Monday, June 29, 2009

who's the boss?

Akak baca Reader's Digest haritu dan akak jumpa jawapan menarik kepada soalan ni:

Who's the boss in your family?

My wife is the boss, but I have the final word:
"yes, ma'am."
 
-Franscisco Mazzeio from Rio de Janeiro

hahaha!

Birdie

wajah baru... isi tetap sama.

disebabkan akak mengalami sindrom tidak boleh bercakap banyak (kerana ulcer mulut), jadi malam tadi akak senyap je duduk depan komputer. nampak seperti akak seorang yang baik sahaja. tiba-tiba akak terasa nak mengubah rupa blog ini yang dah agak lama menggunakan template yang disediakan blogger sahaja.

kini sudah comel dengan birdie... sukalah dengan burung-burung comel asalkan mereka tidak 'membuang' merata-rata. hehe! Allah even sebut pasal burung terbang dalam Al-Quran tau!

Al Quran : (16) An Nahl : Ayat 79

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman. (QS. 16:79)

Al Quran : (67) Al Mulk : Ayat 19

Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (QS. 67:19)

Saturday, June 27, 2009

dah besar dah dia!

kamil 'meta' kini dah bergelar siswa! mcm tak percaya jek. baby boy mak nih dah masuk uni. uni10. tapi macam masuk sekolah masa form one jek tadi. tengokla gambar dia:

dengan backpack kat belakang. dik, form bape dik?


berlakon sebentar seperti perbincangan serius untuk masa depan.

to kamil, belaja rajin-rajin. no less than first class honours ye! 
(hehe! padahal tadi dia baru nak masuk foundation kan. tak kesahla! aim mesti tinggi kan)

Friday, June 26, 2009

nikmat

bila dah tiada, baru terasa.
 

Hadith Rasulullah dah sebut:

 

"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara,

masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit,

masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum

sibuk, masa hidup sebelum mati".

(HR Ahmad)

 
boleh siap nyanyi skali dengan kumpulan Raihan.
 
akak tengah sakit lidah dan mulut sebab ulcer. hilang nikmat sihat nak cakap-cakap dengan senang, nak makan dengan berselera, nak rasa selesa. sampaikan lunch tadi taktau nak makan apa yang paling kurang sakit. lantas, akak pon pergi ke kedai dan membeli sup ayam. pulang ke rumah, masukkan nasi ke dalam sup. yay! dah dapat nasi sup yang sedap. alhamdulillah.
 
tapi bila dah makan dengan kenyang, akak mengantuk pula. nasiblah tak tertidur di rumah dan sempat sampai semula ke ofis pada jam 2.30. hampir-hampir juga terlelap bawak kereta. okeh ini bahaya! tiba-tiba teringat lagu wonderpets pula.
 

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

 

ada haiwan dalam bahaya!! (eh tapi akak bukan haiwan ye)
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

 

apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama.. 

 

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..


kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..

 
Pengajaran:
  • marilah kita bersyukur dengan nikmat yang ada dengan menggunakan nikmat itu ke jalan yang diredhai Allah...contoh: akim, sila jangan guna nikmat tangan tuh untuk asek main DoTA saje.
  • ape yang penting? kerjaaasama!

Wednesday, June 24, 2009

War of ...

semalam, ketika di pejabat, jam menunjukkan jam hampir 4 petang. akak dah start merasakan kepenatan mengadap komputer dari pagi. tiba-tiba akak terbau macam ada benda yang hangit.. ada bau mcm gas bocor jugak. lama-lama makin kuat. kepenatan ditambah pulak dengan suasana berpusing-pusing pening.
 
ada kebocoran gas ke kat menara ni? bahaya tuh! kang ada yang kena turun tangga dari berpuluh-puluh tingkat ni ke bawah.
 
akak bangun dari tempat nak tengok2 ada tak orang lain yang perasan bau yang sangat tak best ni. keadaan pejabat mula kecoh... orang sudah tidak dapat memberikan konsentrasi kepada kerja lagi. nasib baik jam memang sudah hampir pukul 5. tiba-tiba, ada seorang rakan sepejabat menjerit,:
 
 

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Weh! sapa makan durian sorok-sorok bawah meja nih??? semerbak satu ofis!"
 
ceh! patutla dunia akak berpusing-pusing. maka, itulah sebabnya akak sampai awal di rumah. ada orang bikin perang sama akak dengan membawa durian ke pejabat! kalau dari pagi, memang akak amek MC la nampaknye. ha!ha!ha!

Wednesday, June 17, 2009

Kenapa akak tak suka durian?

sekarang ni kan musim durian. masuk je pintu rumah mmg bau-bauannya akan menusuk ke lobang-lobang hidung. seperti yang adik-adik sedia maklum, akak amatlah tidak gemar akan durian. bukan saja-saja tak suka... ini sebabnya:

  • akak nak bagi peluang adik-adik yg sangat gemarkan durian ni makan dengan tenang. kan best dah berkurang sorang untuk berebut durian tuh kan... kan dek kan? ko bleh abeh sebijik sorang-sorang lagi..  :p
  • durian nih buah yang bermusim. so kalau la jadi favourite fruit akak, nanti sian abang farid nak kena carik selalu especially bila time takde musim dia. akak tanakla menyusahkan abang farid or sapa-sapa yang nak kena carikkan tuh.... :p
  • bila dah bau buah durian tu nanti akak jadi pening dan hilang sleera makan. so akak akan jadi baik dan diam je. takde la nak marah-marah dan kenakan akim or mirah ke ape kan. takdela akak jerit-jerit suruh akim stop main dota ke, mintak tolong mirah amek itu ini ke, normal case, akak tido sebab dah pening. kan aman duinia korang kan? kan?
ha... kan bagus akak tak suka durian! jimat duit... hehehehe!

Monday, June 15, 2009

main jauh-jauh

kakak not so well.
nothing really bad.
but akak need enough rest.
akim, mirah, please jangan bising-bising main lari-lari around akak.

imgres.jpg


Sunday, June 14, 2009

Aishah

power of name. semalam akak baca buku bertajuk "Aisyah Ummul Mukminin" buku tulisan Sulaiman An-Nadawi. haaa untung la kan sapa yang nama dia ada kaitan dgn tokoh2 ni.. mcm adik, ada Asma' Abu Bakar, tikah ada Atikah bt Zaid. jadi balik ke cerita tadi, akak baca sikit je terus feel... meh akak share sket ape akak dapat:

  • nama timangan Aisyah yang terkenal sebenarnya ialah "as-Siddiqah" iaitu 'perempuan yang berkata benar' atau "Bintus-Siddiq" which means 'anak gadis lelaki yang berkata benar'. anak Abu Bakar la kan. yg nickname "Humaira" 'yang kemerah-merahan' tu dia kata takde bukti sahih atau jelas. Nabi memang lagi suka panggil yang Bintus-Siddiq tu. maybe la nabi panggil Aisyah dgn panggilan Humaira tu sekali ke or time2 tertentu je kot. kalau dlm hadith2 tu selalunya ada sebut gelaran Aisyah is Ummu Abdillah. camana Aisyah dapat gelaran yang ni?
Gelaran 'Umm' dan 'Abu' adalah tanda kemuliaan dan kehormatan dalam masyarakat Arab.Gelaran ni sama dengan kuniyah. Umm untuk yang dah jadi ibu, Abu untuk yang dah jadi bapa. oleh sbb Aisyah takde anak, jadi dia takde gelaran tu. 

Satu hari Aishah berkata pada Nabi Muhammad, "Wahai Rasulullah, semua orang mempunyai kuniyah kecuali saya." Nabi bersimpati di atas kesedihan Aisyah lalu menyuruhnya memakai gelaran Ummu Abdillah. Abdullah adalah anak saudara Aisyah. Hadith ni dicatat oleh Abu Dawud dan Ahmad.

Sedihkan? sian Aisyah takde anak and dia mengadu kat Nabi. since akak belum ada anak, i really feel for her! sob! sob! sob! nanti adek lahirkan baby, bleh la akak letak sementara, Ummu Baby Adek. he!he!he!

Pengajaran:
  • okeh bleh jadi tag kepada tikah, adek, mirah n kamil untuk carik tokoh Islam yang berkait ngan nama korang. pastu buat entry yg cerita pasal tokoh tu. yay! akak dah buat. hehehe!
  • bila kita dalam situasi yang sama dengan seseorang baru kita boleh rasa apa yang diorang rasa kan... 

Friday, June 12, 2009

adek balik

Adek si gems suda sampai umah!! sila bagi laluan ye tuan-tuan dan puan-puan. laluan yang agak besar sket. hahaha!
 
untuk memudahkan perjalanan kehidupan keluarga seperti biasa, akak mahu memberi sedikit penerangan kepada adek:
  • walaupon di rumah macam ada banyak kereta, tapi sila tahu bahawa satu adalah mak punye (untuk pegi keje, usrah, meeting), satu ialah ayah punye (untuk ke majlis2 dan keje dan meeting), satu ikah (untuk ke tadika dan program2nya), satu akak+abg farid punye (tidak perlu dinyatakan untuk ape. haha!). jadi kepada adek, sila duduk di rumah. contohi kamil yang apabila mahu keluar, dia turun bukit tepi zoo itu sendiri dan menahan teksi di bawah tu. exercise adalah bagus untuk ibu-ibu mengandung. ha!ha! kalo mahu gunakan kereta juga, sila book kereta awal-awal di kaunter 2. Perhatian: Booking anda mungkin tidak akan dilayan.
  • tentang TV pula, untuk pengetahuan dan makluman adek, TV di ruang tengah adalah untuk tontonan boring seperti berita, bola sepak, tenis, sukan2 lain oleh ayah, abang kerel dan abang farid. Turn opah ialah di hari jumaat untuk program2 kegemarannya. TV di ruang hujung adalah untuk mirah dan akim dan tikah dan kamil untuk menonton rancangan berbentuk akademik seperti backyard science, numbers, CSI, dan sebagainya. Perhatian: kalau akak pegang remote control, sila tengok saja apa yang akak mahu tengok
  • penggunaan internet adalah sesuka hati kerana WIFI telah disediakan. sila gunakan laptop anda sendiri bagi memberi peluang kepada yang tiada laptop seperti mirah dan ikah untuk update blog, chat dgn kawan2, gelak2 tengok video youtube tentang kucing atau penguin. komputer di bahagian depan selalunya dikuasai oleh akim dan kamil untuk latihan peperangan. Perhatian: yuran penggunaan WIFI adalah RM0.80 sejam. sila bayar kepada akak. diskaun diberikan RM100 sebulan untuk pengguna jangkamasa panjang.
Makluman akan bertambah dari semasa ke semasa. harap berikan kerjasama. dan oh! ya kami mengalu-alukan kepulangan adek.. sila2 masuk buat macam umah sendiri. (jangan lupa basuh pinggan, masak lunch, lipat kain, vacuum karpet, dan lain-lain.)
 


Tuesday, June 09, 2009

Respond!

Respond! inilah kata-kata yang digunakan bila abg kerel baling je bola bowling, abang farid kena respond dengan balingan yang lebih hebat! dan selalunye respondnye memang mengagumkan. STRIKE! abg farid sangat hebat sehinggakan beliau memenangi kedua-dua game. tahniah!

ni keputusan game pertama:

keputusan game kedua:

kami bermain sambil makan aiskrim yang dibelanja oleh abang kerel.

the players:

the players with the winner:

cubaan mencalar kereta abg kerel! haha

Hidup M.U.!

Akak bukanla peminat bola sepak malah bukan juga peminat M.U. tapi akak rasa kejam kalau tak share dengan peminat-peminat M.U sekelian, gambar yang akak tangkap ni.. marilah bersama kita jerit... HIDUP M.U.!






























Yeah! Maruku United! ha!ha!ha!

Thursday, June 04, 2009

cuti tak berapa panjang

akak akan cuti esok sebab birthday Agong. apasal Agong besday, pastu kita cuti plak kan? kita pegi celebrate ke dengan dia? hehe... wish pon tidak. tapi perasan tak, if tukar Agong pon rasanya dari dulu lagi mesti birthday dia bulan Jun. apa-apa pun akak bersyukur kerana akak dapat cuti. yay! so apa plan?
  • esok pagi akak akan main boling bersama kawan-kawan di Flamingo. sape nak ikut sila bangun awal okeh! kol 8.30 akak kena berkumpul dah di UIA. kamil, harap maaf kamu takleh ikut sebab nih pompuan-pompuan je. kalau saje nak menggatal nak ikut, sila menggatal tempat lain. hahaha!
  • hari sabtu akak tak pasti lagi apa yang boleh dibuat. so sementara ni, anggap free and easy time la. boleh main-main bersama mirah dan boleh cuba menjadi mamarazzi nak tangkap video akim tengah main dush-dush lagi or boleh gosok baju banyak-banyk untuk minggu depan or boleh pegi sopeng or boleh duduk tengok TV ke or boleh tidur cover balik kejap malam-malam yang kena tidur lewat tuh.. uuuu best!
  • ahad.. haaaa! ialah birthday abang farid. jadi plannye tidaklah boleh diletakkan kat sini. nanti suda tidak best mahupon tidak seprais. (padahal tak plan pape pon.. lalala)
itu sahajalah untuk hari ini. selamat hari minggu kepada anda! oh! tidak dilupakan, Happy Birthday Agong! :p

Wednesday, June 03, 2009

Kanak-kanak comel

entry ini akak nak tujukan khas kepada kanak-kanak comel di brisbane. mereka sangat comel kerana:

  • mereka buat surprise untuk birthday akak walaupon baru jumpa pertama kali dan walaupon sehari awal.. hehehe!
  • mereka suka sangat bergambar dengan akak sehingga membuktikan kanak-kanak Brissy dari dulu hingga sekarang adalah GiGam (gila gambar)
  • mereka sangat rajin memasak untuk tetamu-tetamu.. (ini ayat baik lagi bodek kerana akak tau mereka suka masak sebab mereka suka makan! hahaha!)





kamu-kamu memang comel! tak sabar nak jumpa lagi! (*hint kepada abang Farid supaya boleh pergi ke Brisbane lagi... bukan ape.. nak jumpa budak-budak comel nihla.. bukan saja2 nak pegi buang duit kan.... ha!ha!ha!)


Tuesday, June 02, 2009

Akak was there!


Wettest 24 hours in 17 years

But the southeast  is bracing for more major flooding after the wettest 24-hours in 17 years cut hundreds of roads, trapped children in schools, forced evacuations, brought down powerlines and filled dams.

At Surfers Paradise, real estate agent Mark Bayliss died after going into shock when debris burst through his office window. Wind gusts at the Gold Coast Seaway reached 120km/h.



Ni video akak amek masa kat Surfers Paradise. angin memang sangat kuat sampaikan abang farid kena pegang akak supaya akak tak terbang. 




Ni pulak banjir semasa dah sampai ke Byron bay sambil dengar berita dekat radio. alhamdulillah dah surut jugakla dekat tempat tu. sebab tu akak boleh sampai ke LightHouse. :) alhamdulillah....

Rombongan Kak Ecah

Pada sabtu baru-baru ni kami sekeluarga telah berjalan-jalan makan free ke kenduri-kenduri. ada tiga terus dalam masa satu hari. untuk kenang-kenangan rombongan Kak Ecah, marilah kita tengok gambar-gambar yang ada, tambahan pula mari kita jeleskan adek sebab tidak dapat pergi ke kenduri kawannye iaitu Pn Raudah. yang lagi dua pasangan itu ialah sahabat akak yang agak-agak sama-sama membesa di Oz dulu.. 

Antara ahli rombongan Kak Ecah ialah jejaka-jejaka kotak. bukanla bentuk mereka seperti kotak, tapi semuanya memakai baju bentuk kotak-kotak. akim nerd ialah yang paling kotak. (ayat ni saje nak kutuk akim)

Ini pula ahli rombongan di kalangan wanita-wanita cantik di dunia. tercantik ialah mak. tempat kedua ialah sudah pastinya Kak Ecah sendiri. yang lagi dua, silalah bergaduh untuk dapatkan tempat ketiga dan keempat. siapa nangis dulu dia kalah dan dapat tempat keempat ye!

Ini ketika di kenduri Raudah. lihatlah si pelahap ini. nasib baik ada mirah untuk bagi gambar ni nampak cantik. tapi disebabkan akak yang tangkap gambar, memang akim pelahap pon nampak kurang nerd sedikit. (sila lihat ke butang baju kemeja yang dibutangkan sampai ke butang yang terakhir, beserta fesyen rambut akim. nerd kan? kan? kan? hahaha)

Mabruk Raudah dan Mahmud! Maaf tak sempat nak tunggu sampai pengantin sampai. :)

okeh. jejaka kontrol hensem. terutamanya yang pakai spek itu.. seperti muka yang berkata "hai semua.. saya masih bujang. call me now!" ha!ha!ha! itu tengah masyukkk makan kambing golek punya pasal.

ini pula ialah Nadia. sangat cantik kan!!! ada ilusi dia jauh lebih tinggi dari akak sampaikan tadi mirah cakap, "eiiii akak nih pendek la". sungguh tidak sedar diri lah mirah ni kerana dia lagi pendek dari akak sekaang. tahun depan tuh lain kira lah.

haa! tengokla Nadia pakai kasut tinggi laaaaa. sebab tuh akak nampak rendang sedikit. tapi masih comel. jangan risau (kalau ada yang risau la kan.. :p)

ini pula di kenduri yang terakhir iaitu kenduri Puan Aizat dan  Encik Pijang. dah beberapa kali akak katakan kepada kameraman supaya jangan tangkap gambar penuh sehingga kaki. tapi dia masih menangkap gambar penuh. harap maafkan sajalah ye encik pengantin kerana nampak selipar kuning yang berkilauan itu. almaklumlah, kami sampai di situ masa kenduri dah abeh. pengantin dah start kemas-kemas khemah ye. jadi sudah pastilah mereka akan menukar selipar.. takkan nak pakai kasut cantik-catik basuh periuk kan!
Itulah sahaja kisah Rombongan Kak Ecah ke kenduri-kenduri. didoakan kepada pengantin-pengantin:

"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

 

Maksudnya:

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"


Monday, June 01, 2009

akak mengada

Adalaa satu pagi tuh kan.. akak tido balik lepas subuh. pastu mimpi yang sangat tak best tentang abang farid. *sila tak perlu teka apa mimpinya*. mimpi tu sangat takbest sampai akak bad mood dan lelah dan tak larat pegi keje. ~ha!ha!

jadi akak pon amekla MC sbb bila benda pertama waktu pagi adalah serangan lelah dan mood yang kurang baik, akak tak mampu lah nak buat kerja dah kat ofis. sekurang-kurangnya akan merasa mabuk dgn ubat lelah itu. 

tiba2 di waktu hampair tengahari, abang Farid pon menelefon mahu menjemput untuk lunch date! hoyehhh! akak sudah tidak bad mood. dapat makan sedap dekat kedai yang murah. he!he!he! bila diceritakan mimpi itu kepada abang farid, dia gelak jela. 

okeh itu saje berite kemengadaan akak pada hari ini. 

Pengajaran:
  • akak memang seorang yang mengada dan manja. haa! puas hati adik-adik sekelian?
  • 'date' pada masa yang tepat memang boleh menghilangkan bad mood
  • korang sure ckp akak LAME tapi W.E. laaaa ~akak dah kenyang... hahaha

I want to be there again!

Ini adalah satu entry untuk adik-adik akak mengetahui kisah silam.. kenangan akak masa di zaman kecil-kecil dahulu. bukanlah maknanya akak suda membesar.. tetapi nak sebut zaman muda-muda dulu, hakikatnya akak masih sangat muda. jadi gunalah zaman kecil-kecil dulu. comel kan akak kamu ini? hehehe.. okeh marilah kita sama-sama melihat tempat-tempat yang telah membentuk akak sehingga menjadi sangat ayu dan comey seperti sekarang ini. (ini blog akak kan... nak buat camana.. terpaksala korang terima kata-kata ini dengan redha nya...)

inilah sebahagian tempat akak belajar. nama tempat ini ialah the great court atau gelanggang besar (hah? ha!ha!ha!)

Papan tanda universiti akak yang ini adalah baru. yang masa zaman akak dia lagi besar dan terletak betul-betul di tepi jalan yang bernama Sir Fred Schonell Drive. tentu korang ingat kita pernah tangkap gambar di situ dulu. (oh! hensemnya lelaki dlm gambar ini kan! :p)

Ini pula ialah bangunan Kejuruteraan Kimia di mana akak banyak menghabiskan masa membuat kerja dan belajar dan tidur dan semayang tepi komputer dan makan megi (tak selalu la sebab abang farid rajin masak n akak panaskan je bekal dekat microwave kat pantry bangunan ni.. hehehe)

ini ialah papan tanda universiti dari feri yang dipanggil citycat atau kucing bandar. 

bangunan universiti akak diperbuat dari batu pasir.. sandstone. :) cantik kan garisan2 yang terbentuk itu! setiap batu bata lain-lain corak.

Setelah melihat tempat akak belajar, mari tengok tempak tinggal akak dan abang farid pula.

Rumah ini namanya Gowrie. abang Farid tinggal di sini semasa umurnya 17 dan 18 tahun. dia pegi sana masih tak cukup umur (17 tahun).

Ini pula tempat tinggal akak semasa akak baru sampai ke Brisbane. namanye ialah Whitmore park. tempat ni terletak di kawasan bernama Toowong berdekatan dengan Indoroopilly dan Taringa. ye memang nama tempat kat sana comel2.


Setelah setahun akak terpaksa ke sekolah dengan berjalan kaki + naik bas, tahun kedua, akak berpindah ke kolej di dalam universiti. bangunan ini pula dipanggil Jarvis Tower, Campus Lodge. masa duduk di sini sangat best kerana sangat dekat dengan kelas. jalan tak sampai lima minit pon!



Setelah dua tahun duduk di campus lodge, pada tahun terakhir di sana, akak tinggal di rumah bernama Cambridge Square pula iaitu di Warren Street. umah ni semua dah sampai kecuali adek. kamil, abang n akim pon penah mandi kat kolam renang rumah ni kan. best tau adek!

Sekian terima kasih!