Thursday, December 31, 2009

Amurah

bukan jualan murah daaa....

tuh nama amirah yg typo di website YIK untuk result sapa yang dapat masuk skola2 under dia. anyway, nak mengucapkan tahniah dan selamat berjaya (sangat cliche ucapan ni).

bila tgk kat website tu, mirah dapat masuk MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH.

p/s: mu jadi oghe kelate miroh! mek kelate comey2.. tapi mu dop comey.

*ngehngehngeh.. cubaan sgt lame untuk bercakap dlm bahasa kelantan. kepada orang kelantan.. harap maaf salah silap. :p

Wednesday, December 30, 2009

al-kisah lutut

Tersebut lah kisah.. di suatu malam yang tak berapa tenang.


Seorang jejaka hensem telah pergi bermain bola tampar bersama teman-temannya.


Nak dijadikan cerita.. beliau telah menunjukkan kemahiran bermain yang sangat hebat pada malam tersebut.


Sohabat-sohabatnya kagum dengan skil yang ditunjukkan.. meng'spike' meng'set'.


Bagaikan ada percikan api apabila beliau meng'spike' memasuki kawasan lawan. HEBAT! (:p)




Kendatipun demikian.. (okeh mirah n akim, sila bukak kamus Dewan Edisi terbaru untuk tau apa maksud 'kendatipun' ye.. oh lupa.. ikah n kamil juga)


Pada lompatan terhebat beliau.. sungguh tinggi lompatannya.


Mahu meng'spike' bola tersebut ke kawasan pak arab di sebelah sana net.


Seorang pak arab di depan net juga melompat mahu menghalang. juga melompat tinggi.


Dengan bola yang tinggi di udara.. dan lompatan jejaka hensem dan pak arab berbadan besar itu...


Bola semakin mendekati tangan kedua-duanya...


Graviti semakin kuat menarik. dengan kiraan kelajuan (velocity.. betul ke kelajuan? haha. kamil sila tuliskan equationnya. ini soalan quiz Physics kamu) seperti dalam rajah di bawah..

Tiba-tiba.. lutut jejaka hensem yang masih di udara dilanggar si pak arab yang berbadan besar.
Lalu kepala lututnya membuat larian dari tempat yang asal.. bukan larian setempat.

Jejaka hensem jatuh ke tanah.. aduh!

Oh kasihan.. oh kasihan... aduh kasihan...

Begitulah alkisah yang menyebabkan jejaka hensem terpaksa menjalani rawatan dan pembedahan minggu depan.

Marilah sama-sama doakan lutut jejaka hensem akan kembali sihat. Amiin... :)

p/s: Cerita ini hanyalah gambaran dan mungkin lari sedikit dari kisah sebenar. sebarang penambahan dan penolakan.. biarkan...

Monday, December 28, 2009

to study or to...

* akak sudah tak tau nak tulis apa di blog ni *

lagi seminggu dah nak masuk tahun 2010. lagi 22 hari lagi akak dah nak start belaja. tapi lagi 9 hari abang farid nak kena operate. macam ada feel malas pulak akak nak pegi belaja ni. nanti sian abang nak melalui post-op tanpa akak di sisi.. (cecewah!)

how ley?

Thursday, December 10, 2009

The Big FIVE! HI-5!

Mak ayah,

esok dah cukup lima tahun mak ngan ayah dapat menantu. :)

hehe! sajela intro camtu sebab akak yang kawen dulu kan antara adik beradik, so abang farid la menantu pertama. :D tak sangka dah lima tahun. macam sekejap je. nampaknya tahun ni takde plan untuk celebrate anniversary. akak ingatkan haritu nak pegi jalan-jalan. tapi akak dgn abang farid busy pulak. malam ni pon ada mesyuarat untuk Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (klik di sini www.spkk.info), so a simple dinner berdua jekla kot. pegi makan tempat best-best sket *jangan jeles keh adik2 esp ikah yang kuat makan ha!ha!ha! bagi can la kitorang pegi dating* :p

hadiah pon tatau nak bagi apa. lagipun patutnye trip akak ke brisbane bulan lima haritu dah cover hadiah semua celebration yang ada tahun ni. hehe.. senang! mula-mula ingat entry ni nak cerita sejarah sepanjang lima tahun. tapi tak jadila.. biarlah rahsia antara kami berdua.. cececehhhh!

jadi, semua doakan la kitorang terus kekal sampai ke syurga. doa sama-sama masuk syurga la. baru la bleh kata kekal sampai syurga kan. takmo la doa kekal sampai ke pintu syurga je. plus, takmo la doa kekal sehingga akhir hayat je. lagi satu takmo la kekal ke anak cucu jek ye. so sesapa rajin nak tolong doakan, sila doa kekal sampai syurga. (demand biasa la lebih-lebih sket kan.)

p/s: we survived the 'usual question' for five years. yehhhhaaa!

Tuesday, December 08, 2009

welcome back!... to me

hehe.. dah lebih dua bulan malas nak menulis kat blog. tetiba ramai pulak peminat bertanya ke mana menghilang.. *ececehhh sempat nak perasan plak ada peminat. macam2 jugak rasanya yang berlaku tapi macam takde semangat nak tulis sebelum ni.

  1. bulan 10 akak pegi team building untuk Production Technologist atau nama glemer nye PTech. buat kat PD, Thi*stle. Pergi sana drive sendiri dan seperti yang diketahui ramai, akak tidak suka mengikut hadlaju yang telah ditetapkan. maka, semalam sewaktu abang farid mengecheck saman melalui SMS, maka terkantoilah ada satu saman yang bertarikh hari tersebut. kehkehkeh! tapi actually dah cerita la awal2 kat abang farid yang speeding then ada incik polis nyorok bawah flyover bersama kameranya. tapi semalam sewaktu abang bertanya tentang apa yang kami buat pada hari berkenaan, buat-buat lupa pula apa yang berlaku.
  2. nasib baik lepas balik dari TB tuh barula orang dok bercerita-ceriti seram tentang hotel tersebut.. ngehngeh..
  3. akak punye application untuk membuat Master sudah hampir berjaya. offer letter dari UTP dah dapat. ni tengah tunggu apa cerita tentang sponsor... mana lagi kalau bukan company sendiri kan. jadi adik-adik... akak akan jadi warga pelajar semula! yehhaaaa! abehla bertambah bond dengan ini company.
  4. bulan 11 akak pegi team building lagi. *sure orang cakap ape nih asek pegi team building je.. bila buat keje nye? ahahaha* kat PD jugak tapi hotel lain.. Avill*ion Cove. nasib bukan hotel yang sama. sebab kalau sama, kali ni pergi dengan extra story di dalam minda. bahaya! hehe sebab biasanya 'it's all in your mind' kan. jadi pegi gronggreng kat sana. okayla tapi lelah datang lagi. (macam dalam iklan plak.. TORA datang lagi dengan pistol air)

itulah saja update untuk dua bulan.. ahhahahah! (kakak yang malas nak update)