Wednesday, April 01, 2009

Aktiviti larut malam...


adik,

kitorang nak jeleskan ko dgn aktiviti malam kami.. iaitulah bermain saidina sambil gelak ketawa gonggreng dan minum air sirap-manis-sedap-sejuk-penuhais abang farid buat. ye! sgt menyeronokkan apabila kami berjaya mengalihkan pandangan hakim supaya dia tidak perasan pon kami menyinggah di rumah dia yang bersepah2 lagi mahal itu. bukan sekali atau dua, malah semua pemain berjaya untuk tidak membayar riban2 kepada hakim kerana beliau sgt sebok menyanyi lagu muhammad ali "sting like a bee" sambil baring gonyeh2 mata dan melompat2 girang dan gila. hahahah! nanti bolehlah minta beliau menyanyikan semula jika beliau ada mood.

hampir ke penghujung permainan, hakim sudah sedar dirinya dipermainkan oleh abang2 dan kakak2 nye. maka dia mula buat muka sedih-cembeng lagi mahu menangis ala muka ko masa kecik bila 'jadi' masa main kejar2 atau main nyorok2. sgt menyedihkan tapi kami ketawa guling-gulingan. terbuktilah kami mmg hebat! (yaa.. kamil dan abang farid cuba mempolitikwangkan permainan tapi kurang berjaya. oh mungkin kamil berjaya sedikit kerana berjaya pinjam duit hakim dgn ganjaran kamil akan memberitahu hakim jika ada pemain yg singgah lagi di tanah beliau. alangkah sedihnye hakim apabila mengetahui pemain yg tak bayar last sekali adalah kamil juga!

apabila jam menghampiri pukul 10 semua sudah penat. air sirap sudah habis. mata dah memberat. semua pemain telah berjaya skip dari bayar hakim (haha!) maka kami tamatkan permainan yg dimenangi oleh hakim itu! (ye dia menang besar walaupon kami tidak membayarnye)

Pengajaran:
- jangan main tipu nanti kalah
- hakim nyanyi 'sting like a bee' agak2 sedapla...
- mirah hanya penonton walaupon pada awalnya dia main kemudian diganti dgn kakakmu kerana beliau mahu study kerana ada ujian di esok harinye.
- kamil dan abang farid berpolitikwang-yg-tak-terer

No comments: