Showing posts with label Irfan Hafiy. Show all posts
Showing posts with label Irfan Hafiy. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

chuggy chuggy

  • hafiyya babaya! hafiyna banana! itu cara glemer panggil irfan hafiy. kalau sebut je, sure dia carik akak@makngah comel. hehe.. coomellest! memang agak sunyi la rumah ni dah takde hafiy. sbb dia suka bebel-bebel macam umminye. kalau dia main senyap-senyap pon semuorang la nak tanya dia... " hafiy..! hafiy..! main ape tuh? senyap je.." macam laa dia dah pandai jawab kan. kalau sekali dia 'buat mata' semua pon kerumun la dia asking for more. memang mokcikpokcik dia semua nih jakun sket.. takde budak ketot kenot lain kan...
  • baby *nama panjang* abang still belum nak keluar. best sangat lah tuh dalam perut mama suhaila. or dia nak bagi mama dia manja lagi dengan papa kerel. bagi peluang makan sedap-sedap dulu before kena berpantang. dahla duduk prince court kan. memang sedap gila makanan kat situ. kalau nak bayar sendiri, mahal sangatla.
  • kembali kepada perkembangan puasa akak, alhamdulillah bertahan. sakit kepala still tak hilang lagi. paaaaling sakit bila nak sujud. rasa macam nak meletup je kepala berdenyut. pernah jadi macam ni tapi selalunya bila lepas naik flight international. tapi ni just demam n selsema haritu terus kena pulak. memang mintak maaf sangat kepada yang menjemput iftar2, tak dapat la nak tunaikan. segan pon ada takut terlepek kat umah orang kan. takkan nak jadi 'mem' tunggu orang buatkan air, hidangkan dan akak just makan kan. hehehe.
  • bila dah melepek saje duduk rumah tak larat nak keluar, aktiviti yang boleh dibuat pon jadi terhad. maka akak pon tiba-tiba terlibat dalam kegiatan berbahaya iaitu berbelanja secara atas talian (= online shopping :p). nasib baiklah memilih untuk membeli buku. best wooo! takyah pegi mana-mana, click-click, tiba-tiba satu hari ada surprise oleh pakcik posmen. dahla free shipping. harga bukunya kalau ditukar ke matawang ringgit, lebih kurang sama je dengan buku di kino ataupon borders ataupon mph. tapi sebab jimat dekat bab shipping, tenaga dan masa, lagi best beli buku online la. =D bagi yang tidak mengetahui, meh akak ajar step-by-step:
  1. Pergi ke website http://www.bookdepository.com ataupon http://www.bookdepository.co.uk
  2. Carik buku yang nak dibeli. boleh tahan banyak la pilihan.
  3. kemudian masukkan data yang diperlukan seperti nama, alamat, cara pembayaran, dan lain-lain.
  4. Tunggu buku sampai rumah. :)
  5. Jangan lupa bayar kad kredit.
kata tadi kegiatan berbahaya. lagi mahu promote kepada manusia lain. nih kes alang-alang terjebak, biar ajak berjemaah.. :p

Monday, August 23, 2010

Dibo Dibo Ding

sekarang sudah pukul 7.45pagi. perkembangan usaha akak untuk tidak tidur masih berjaya walaupon menguap macam hape saje. by the way, semalam akak memang sangat berjaya lah. tak tido langsung sampaila malam. dan semalam merupakan antara hari puasa paling bagus untuk akak. selain sakit kepala yang memang tak berhenti sangat lagi tu, akak okay. makanan tak keluar balik after masuk. solat tarawikh berjemaah. dapat main dengan hafiy lagi kejap-kejap. cuma bacaan Al-Quran yang sepatutnya 1.5 juzuk sehari je tak habeh semalam.

alaaaa..... hafiy dah nak balik ireland. flight 9pagi nih. budak ketot (nih onyang dia panggil.. etot.. oo etot) ni naik kapal terobang macam naik bas jek. ntah berapa kali dah. baru 9 bulan, dah lebih 10 kali kot.. dari Cork ke London ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar.. (ok..ok.. u get the picture right! :p). kita dulu, masa kecik, mana ada sukahati naik kabang kan. (kabang = kapal terbang versi akim masa kecik... bila nampak je, dia jerit: kabang! kabang! hehe comel je. tapi sekarang dah tak comel sebab hafiy yang comel ketot plak) hmm... rasanya first time akak naik ialah.... hmm.. pegi Medan kot. masa Form 1. satu family pergi. masa tu Mirah dalam perut mak lagi.

ingatkan nak letak gambar hafiy. tapi rasa malas plak nak pindahkan gambar. jadinya, sampai di sini dulu. didingbodiboding!