog kakak yang comel ini. hik!hik!hik!~gaya kakak comel ketawa tersiput-siput)

Friday, April 03, 2009

Dr. Hatta Ramli akan mendapat gelaran Datuk Seri?

yang menjadi teka-teki terkini, ura-ura mengenai ayah akan mendapat gelaran Datuk Seri semakin tersebar luas. Sultan mana yang akan menganugerahkannya? mari kita lihat pilihan-pilihan yang mungkin menjadi jawapan kepada teka teki ini.


Pilihan 1


Ini ialah Yang Di*pertua Negeri Mel*aka. dia boleh bagi kepada Shah R*ukh Kh*an gelaran Datu*k. kemungkinan dia yang nak bagi pada ayah sudah tentu ada. tapi, ape kaitan dia dgn ayah kan. tapi disebabkan dengarnya ayah akan dapat gelaran tuh dlm bulan 10, antara birthday bulan tuh ialah YD*PN*M ini. haaa... kita belum boleh tolak kemungkinan. mari pergi ke pilihan seterusnya.

Pilihan 2




ini pula ialah Sul*tan Perak. birthday dia dah dekat.. 19Apr nih kalau ikut kalendar cantek sebelah keyboard tempat akak menaip. ayah lahir di Perak. mungkin juga ayah dapat dari beliau ini. YB perak sudah dapat kan.. hehe mungkin giliran ayah pula!

Pilihan 3



Ini pula ialah Seri Pad*uka Bag*inda Yang di-Per*tuan Agon*g. Birthday dia bulan june. sehari sebelum besday suami soleh-hensem-bergaya akak. best juga kalau ayah dapat gelaran dari dia. tapi mungkin kah?


Jawapannya:




cukup2la kuiz teka-teki nih. jawapan sebenarnya ialah... ayah akan dianugerahkan gelaran Datuk Seri daripada..... jeng!jeng!jeng!






adek yang suda mengandungi sesuatu selama dua bulan. Maka, ayah akan mendapat gelaran Datuk yang berSeri-seri... ha!ha!ha!

Pengajaran:

  • Pangkat dan harta hanyalah hiasan dan mainan dunia
  • Dah! dah! jangan buang masa bergosip. mari teruskan membuat pekerjaan berfaedah untuk kebaikan dunia dan akhirat
  • adek, sila jaga kesihatan dan jangan nak manja lebih-lebih. Sila belajar dengan rajin juga. nanti baby dah lahir, bleh anta balik Malaysia ada bibik yang rela jaga.. iaitulah yang sedang berlatih jadi cekgu tadika tersebut.