Wednesday, April 01, 2009

Aktiviti siang hari

adek, ikah, miah n akim...


kali ini akak mahu menjeleskan kamu2 pula. pada hari yg tidak perlu disebutkan tarikhnye, akak dan kamil telah outing together2. dgn kereta akak yg berhabuk lagi kurang berkilat itu kami memulakan perjalanan ke JJ AU2. (ye adek.. suda ada JJ baru yg terletak di AU2). sengaja lah mengajak kamil kerana hanya dia ada di rumah. sampai sahaja di JJ, kami terus sopeng (baca:shopping).


setelah membeli dua helai seluar untuk akak, kami pergi makan pula. walaupon hanya di food court, tetapi kami dapat makan/minum ice blended mocha dan cappuchino yg sedap zangat! (ini tahap yg lebih tinggi dari 'sangat' kononnye). setelah itu kami pulang... oh tidak! kami masih mahu bersopeng-sopengan dgn gumbira.


maka kami naik semula ke tempat pakaian dan memilih sehelai seluar untuk kamil yg discountnye hanya 20%. puas sudah akak menyuruh kamil memilih yg diskaun 50% ke, 70% ke.. tetapi seluar itu juga yg berjaya menawan hatinya. maka... akak bayarkan sahajalah dgn harapan kamil akan terus berkhidmat sebagai pembuat air, pengambil barang, peneman sopeng dll kepada akak selepas ini. (ye.. mungkin ada gaya seorang kakak yg kurang ikhlas. ngehngeh!)


kami tidak berhenti di situ. sebelum membayar seluar kamil, kami mencabar diri kami untuk mencari sekeping seluar jeans untuk akak. jadi kami pergi ke bahagian *toot* dan mencari2 seluar jeans dan alangkah indahnya duit kerana kami berjaya menghadapi cabaran yang disebutkan tadi. akak sudah ada sekeping seluar jeans yg muat dan tidak pula ketat atau terlalu longgar. 'tetapi jenama ape ye?' kata hati adik2ku... iaitulah:


kah!kah!kah! (gelak itu tiga harkat sahaja ye). takdela jenama baby kiko, tetapi kiko jeans. ha!ha!ha!

pengajaran:

- masih ada seluar jeans untuk akak yang comel ini

- tidak perlu jeles ye miah walaupon anda tidak dibenarkan meminjam... (muahaha! gelak evil)

- kamil perlu terus berkhidmat dgn solehnye kepada kakak yg comel ini.

No comments: