Tuesday, September 29, 2009

kenapa mesti sama?

bila akak membaca blog-blog lain iaitu aktiviti melompat-lompat blog (bloghopping) akak perasan banyak juga benda yang sama ditulis oleh penulis (ke penaip?) blog ni. ni antara yang akak perasan:
  • bila dah lama tak menulis, penulis akan mintak maaf kepada pembaca sambil membuat gaya tiup-tiup sawang. perlu ke mintak maaf? terasa kah pembaca bila penulis tidak menulis? dan yang paling menarik, blog boleh bersawang ke? hahaha!
  • hampir semua penulis pernah menulis 'tag'. yang rajin tu ada yang buat sampai berpuluh-puluh soalan. yang malas tu dia pilih je mana yang dia nak. yang lagi best, dia tak kena tag pon dia nak jugak buat tag tu dengan men'tag' diri sendiri. hehe...
  • topik-topik penulisan semuanya ada trend. dan boleh diagak. bila musim exam, penulis (yg pelajarla) akan tulis pasal time table exam nye.. pasal stress nak habiskan topik. bila musim raya, semua cerita pasal raya dari persiapan sampai la gambar makan ape. tak percaya cuba tengok list blog yang updated kat sebelah ni...

kenapa akak tulis pasal ni??

sebab akak taknak tulis pasal raya dah.

sebab akak takde gambar raya nak upload.

sebab akak baru menghabiskan aktiviti melompat blog.

sebab akak takde idea nak tulis tapi taknak blog ni bersawang dan nanti kena minta maaf kepada pembaca dan adik-adik serta peminat di mana jua anda berada.

ha!ha!ha!

Saturday, September 19, 2009

indahnya siri 2

yang best di hari raya sebenarnye bukanla hari tersebut. tapi...

suasana sekeliling,
buat kerja dapur sama-sama,
gelak ketawa dengan lawak ayah,
ayah terhiris jari dengan pisau di tangan yang baru diasah,
wajah mak menumis dan memasak rendang hasil potongan anak-anak dan ayah
yang jarang-jarang semua nampak muka di dapur,
wajah semangat opah menyimpul-nyimpul ketupat palas,
jeritan-jeritan akak memanggil akim dan kamil masuk ke dapur,
wajah mirah yang risau kenapa tangan dia panas-panas lepas buang kulit halia yang banyak,
wajah abang farid yang berjaya menghiris bawang segunung lagi cepat dari ikah,
wajah abang mengupas kulit bawang sambil mengemas semula tempatnya,
wajah kamil bila dikomen hasil hirisan serainye tahap B+ sahaja,
wajah ikah menangis-nangis menghiris bawang,
wajah akim berlakon rajin baca buku tentang rasulullah kat dapur,
wajah-wajah gembira adik-adik memikirkan duit raya yang bakal diterima,
wajah-wajah gembira abang kakak yang nak memberi duit raya.

itulah yang bestnya kan!

to adik: mak tak sempat lagi nak bagi ko resepi kuah kacang sebab sibuk di dapur.
siannn ko buat semua sorang-sorang. sila nangis teresak-esak...
ngehngehngeh!


p/s: gambar kena tunggu kamil ke sesapa transfer dari phone.

Friday, September 18, 2009

indahnya

di hari Jumaat yang indah dan barakah dalam bulan Ramadhan ini... akak sudahpon bercuti! yehhhaaaa! ops terlebih happy pulak. alhamdulillah Ramadhan kali ini dapat memberi semangat baru untuk jadi bekalan 11 bulan lagi sebelum Ramadhan yang akan datang yang belum tentu lagi kita dapat jumpa kan.

mood raya baru nak meresap dalam diri akak. mungkin sebab mirah dah bising-bising suruh buat cookies raya akak yg sedap tu. atau mungkin kerana beberapa KPI Ramadhan rasanya telah dicapai dengan agak baik. atau mungkin kerana menyambut hari kemenenangan ini sememangnya memberi vibe gembira kan. Rasulullah pon gembira juga di hari raya... hehe! meh kita tengok sket sirah dipetik dari blog ini:

Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).

Berkata Ummu Atiyah ra bermaksud, “Rasulullah saw mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam”“wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud). Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah meminta dikalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dsb di pagi Raya janganlah sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya
jadi... dikesempatan ini akak ingin mengucapkan Eid Mubarak (hari raya yang diberkati) kepada semua adik beradik terutama yang jauh seperti adek yang tak dapat beraya di rumah lagi tahun ini. sila nangis sedih2 mengalir airmata supaya rasa sadis tu lebih sket. nak pulak duit raya tak perlu diberi kepada adek.. fuuuh.. jimat! hahaha (gelak kejam).

kepada pengunjung-pengunjung blog ii, samaada yang setia, yang terjumpa, yang tersesat, maaf zahir dan batin kalau apa yang awak-awak baca menimbulkan rasa kurang senang. nanti akak akan menulis lagi. :p

Peringatan:

  • Pagi-pagi raya tuh mandi la sunat EidulFitr.
  • Pastu jangan lupa makan sket before pegi solat raya. kalau tak sempat sangat pon, sure ada punye kurma-kurma lebih dari bukak puasa yang tak abeh lagi tu. nabi dulu sebelum keluar solat raya dia makan kurma dulu tau.
  • semua sila pegi solat raya even yang takboleh solat. pegila dengar khutbah raya tuh keh. takde alasan nak dok umah time solat raya. zaman nabi semua keluar... mehla ikut sunnahnya. :D
  • bagi yang layak mendapat duit raya, sila jangan meminta2 pula apabila tuan rumah yang diziarahi tu mcm lupa nak bagi.
  • akim, miah, kalo akak tak bagi duit raya bukan bermaksud akak tak sayang korang.. akak nak korang rasa camana orang kat Palestin ke kat Iraq ke, kat mana-mana la yang tak dapat duit raya tuh. derang boleh je gembira jugak di hari raya.. (dan dan tu jugakkk laa kan! :p)
  • pastu bila ziarah-ziarah tuh, relax-relax la sket makan. taula baru lepas abeh puasa. takkan nak terus nak naikkan berat badan. kang jadi calon "the Biggest Loser Asia" pulak.
okeh.. selamat.. selamat... selamat hari raya! :D

Monday, September 14, 2009

...

rasa bersalah untuk rasa gembira dengan raya yg dah nak dekat

 

sebab belum puas dengan Ramadhan

 

tapi suasana sekeliling menyukarkan lagi keadaan

 

orang di pejabat dah mula pasang lagu raya kuat-kuat

 

lampu liplap dah memenuhi ruang

 

kad-kad ucapan bergantung-gantung bersama ketupat plastik

 

semua bercerita tentang plan raya, kuih raya, baju raya...

 

Ramadhan.. tolong jangan pergi!

 

Saturday, September 12, 2009

911 !!!

semalam sept 11. birthday ayah pula.

berikut ialah sedutan drama anak-beranak melalui mesej pesanan ringkas di hari kejadian:



akak: Ayah, Happy 53rd birthday! Ke 54 sebenarnye? hehe

ayah: 35. tqvm

akak: Oh! u look older than ur age... esp the tummy

ayah: Mirage je tu. Adjust your glasses.

akak: Yela yela... tgh tunggu duit saman ni. nak beli spec baru. nanti baru nampak ayah 35++




ha!ha!ha! ayah... ayah... berjiwa muda! :p

Thursday, September 10, 2009

Dah tua

abang kerel dah tua. harini besday dia yang ke-29.

 

tahun depan dah nak masuk 30.

 

ketuaannye makin terserlah.

 

dengan perkembangan perut setaraf ayah.

 

abang memang anak ayah.

 

 

 

p/s: biggest loser Asia bila nak pegi audition? gagagaga!


Monday, September 07, 2009

Pre-raya

Gambar pre-raya telah pon ditangkap. sungguh sopan dan ayu saje semua orang... hehe!dah bertahun-tahun gambar adik takde dalam gambar raya. so tahun ni berjaya la menangkap gambar yang ada adik dan Fairuz.




Tapi sebelum nak mendapatkan gambar yang penuh formal di atas, inilah usaha yang berjaya dilakukan:

abang jatuh nak cepat-cepat masuk dlm gambar sambil kamil sepak perut abang farid dan akim buat muka chipmunk konon comel, mirah perasan ayu dan akak tergelak besar. semua tunjuk gigi tak berapa sesuai untuk iklan ubat gigi... hehehe!




yang ni pulak ayah dah ready, mak terkejut sambil adik pulak perasan ayu. akim muka ntahpape n mirah merenung masa depan kot. :p. kak suhaila? buat ape tu?



yang nih salam raya la kononnye. adik tak dilayan oleh mak yang sedang bersalam dgn ayah. fairuz gelakkan adik yang tak dilayan oleh mak. akak dan tikah yang vogue sambil diperhati oleh kak suhaila. mirah lost in her world. =D

Sunday, September 06, 2009

Sharafana


Post kali ini didedikasikan kepada cik Sharafana bt Saiful yang baru dilahirkan pada 21 Ogos 2009. gambar tersebut telah diambil oleh Pakteh mu (abg farid) dan tangan yang memegang pipi (sambil menolak sedikit) itu ialah tangan makteh yang comel. lihatlah ketembamannye yang terserlah. dagu tajam tuh!! pipi menggelebeh.

p/s: hahaha! okeh, ya! pakteh dan makteh memang kejam sedikit.

Saturday, September 05, 2009

hip hip hippopotamus!




sangat random isi blog kali ini. juga tidak berkaitan dengan tajuk hippopotamus itu. saje buat tajuk yang konon-kononnye bila keluar dekat RSS blog orang lain, orang macam tertarik mahu mengklik. kahkahkah! bijak..bijak.. bijak sifir! (sila nyanyi mengikut lagu siti sifir dalam cerita Along bagi yang mengenali) oh ya, mirah! pegi hafal sifir. minggu depan dah nak UPSR. no internet and tv for u ok!
  1. dah lebih sebulan akak tak update blog. ramai yang rindu (cececewah! sila jangan muntah, nanti batal pose). mula2 nak tulis pada 31 ogos supaya genap sebulan. tetapi terlupa pula. selamat hari merdeka! walaupon dah lambat sket. takpe.. yg penting kita merdeka setiap hari kan. cuti merdeka haritu pon dah tak ingat pegi mana. sudah pasti bukan ke mana-mana sambutan merdeka. ha! baru ingat.. kami pegi ke JJ bersama ayah. haha! lame nye cara sambut merdeka. tapi takpe.
  2. Ramadhan yang tiba disambut lebih meriah berbanding menyambut merdeka. tambahan pula (skema seperti biasa hahaha!) hari tersebut jatuh pada hari ulangtahun kelahiran emak. gambar terbalik di bawah adalah disengajakan (haha! read:malas nak betulkan). kek ini dibeli dari jauh nuuuun di ireland oleh adik n fairuz. pada hari kejadian, sewaktu lunch hour, akak dan abang farid pulang ke rumah. ternampaklah sebuah lori secret recipe berkeliaran di desa ini. siap bleh cakap, "huiyooo.. secret recipe pon ada delivery ek!". apabila tiba di rumah, kami pon terus lupa tentang hal tersebut. sehinggalah pulang pada petang hari pula, mak mengatakan ada kek di dalam lemari es (peti ais laaa). puas orang SR mencari rumah sambil menelefon emak berkali-kali. haha! untuk emak rupenye delivery tersebut
begitulah kisah pendek update kali ini. baiklah. akak sudah mula bersemangat untuk menulis semula. jadi nantikan kedatangan tulisan/taipan yang akan datang.