Monday, August 30, 2010

so many things

  • baby comel *nama tak announce lagi* dah keluar dengan selamat pada hari nuzul Quran. baby nih memang saja dia nak overdue seminggu supaya dia lahir pada hari yang best. seronok tengok abang kerel struggling jaga baby. hehehe! dah pandai change diaper. belum pandai mandikan lagi. okayla.. itupon dah a big leap untuk abang kerel kan. *still macam tak percaya abang dah jadi ayah* =D
  • baby kaklang pon keluar in Ramadhan. elok2 je masuk 10 hari terakhir nih kan. pagi tadi dapat sms dan mms gambar baby. comel lebat rambut dia. muka sebijik sebijon abang dia ayunnuar. *lama tak guna sebijon! :p*
  • baby akak? takde la pulak lagi. dah seminggu demam-sakit kepala-muntah-demam-muntah lagi, 'it feels so right' (bak kata hubby habibi). too bad, test negative juga. does it hurt? oh test tuh of course la tak sakit langsung kan.. sakit hati tengok satu line? adalaa mencucuk sikit tapi it lasted for 5 minutes je kot. life goes on. try again! :p
  • abah (hubby's dad) di IJN now. hope everything went smoothly.. amiin....
  • penaat laa tak sehat nih. yup penat sakit especially bulan puasa. *come on.. positive vibes please!* apakata kita shopping online nak? untuk okaykan mood? muahahaha!
  • baca Quran daa..! (T_T) *tunduk insaf...*

Wednesday, August 25, 2010

chuggy chuggy

  • hafiyya babaya! hafiyna banana! itu cara glemer panggil irfan hafiy. kalau sebut je, sure dia carik akak@makngah comel. hehe.. coomellest! memang agak sunyi la rumah ni dah takde hafiy. sbb dia suka bebel-bebel macam umminye. kalau dia main senyap-senyap pon semuorang la nak tanya dia... " hafiy..! hafiy..! main ape tuh? senyap je.." macam laa dia dah pandai jawab kan. kalau sekali dia 'buat mata' semua pon kerumun la dia asking for more. memang mokcikpokcik dia semua nih jakun sket.. takde budak ketot kenot lain kan...
  • baby *nama panjang* abang still belum nak keluar. best sangat lah tuh dalam perut mama suhaila. or dia nak bagi mama dia manja lagi dengan papa kerel. bagi peluang makan sedap-sedap dulu before kena berpantang. dahla duduk prince court kan. memang sedap gila makanan kat situ. kalau nak bayar sendiri, mahal sangatla.
  • kembali kepada perkembangan puasa akak, alhamdulillah bertahan. sakit kepala still tak hilang lagi. paaaaling sakit bila nak sujud. rasa macam nak meletup je kepala berdenyut. pernah jadi macam ni tapi selalunya bila lepas naik flight international. tapi ni just demam n selsema haritu terus kena pulak. memang mintak maaf sangat kepada yang menjemput iftar2, tak dapat la nak tunaikan. segan pon ada takut terlepek kat umah orang kan. takkan nak jadi 'mem' tunggu orang buatkan air, hidangkan dan akak just makan kan. hehehe.
  • bila dah melepek saje duduk rumah tak larat nak keluar, aktiviti yang boleh dibuat pon jadi terhad. maka akak pon tiba-tiba terlibat dalam kegiatan berbahaya iaitu berbelanja secara atas talian (= online shopping :p). nasib baiklah memilih untuk membeli buku. best wooo! takyah pegi mana-mana, click-click, tiba-tiba satu hari ada surprise oleh pakcik posmen. dahla free shipping. harga bukunya kalau ditukar ke matawang ringgit, lebih kurang sama je dengan buku di kino ataupon borders ataupon mph. tapi sebab jimat dekat bab shipping, tenaga dan masa, lagi best beli buku online la. =D bagi yang tidak mengetahui, meh akak ajar step-by-step:
  1. Pergi ke website http://www.bookdepository.com ataupon http://www.bookdepository.co.uk
  2. Carik buku yang nak dibeli. boleh tahan banyak la pilihan.
  3. kemudian masukkan data yang diperlukan seperti nama, alamat, cara pembayaran, dan lain-lain.
  4. Tunggu buku sampai rumah. :)
  5. Jangan lupa bayar kad kredit.
kata tadi kegiatan berbahaya. lagi mahu promote kepada manusia lain. nih kes alang-alang terjebak, biar ajak berjemaah.. :p

Monday, August 23, 2010

Dibo Dibo Ding

sekarang sudah pukul 7.45pagi. perkembangan usaha akak untuk tidak tidur masih berjaya walaupon menguap macam hape saje. by the way, semalam akak memang sangat berjaya lah. tak tido langsung sampaila malam. dan semalam merupakan antara hari puasa paling bagus untuk akak. selain sakit kepala yang memang tak berhenti sangat lagi tu, akak okay. makanan tak keluar balik after masuk. solat tarawikh berjemaah. dapat main dengan hafiy lagi kejap-kejap. cuma bacaan Al-Quran yang sepatutnya 1.5 juzuk sehari je tak habeh semalam.

alaaaa..... hafiy dah nak balik ireland. flight 9pagi nih. budak ketot (nih onyang dia panggil.. etot.. oo etot) ni naik kapal terobang macam naik bas jek. ntah berapa kali dah. baru 9 bulan, dah lebih 10 kali kot.. dari Cork ke London ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar.. (ok..ok.. u get the picture right! :p). kita dulu, masa kecik, mana ada sukahati naik kabang kan. (kabang = kapal terbang versi akim masa kecik... bila nampak je, dia jerit: kabang! kabang! hehe comel je. tapi sekarang dah tak comel sebab hafiy yang comel ketot plak) hmm... rasanya first time akak naik ialah.... hmm.. pegi Medan kot. masa Form 1. satu family pergi. masa tu Mirah dalam perut mak lagi.

ingatkan nak letak gambar hafiy. tapi rasa malas plak nak pindahkan gambar. jadinya, sampai di sini dulu. didingbodiboding!

Sunday, August 22, 2010

ting tong!

harini adalah cubaan kedua untuk tak tido lepas subuh. hari pertama (semalam) berjaya stay sampai pukul 7 je, then terus lentok sebab tertido duduk. sapa suruh duduk atas katil kan? saaajee sangat la tuh! :p okay harini berjaya stay lagi... (sekarang pukul 7.30am) haha! kalau tertido pon, sekurang-kurangnya dah improve la kan by half an hour. :D hari ini lebih baik dari semalam...

kenapa cerita pasal tak tido lepas subuh plak nih? actually, akak baca somewhere tak ingat kat mana, kalau tak nak rasa lapar sangat masa puasa nih jangan tido lepas sahur atau subuh tuh. so rasa kenyang tuh lama sikit. badan harapnya boleh tahan lama tak rasa lapar la. semalam macam ada rasa improve la dari kelmarin. kelmarin, dahla baru nak baik demam kan, pastu pegi tido lepas subuh, bangun-bangun je dari tido tu terus rasa sangat lapar. bila sangat lapar di awal pagi, petang jadi apa? lunyai laa.. dahlaa hypoglycemic, so dah pening-pening, sakit kepala rasa mahu munt*h, buka je terus angin-angin plus acid2 suma keluarkan balik apa yang masuk.

semalam ada rasa better sikit tapi sebab kena sinus headache, maka sepanjang hari laa tak tenang sangat. so kita tengok harini macammana. dah ready siap-siap:
  • makan ubat antacid lepas sahur (before azan subuh laa ofkos..)
  • makan antibiotik (pinjam opah punye. :p)
  • makan panadol
  • tak minum sampai kembung sangat
  • tak tido lepas subuh. :)))
okay baru nak rasa ngantuk-ngantuk sikit. sabar.. sabar.. tunggu perut nih surut dulu baru boleh pikir tido. Rasulullah kan galakkan tido before zohor KEJAP je kan. ada orang tido dari lepas subuh sampai dah masuk zohor. haha!

Thursday, August 05, 2010

Poso

Masih belum recover sepenuhnya dari suspected food poisoning haritu. berangin-angin rasa badan just tak cukup kuat untuk keluarkan apa yang dah masuk perut. (euuw.. why am i talking about this??) dizzzzyy.. perkataan dizzy memang sesuai kan untuk memaksudkan pening. bila sebut atau taip dizzy terus rasa pusing-pusing.

haha! ape akak tulis nih? ntahla.. just risau tak fully recover nanti dah nak puasa. dan dah dapat agak dah what will happen bila puasa ikut pengalaman tahun ke tahun. ya Allah.. bagi kekuatan. for some people, puasa adalah sangat senang, but not for me. kalau dapat puasa penuh, leganya rasa. sebab puasa bulan Ramadhan dengan puasa ganti, saaaaangat lain feel nye. kalau lah time puasa Ramadhan yang penuh semangat dan sokongan tu akak tak berapa kuat, ape lagi puasa time semuorang tak puasa. (^_^)

another negative point, kelas diawalkan! every week ada sampai lah tatau bila. tapi akak tanak pegi masa bulan puasa. mana larat nak drive ke perak, ke kelas, be active in class masa tengah puasa? (tak buat lagi dah kata tak larat! ngehngeh..) i want my full time Ramadhan. focus. naseblaa.. howley?howley? can i just not go to that class?? i promise to study some other time. can meh? pweeesshhhh... pwettty pweeeshhh.. (sambil minum air glukosa perasa anggur.. yumms!)