Friday, July 31, 2009

Setelah seminggu berlalu...

Laaa.... takde pon fire drill nye! sorry to disappoint adik-adik sekalian kerana tiada cerite hip and hot dari fire drill KLCC. *jangan tiba-tiba diorang pilih petang jumaat plak nak buat drill nih dah la... kalau bleh balik awal takpe.. ehehehe!*
 
sejak adik balik rumah untuk cuti musim panasnya, kami sekeluarga masih belum berjaya mengumpulkan semua adik-beradik untuk penggambaran pre-raya yang lengkap. sudah bera tahun gambar raya tak cukup adik beradik. *adik punya pasal ye..* mirah pon sudah sedih-sedih.. "alaaaa... bila nak penuh adik-beradik nih.. quality time please!" konon-konon ayat ini suara hati mirah. marilah kita cuba target hari dalam masa seminggu je lagi sebelum adik pulang ke negara irish itu.
 
ahad - adik baru nak balik dari kedah
isnin - kena pegi jemput kamil n tikah dari uni mereka pula
weekend - adek nak balik ireland dah.
 
hmm.. hmm... kalau tak jadi, seperti biasa, tampal sajalah gambar adik dan fairuz keh.
 
di atas tangan yang lain (translasi: on the other hand.. hahaha!) kakak nak main bowling bersama rakan-rakan ahad depan. sape nak join?? jom jom!
 

Monday, July 27, 2009

Drill... drill...


ura-ura kedengaran bahawa hari ini ada fire drill di twin towers. nasib tak bawak beg besar-besar harini. akak hanya membawa tas tangan (hehehe) sahaja. nyorokkan bawah tudung, sudah pasti boleh membawa semua barang ke bawah dan lengkap sudah untuk pulang. heheh! kalau tak salah, beg besar semua kena tinggal di tempat masing-masing. kalau drill pukul 3-4 petang, penatnya mahu naik semula pula hanya untuk mengambil beg untuk pulang.. =D


akak berada di tingkat 20an sahaja. tidaklah terlalu mimpi ngeri sekiranya perlu menuruni anak tangga walaupon pastilah kaki akan menjerit-jerit juga. tapi.. bayangkanlah suamiku tercinta perlu menuruni menara ini dari tingkat yang 80an itu! bayangkan..! bayangkan....! semoga dia selamat sampai... akan ku nanti di bawah tempat perkumpulan itu nanti... all the best abang! mari menguruskan badan.. hehehe! (nasib baik harini abang memakai kasut sukan. itupon kerana kasut kerja tertinggal di rumah.. hehe comel.)


oh no! alert! alert! kakak masih belum sarapan. kalau drill pagi-pagi begini, habislah. tiada tenaga tersimpan. hmm... tapi boleh juga selepas sampai menjejak tanah, singgah sebentar di CS ke membeli roti. nasi lemak pon macam sedap juga. hahaha! kalau drill nak dekat waktu lunch... hmm.. mana yang paling dekat untuk makan dari assembly area tuh ye?


baiklah. mari sambung kerja sambil ready dengan semua peralatan untuk turun exercise.


p/s: ada yang siap dah bawak kamera! akan penuhlah FB dengan gambar-gambar drill nanti agaknya. jika ia benar-benar berlaku...

Thursday, July 23, 2009

kenapa?

Kenapa kedai yang food dia sedap selalunye kotor? kalau bersih pulak, mahal gell! (hahaha gedis! lama tak dengar orang guna 'gell' menggantikan 'gila')
 
Akak ni dah la susah nak makan banyak. sekali sekala ke kedai yang direcommend orang dengan mengatakan food kedai tu sedap, dengan harapan makan dengan penuh selera dan kot kot la boleh menambah berat badan. tapi bila tiba di kedai yang berkenaan, tengok keliling saja sudah hilang selera. tu belum bercerita tentang bau-bauan tambahan lagi. err.... tapi memang lauk dia sedap2 la bila makan. (contoh: kedai jual asam pedas kat Kg baru, ikan bakar kat Pasar Dato' Keramat, satu kedai makan kat Melawati tuh ke)
 
Jadinya, bila tau ada lauk yang best dan menyelerakan dari sesebuah kedai, akak akan mintak dibungkus je. makan di rumah, sambil duduk sukahati dengan abang Farid, layan akim mengada-ngada, minum air sirap yang sedap dibuat oleh mirah, gelak-gelak cucuk pinggang dengan lawak-lawak ayah. baru terasa lauk-lauk tu sedap.
 
kesimpulannya di sini, akak memang memilih makan. hehe! mana tak kurus kan. nasib la.. akak pilih rasa yang sedap dengan tekak akak, keliling yang bersih dan takde bau-bauan (bau durian juga boleh menghilangkan selera akak... so please makan jauh-jauh keh), yang bukan lauk lebihan semalam.
 
sure adik cakap, dah tu napa tak masak sendiri? sebab bila akak masak, akak akan rasa kenyang. jadi bila rasa kenyang, camana nak makan? bila tak makan, camana nak naik berat? bila tak naik berat.... dan kisah ini akan berpanjangan. oleh itu.. biarlah akak tidak memasak kerana itu lebih baik. (ha!ha!ha! cubaan menjustifikasikan kemalasan memasak. kasihan suami.)
 
itu saja merapu-merapan hari ini. *burp* kenyang baru lepas makan tengahari di depan komputer ofis sambil menulis blog ini.
 

Tuesday, July 21, 2009

Monday, July 20, 2009

kakak malas

Seminggu dua ni akak macam ada writer's block pula. tapi lebih kepada malas juga. beberapa yang emo juga tidak berapa membantu penghasilan penulisan yang baik. tambahan hari yang kurang sihat dengan selsema dan bersin-kuat-ala-nak-pecah-telinga punye.
 
nantilah.. akak akan menulis semula untuk mengisi minda adik-adik. la la la...

Saturday, July 11, 2009

atikatun

itu adalah nama ikah dalam bahasa arab. haha!
ikah akan menyambung ke'siswa'an di UIA, gombak. takleh jauh lagi ke ikah? hehe.. 
tulah nama rezeki. kalau tak, nuuun jauh ke utara naa!
 dan akak dengan baiknye telah meng'google' gambar ikah.
niatnya, gambar pertama yang keluar itulah yang akan menghiasi entry ini.. maka ini lah dia:


yaa! dia bernasib baik kali ini..

selamat sambung belaja ye ex-cikgu atikah.

history and civilisation. menarik je!

Tuesday, July 07, 2009

Tau tak?

Skang punye world champion in sports especially tennis, squash and badminton adalah orang2 yang umurnya lebih kurang akak? cuba tengok birth date derang:



Roger Federer - 8 August 1981


Andy Roddick - 30 August 1982


Nicol David - 26 August 1983


Lee Chong Wei - 21 October 1982

Tak ke rasa macam eh orang lain dah jadi World Champion dalam bidang masing-masing, tapi akak bukan nya world champion, champion peringkat Malaysia pon tidak. Negeri? turun lagi.. daerah la bagi chance? heh... tak layak jek. pastu lagi satu champion in what? hmmm...

Kalau ikut umur akak skang ni, Sultan Muhammad Al-Fatih (March 30, 1432– May 3, 1481) dah siap bukak Constantinople dah (at 21 years old rasanya) dan menamatkan sebuah empayar. Hassan Al-Banna (October 14, 1906 – February 12, 1949) dah siap tubuhkan Ikhwanul Muslimin dah. Donald Trump dah bagi profit $6 million ke syarikat ayah dia (at 22).

Kalau tengok diorang ni pon, start masa kecik lagi. Dari umur 5 - 6 tahun dah start main, dah start pikir nak conquer the world. so meh kita tengok apa yang akak dah start buat dari umur 5 - 6 tahun dulu?




  • Main basikal - tak jugak jadi pemain basikal terkemuka


  • Baca buku - tapi tak jugak jadi pembaca buku terbanyak ke apa. or tulis buku ke...


  • Main masak-masak - haa yang nih sampai dah kawen nih pon dok malas nak masak. haha.. janganla cakap nak jadi chef world class plak.


  • Tengok TV - nih semua orang pon bleh jadi champion. tapi akak takla nak jadi champion bab nih plak


  • Apa lagi ek? errrr...


Hmm...nampaknye akak taktau lagi la ape benda nak buat yang boleh bangga sket nak cerita dekat cucu cicit nanti.. hehe! okeh jom tolong akak... kenal pasti apa sebenarnya yang akak boleh terer! cepat-cepat.. sila tinggalkan komen dan cadangan anda.



Akak sesuai jadi World Champion apa?