Thursday, April 23, 2009

Bukti kehebatan emak


Jika kita semua merujuk kepada cerita akak tentang Majulah sukan untuk keluarga, akak ada bercerita tentang mak yang pasti menang setiap kali mak menyertai pertandingan mengupas epal.  akak berjaya merakamkan kehebatan emak kerana emak sekali lagi memenangi acara ini. saksikanlah juara kupas kulit epal paling panjang dan tidak putus sampai habis sebiji epal: 

Dr. Kalsom Maskon!



Hebat kan mak kita? hehe! tengoklah anak-anaknya. potong epal tak reti, makan je reti. ha!ha!ha! tapi memang kami mewarisi kecomelan mak. :p


Ini pula bukti kehitaman akim si kuda belang:


Gambar manja akim dengan mak di depan rumah biru (Usamah). akim, takleh besar lagi ke topi?


Mak sedang memerhatikan hasil kupasan jiran-jiran. jangan risau mak. mak mmg hebat! oh-so-the-comel la topi mak pakai. macam amoi pon ada juga. hehehe!


Mak memang seorang yang adil dalam mengasihi dan menyokong anak-anak sewaktu hari sukan. buktinya, akim rumah biru, mirah rumah hijau, so mak pakai baju biru-hijau yang akak belikan. untuk dapatkan baju yang cantik ini, sila layari laman Nauwar ini.

Itulah sahaja berita sukan dari padang sekolah SMK Taman Melati. sekolah mirah n akim tumpang padang orang sebab sekolah mereka iaitu SRI Pintar tiada padang.

Sekian, terima kasih. Tiada pengajaran untuk kali ini.

2 comments:

abang said...

mak mmg terer sangat kupas epal ni. sejak dulu lagi.

lama tak makan mangga kat umah. nak biji

mak pakai saiz apa eh baju tu?

aishahhatta said...

berebut biji mangga sampai isi selalu tak makan! mak pakai saiz XL kot yg nih.. ke XXL. sbb yg baju Nauwar nih size dia kecik sket dari T-shirt labuh yang macam abang belikan kak suhaila dulu tu.