Monday, April 13, 2009

Pendedahan Eksklusif!!

Apa perasaan kamu melihat gambar-gambar budak yang comel? dari air muka yang jernih, senyuman penuh inesen... oh alangkah indahnya dunia mak dan ayah melihat kamu-kamu semasa kecil. pasti mak membayangkan anak-anaknya akan menjadi seorang yang bersopan-santun, menjaga perlakuan dan tuturkata, harum sentiasa, tidak melawan kata dan sebagainya. mari kita tengok contoh muka-muka inesen dan comel ini:

Ini ialah akim... bersama bola Dragon Ball yang hilang itu. eh bukan! itu belon la..



ini pula ialah mirah. dengan memakai tudung ala-ala menter*i yang seorang itu. dengan gaya ala 90-an bersama mata yang dibulatkan. sangat comel! apatah lagi apabila memakai baju kurung yang dibuat dari lebihan kain membuat baju opah. ohhh rasa mahu mencubit pipi itu!


Ini??? ya Allah anak sapaa laaa kiyut-miyut-ziyutt ni? dgn idong penyeknye, mata macam baru bangun tido, telinga ala-ala telinga Nabil. ha!ha!ha! gambar ini diambil pada tahun 1997 rasanya. songkok pon rasanya extra besar sket dari kepala kamil yang memang besar tuh.




Tapi... setelah beberapa tahun berlalu, adakah mereka masih secomel itu? masihkah mereka semurni dan sebersih wajah-wajah tertera di atas? masihkah mereka wangi dan harum selalu? masihkah mereka mendengar arahan mak dan ayah? masihkah mereka?

jawapannya... Teeeet! tidak. ha!ha!ha! tengok sajalah gambar-gambar ini:

kamil main dota sambil tak mandi dah nak masuk dua hari. rambut panjang degil takmo potong. mari zoom in jerawat, jeragat dan bintik-biktik hitam di hidungnya...



mirah dengan muka yang tak berapa comel. dahla makin kuat makan sebab katanya mahu jadi gem*uk macam salah seorang kakaknya yang pastilah bukak akak.

oh! nasib baiklah hakim masih comel sedikit. tapi degilnye.... Ya Allah. adek, nanti balik tolonglaaa major payne kan budak nih. dah la ikut perangai kamu takmo mandi. lepas tu kalau nak suruh solat, kena cakap 80kali baru nak gerak. itupon kalau siap cakap nak buang Dota dari komputer.
Pengajaran:
  • Di manakah anak-anak ayah yang comel lagi bersopan-santun?
  • Pendedahan Eksklusif ini adalah permintaan kamil. tapi telah disalahertikan oleh akak dan menjadi post yang menembak-belakangkan (memback-fire) kepada beliau. ha!ha!ha! padan lah dengan mukanya. sila lawat blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan budak nakal ini. klik sini.
  • nasib baiklah mak ayah masih ada anak yang comel dan sopan-santun seperti akak dan abang.

6 comments:

abang said...

comel jugak rupa nye adik2 kat umah ni.

Mirah nak gemuk? hmmmm nak masuk the biggest gainer?

major payne tu apa eh?

S said...

ok kakak, tumpang tanya..

apsal korang adik beradik suka ambik gambar ternganga mulut ek?

rasa macam nak suap mister potato.

=))

aishahhatta said...

abang, major payne adalah evolusi abang punye elektrik sensasi. sila keep up okeh. agak ketinggalan laa abang nih!


me, hehe, kami bangga dengan mulut besar yang diwarisi oleh ayahanda. hahaha! mister potato pon sedap jugak... nak yg hot & spicy boleh?

aishahhatta said...

eh.. diwarisi DARIPADA ayahanda tercentaaa

asma'hatta said...

kamil...silela potong rambut itu..rimas nye tgk..

aishahhatta said...

kamil dah potong rambut! sungguh comel dan hensem. tu pon sbb dia nak amek hadiah kat skola. takut ustaz dia soh botakkan kepala kot! hahaha