Saturday, April 11, 2009

Kenapa akak perlu berbelanja lagi?

Dalam pembentukan anak yang soleh dan solehah, mak dan ayah dah membelanjakan banyak wang membeli buku-buku, baju-baju yang menutup aurat, sambungan internet (sumber maklumat la katakan), sambungan astro (untuk rancangan yang baik-baik tentunya.. :p), dan sebagainya. sudah pasti akak tidak mahu ketinggalan dalam membentuk adik-adik ku ini. jadi... perlulah akak membelanjakan wang juga kan? kan? 

jadi, semalam akak telah menghabiskan sedikit wang untuk adik-adik tersayang dengan membeli benda-benda ini:

Upin & Ipin Ep. 1-6 2008


Upin & Ipin Ep 7-12 2008


Upin & Ipin Ep. 13-18 2008


Upin & Ipin Ep. 1-6 2009


Upin & Ipin Collection





Upin & Ipin Ep. ANNA SUI??

Aik!!! Apakah kaitan Upin & Ipin dengan Anna Sui Wallet ini?? pasti itulah soalan yang terngiang-ngiang di telinga adik-adikku yang entah sudah dikorek ke belum itu. Persoalannya iaitulah adik-adik tentu mahukan seorang kakak yang solehah dan ayu seperti kamu-kamu. kalau mahu jadi solehah, akak boleh menonton Upin & Ipin bersama adik-adik semua, manakala untuk menjadi ayu, akak boleh menggayakan wallet Anna Sui ini sambil menonton Upin & Ipin bersiri itu. logik kan? kan? 

Maka, itulah sebabnya akak perlu berbelanja (baca: sopeng) lagi. bukan untuk diri sendiri. tetapi supaya kita semua jadi solehah dan kamu mempunyai kakak yang solehah dan ayu. bukankah itu baik? ha!ha!ha!

Pengajaran:
  • akak memang mahukan yang terbaik untuk adik-adik bukan sahaja dengan tontonan bahan yang baik malah menyediakan seorang kakak yang ayu.
  • janganlah salah sangka dengan perbelanjaan (baca: sopeng) yang akak selalu lakukan. percayalah ia untuk kebaikan kita semua.
  • untuk pengakhiran yang lebih baik, mungkin akak patut hadiahkan wallet cantik-ayu-AnnaSui itu kepada emak. (MasyaAllah... bukankah akak seorang kakak contoh teladan? Ha!ha!ha!)

5 comments:

abang said...

betul betul betul bagus upin n ipin ni. jgn bagi diorang tgk yang the movie punye pasal ganas sangat. nanti akim n mirah nangis. ada satu katun yang kat utube yang akim takut tu apa nama eh? yang darah darah tu.

abang said...

kak, lagi satu cuba tgk kan blog mirah nye comments option. so far abang takleh comment. kakak tolong betulkan sikit. nak komen pasal baju indon ni. tak tau yang mana satu dia nak.

aishahhatta said...

okeh. akak dah betulkan comment setting mirah.

aishahhatta said...

katun happytreefriend ke?? hahaha

asma'hatta said...

haha..katun happy3frens tu mmg horror..xseswai utk budak2 tp seswai dibuat major payne kat akim..tp skrg dia dah xtakut dah..so xbes dah