Showing posts with label Syukur. Show all posts
Showing posts with label Syukur. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Tiga perkara versi 3

setelah mendapat sokongan hangat dari padie, marilah akak meneruskan siri tiga perkara episod ketiga.

Harini akak bersyukur kerana...

1) waktu di kelas tadi cikgu omputih telah menyebabkan akak blank. eh patut bersyukur ke tak ek? ntahla.. tetiba masa nak jawab soalan tutorial, dia lalu n berdiri kat seblah. kertas akak hanya diisin conteng2 tulis balik soalan. hahahah! then cikgu pon tanya, "having those moments?" maka akak senyum saje tatau nak jawab apa. tanda otak memang totally kosong. Totally.. (gaya pompuan gediks..sila bayangkan sendiri.. :p). tapi lepas mengintai jawapan di belakang fail, tiba-tiba dapat pencerahan agung sambil jawab dengan pantas sambil tekan-tekan kalkulator konon-konon terrer. okehla.. bleh la bersyukur akak berjaya berlakon terer harini.

2) akak masih boleh menahan sakit ulcer mulut yang ada dua seblah-seblah. mereka berdua macam dah start nak berkenalan with each other pastu nak geng-geng jadik satu jek. adoi.. ulcer nih, takyahla nak berukhuwah 1 malaysia atau 1ulcer besar pulak. agaknye lebih kurang macam nila perbualan hangat mereka:

ulcer A: ehh awak.. kita boring la... jom geng.
ulcer B: alahai siannye awak boring. meh-meh datang dekat sket kita borak panjang lagi.
ulcer A: camana nak datang dekat?
ulcer B: ish slow la awak nih. macam adik tuan mulut ni yg nama akim tuh. slow gell! membesarla sket. makin lebar, makin dekat la. da! (sambil angkat bahu dan kening)
ulcer A: ok.. ok.. fine.. dah dekat sket nih. so?

Bersambung...

deyyy.. paa nih dah jadi sedutan lakonan ulcer plak!

3) ikah dah dapat dah tiket dia nak pegi cork tengok ipan hapi. (uuuu.. comelnye nama..) alhamdulillah... ikah dah tak datang menyebok-nyebok tanya nak sponsor ke tak. macam ajk bawahan biro penajaan program besar je dia.

Saturday, February 20, 2010

Tiga perkara versi 2

akak bersyukur kerana:

1) harini akak berjaya pegi kelas on-time dan mendengar dengan khusyuk. okeh tipu. adalaa jugak main2 dengan ipod. :p tapi still dengar okeh dan on time.. yes onnnn time tuhhh! hahhaa selalunye jadi orang last masuk kelas :p.

2) sakit perut pagi tadi sudah hilang. cuma tinggal bloating feeling saje. okehla tuh.

3) harini macam kurang sket panas dari biasa. walaupon still panas, tapi macam kurung sikiiit la. at least kan.

alhamdulillah....

:D

Friday, February 19, 2010

Tiga perkara

Hari ini akak bersyukur kerana:

1) a. Farid sudah boleh pergi kerja. ini menunjukkan kesihatan dia makin baik.. alhamdulillah... *selamat buat PPA* hahaha!

2) faham apa yang cikgu ajar tadi. ekonomi petroleum tidaklah sesusah yang disangka.. *ini ayat cuba meyakinkan diri sendiri.. :)*

3) sudah makan lauk yang best. ikan masak tiga rasa dibawa khas oleh yana, keropok lekor dari ganu dibawa oleh teah. mereka rakan serumah. *thank u! thank u! burp . :p*

"Keep a journal by your bed and each night before going to sleep write down three things you are grateful for. As the song goes, 'you'll fall a sleep counting you blessings" and help channel positive energy.'"
- Sharon Covington