Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

itu kampung...

rindunya Brisbane!
rindu nak jalan di Great Court dan UQ seluruhnya,
rindu nak tengok jacaranda yang ungu,
rindu nak jaulah jauh-jauh ke Byron Bay, Sunshine Coast, Straddie, Springbrook etc,
rindu nak beramai2 ke Melbourne utk Winter Gath,
rindu nak jalan-jalan tepi Brisbane River,
rindu nak shopping di woolies, coles, Harbour Town,
rindu main roller coaster kat Dreamworld or Movie World,
rindu nak naik CityCat, Ferry dan train,
rindu nak solat di mana saja tanpa rasa pelik, (paling ingat is on the snow kat Mt. Baw Baw)
rindu suasana Bait Az-Zahra.
rindu mentelaah Muntalaq, usul 20, arkanul bai'ah bersama,
rindu usrah dalam bilik library yang dibook berlainan nama (sebab limited time utk sorang),
rindu lawatan daurah dari ustaz2 mahupon sahabiah hebat,
rindu qiyam2 di rumah kakak2... (kak shima, kak su, kak asma..)

andai boleh diputar masa ke masa dulu... I'll choose when we were in Brisbane.

Wednesday, June 03, 2009

Kanak-kanak comel

entry ini akak nak tujukan khas kepada kanak-kanak comel di brisbane. mereka sangat comel kerana:

  • mereka buat surprise untuk birthday akak walaupon baru jumpa pertama kali dan walaupon sehari awal.. hehehe!
  • mereka suka sangat bergambar dengan akak sehingga membuktikan kanak-kanak Brissy dari dulu hingga sekarang adalah GiGam (gila gambar)
  • mereka sangat rajin memasak untuk tetamu-tetamu.. (ini ayat baik lagi bodek kerana akak tau mereka suka masak sebab mereka suka makan! hahaha!)





kamu-kamu memang comel! tak sabar nak jumpa lagi! (*hint kepada abang Farid supaya boleh pergi ke Brisbane lagi... bukan ape.. nak jumpa budak-budak comel nihla.. bukan saja2 nak pegi buang duit kan.... ha!ha!ha!)


Tuesday, June 02, 2009

Akak was there!


Wettest 24 hours in 17 years

But the southeast  is bracing for more major flooding after the wettest 24-hours in 17 years cut hundreds of roads, trapped children in schools, forced evacuations, brought down powerlines and filled dams.

At Surfers Paradise, real estate agent Mark Bayliss died after going into shock when debris burst through his office window. Wind gusts at the Gold Coast Seaway reached 120km/h.



Ni video akak amek masa kat Surfers Paradise. angin memang sangat kuat sampaikan abang farid kena pegang akak supaya akak tak terbang. 




Ni pulak banjir semasa dah sampai ke Byron bay sambil dengar berita dekat radio. alhamdulillah dah surut jugakla dekat tempat tu. sebab tu akak boleh sampai ke LightHouse. :) alhamdulillah....

Monday, June 01, 2009

I want to be there again!

Ini adalah satu entry untuk adik-adik akak mengetahui kisah silam.. kenangan akak masa di zaman kecil-kecil dahulu. bukanlah maknanya akak suda membesar.. tetapi nak sebut zaman muda-muda dulu, hakikatnya akak masih sangat muda. jadi gunalah zaman kecil-kecil dulu. comel kan akak kamu ini? hehehe.. okeh marilah kita sama-sama melihat tempat-tempat yang telah membentuk akak sehingga menjadi sangat ayu dan comey seperti sekarang ini. (ini blog akak kan... nak buat camana.. terpaksala korang terima kata-kata ini dengan redha nya...)

inilah sebahagian tempat akak belajar. nama tempat ini ialah the great court atau gelanggang besar (hah? ha!ha!ha!)

Papan tanda universiti akak yang ini adalah baru. yang masa zaman akak dia lagi besar dan terletak betul-betul di tepi jalan yang bernama Sir Fred Schonell Drive. tentu korang ingat kita pernah tangkap gambar di situ dulu. (oh! hensemnya lelaki dlm gambar ini kan! :p)

Ini pula ialah bangunan Kejuruteraan Kimia di mana akak banyak menghabiskan masa membuat kerja dan belajar dan tidur dan semayang tepi komputer dan makan megi (tak selalu la sebab abang farid rajin masak n akak panaskan je bekal dekat microwave kat pantry bangunan ni.. hehehe)

ini ialah papan tanda universiti dari feri yang dipanggil citycat atau kucing bandar. 

bangunan universiti akak diperbuat dari batu pasir.. sandstone. :) cantik kan garisan2 yang terbentuk itu! setiap batu bata lain-lain corak.

Setelah melihat tempat akak belajar, mari tengok tempak tinggal akak dan abang farid pula.

Rumah ini namanya Gowrie. abang Farid tinggal di sini semasa umurnya 17 dan 18 tahun. dia pegi sana masih tak cukup umur (17 tahun).

Ini pula tempat tinggal akak semasa akak baru sampai ke Brisbane. namanye ialah Whitmore park. tempat ni terletak di kawasan bernama Toowong berdekatan dengan Indoroopilly dan Taringa. ye memang nama tempat kat sana comel2.


Setelah setahun akak terpaksa ke sekolah dengan berjalan kaki + naik bas, tahun kedua, akak berpindah ke kolej di dalam universiti. bangunan ini pula dipanggil Jarvis Tower, Campus Lodge. masa duduk di sini sangat best kerana sangat dekat dengan kelas. jalan tak sampai lima minit pon!



Setelah dua tahun duduk di campus lodge, pada tahun terakhir di sana, akak tinggal di rumah bernama Cambridge Square pula iaitu di Warren Street. umah ni semua dah sampai kecuali adek. kamil, abang n akim pon penah mandi kat kolam renang rumah ni kan. best tau adek!

Sekian terima kasih!

Friday, May 29, 2009

I'm back!

yela.. yela.. akak update la nih. selepas seminggu penuh di brisbane, banyak yang akak still nak kena adjust:

  • Dgn cuaca malaysia nih. panas sangat! masa akak kat sana, suhu waktu siang lebih kurang 22 ke 24 deg Celcius. (mirah dgn akim dah belaja pasal temperature ke?) pastu waktu malam dlm 18-2-deg C. balik umah terus 30 deg C! macam yang akak citer pada mirah, hidung akak berdarah malam lepas balik umah tu.. huhu!
  • Pastu time table tido pon lari2 sket. kol 10malam macam dah ngantuk sangat sebab kat Brisbane dah kol 12. tapi pagi bangun kol 5pagi segar2 pulak sebab kat sana dah kol 7 pagi. tapi mirah pon pagi tadi terjaga kol 5 jugak kan.. pastu tido balik and terlambat bangun (tapi takla lambat sangat) nak pegi sekolah.. hehehe! boleh la mirah pon duduk kat Brisbane kan mirah kan!

okay, meh akak tunjukkan tempat2 best yang akak pegi masa kat sana pada korang supaya ayor liyor meleleh sebab jeles nak pegi jugak. muahahah!

 

Tempat pertama ialah: MOvie WOrld



Ala… tapi takyah la jeles. Sebabnye, akak tangkap gambar kat luar jek nih. Nak jimat duit, tak masuk pon Movie World. :p

Tempat kedua: North Stradbroke Island

Yang nih pulak pulau yang kena naik ferry nak sampai sana. Masa korang datang Brisbane dulu tak sempat nak pegi kan. 






Cantikkan tempat nih? Kalau pegi masa bulan September ke oktober ke nanti boleh tengok dolphin banyak-banyak dan ikan paus. So, kalau ayah nak bawak pegi jalan Brisbane, kita plan pegi bulan 10 nak? J

 

Tempat yang ketiga: Byron Bay, NSW

Masa nak pegi tempat nih, ada la banjior  sket. Tapi naseb baikla kat atas jalan tak teruk sangat. So, akak, abang farid dan kawan-kawan akak yang comel bernama Izy dan Nurul pon berjayalah sampai ke Byron Bay nih. Dia ada satu rumah api (haritu akak lupa apa rumah api dalam English, akak sebut Fire house! Hahaha! Lepas tu baru abang farid ckp, Light House daaaa :p) yang cantik terletak di tempat yang paling timur di tanah Australia ni.








Cukuplah dulu dengan tiga tempat yang best ini untuk membuatkan adik-adikku sekalian iri hati. He!he!he!