Thursday, April 02, 2009

Apekah 'tag' di dalam bahasa Ibunda?

untuk memenuhi permintaan si peminta bernama ikah, akak telah di'tag'. puas mencari apekah perkataan yang sesuai di dalam bahasa Ibunda... hasilnya:

akak telah di'tanda'. ha!ha!ha!

5 things in my bag:
  • wallet Milk Teddy yg dah berkurun pakai sampai ada koyak2 suda. lupa nak tukar wallet Roxy Aisha yang abg Kerel belikan di GC itu
  • inhaler. sudah semestinya. anak-anak manja benramli dan bintmaskon mmg begini... jika tidak asthma, kena eczema. alhamdulillah akak terpilih untuk ada asthma.. tidak larat rasanya melihat eczema seperti di jari2 abg Kerel itu... ha!ha!
  • kunci kereta. kunci kepada kereta cantik dan berkilat suda selepas basuh di kedai ditemani kamil tempoh hari.
  • ubat sakit tekak berjenama Deq*uadin kerana mahu memastikan suara lunak merdu sentiasa terpelihara.
  • pen. akak kan seorang yang rajin. d'uh!

5 things in my wallet:
  • kad kredit. ini kerana akak takut untuk membawa wang yang banyak. nanti dicuri menangis pula kan. kalau kad kredit boleh dicancel secepat mungkin.
  • kad nikah. ini untuk keselamatan supaya apabila cuba dicekup oleh Ba*dan Pen*cegah Mak*siat (BPM) kami mempunyai bukti yang kami tidak melakukan maksiat. "astaghfirullah pakcik. takbaik tuduh2 begitu. kami pasangan yg SOH!" contoh ayat yang boleh dikatakan kepada pakcik BPM itu.
  • lesen memandu. yg sudah tentunya Kamil tidak mempunyainya. kami berbangga mampu memandu dengan cekap dan berhemah (kan! ikah kan!)
  • gambar suami soleh-idamanmalaya-lagihensem
  • kad JJ. he!he! untuk menambah poin apabila keluar bersopeng bersama keluarga, teman dan sanak saudara. tidakla sia2 sahaja apa yang dibeli kerana poin tersebut boleh bertukar menjadi hadiah yang mungkin menarik lagi mengirihatikan masyarakat setempat. siapa tahu kan!

5 favourite things in my bedroom:
  • sebuah TV beberapa inci yang tak berapa nak tahulah berapa inci sebenarnye TV itu.
  • katil Queen size bersama tilam setebal lebih kurang 30 inci yang sgt empuk mak nenek. apabila tidur sudah pasti sgt susah untuk bangun tapi pasti bangun juga untuk solat subuh... semestinya!
  • penghadang. ini digunakan untuk macam konon2 bilik tersebut ada pembahagi antara ruang tidur dan juga tandas. rupa penghadang yang cantik juga menambahkan kesenian bilik ala2 design kampung bertemu bandar itu.
  • selimut biru comel lembut dari I*kea bernama Irm*a. nasib baik ada banyak kerana kadangkala selimut2 ini hilang dicopet oleh adik-adik yang *teet*
  • aircond berkuasa tinggi yang mampu menyejukkan bilik dan menyamankan.

5 things I wish to do :

  • bercuti suka-suki di brisbane australia. ini insyaAllah akan menjadi kenyataan dalam masa sebulan lagi. Oh! sungguh tidak sabar rasanya mahu berjalan di tempat2 penuh memori silam nan indah
  • mahu menyambung pembelajaran ke peringkat Master kerana sudah agak bosan bekerja. menimba ilmu itu kan bagus. boleh juga menemani kamil (alaaa meta meta!~ dgn gaya mengagah bayi kecil yang membuat muka mengada-ngada mahu dilayan) sekiranya beliau masuk juga ke universiti yang sama.
  • mahu anak sendiri yang comel seperti ibunya dan soleh seperti ayahnya dan cantik dan sihat dan tak kuat nangis dan dan dan...
  • menunaikan haji sebelum berumur 30 tahun. supaya tenaga masih banyak dan boleh berdoa dan beribadah di Kaabah sambil mengalir airmata.
  • nak naikkan berat badan ke tahap normal kerana belum pernah lagi dlm hidup keluar dari kategori 'underweight' ini. makan! makan lagi! dan lagi!
5 things I’m doing now :
  • memikirkan kenapakah akak melakukan 'tanda' ini di waktu kerja. ya Allah berilah keinsafan kepadaku.. (huish anak benramli ini...!)
  • sedang menyiapkan kerja yang tak berapa susah iaitu 'production forecast' atau dlm bahasa ibunda 'ramalan produksi'. tidak faham wahai adik-adik? tidak mengapa. abaikan.
  • berdiskusi dgn abg farid di dlm IM yang dipanggil Commu*nicator yang telah disediakan di dalam sistem di pejabat ini. ye betul! kami sedang berdiskusi.
  • menyediakan projek-projek yang telah dibincangkan sebelum ini bagi memenuhi tuntutan KPI iaitulah K*ey Perfor*mance Indic*ator yg juga dikenali sebagai Indikator Kunci Persembahan. (apekah?)
  • minum air jus jambu batu jenama Mari*gold Pe*el Fr*esh yang menyegarkan. dibeli beberapa hari lepas di Col*d Sto*rage atau Simpanan Sejuk di tingkat bawah bangunan pejabat ini.

5 people I would like to tag:
  • amirah - boleh ditampal di frenster ye!
  • ayah. ha!ha! adekah ayah akan buat? sudah tentu harapan yang tipis.
  • awak. ye! awak yang sedang membaca ni.

Pengajaran:

- membuat 'tanda' adalah satu aktiviti yang membuang masa

- cubaan mentranslasi bahasa lain ke dalam bahasa Ibunda adalah satu aktiviti yang sukar lagi kelakar.

1 comment:

Dr Anisah Ali said...

Kui3.. Lucu lah kak..