Thursday, April 09, 2009

Ayah diserang!

Dalam kehangatan pol*itik di Malaysia minggu ini, ayah pastilah menunaikan tanggungjawabnya dengan jayanya. Pada hari kejadian, ayah berada di Bukit G*antang. sedang beramah mesra dan memberi semangat kepada sahabat-sahabatnya dengan lawak-lawak segarnya, tiba-tiba ada sekumpulan anak muda berang di seberang jalan. mungkin tidak tahan dengan lawak ayah yang mungkin tidak cukup kelakar kepada mereka.

tiba-tiba, salah seorang cuba datang meluru mahu menyerang ayah. rakan-rakannya menghalang dan pasukan ayah pula bertahan. disebabkan tidak berjaya menyerang secara berdepan, ada seorang lagi anak muda membaling botol yang penuh dengan air ke arah ayah. bayangkan... botol itu melayang di udara.. menghampiri ayah.. semakin hampir... dan mengenai perut ayah yang memang sudah sedia terkehadapan  sedikit bertindak sebagai perisai itu. botol itu tercampak semula kerana konsep lantunan bermomentum.

Sakit! menurut ayah la. anak muda itu terus berpaling, cuba melarikan diri di sesak orang ramai di situ. dan dia berjaya... Mungkin kalau bahan bukti masih ada, kita boleh minta pihak C*SI untuk menengok cap jari mahupon DNA anak muda tersebut. tapi apakan daya bahan bukti telah hilang ditelan arus manusia yang beramai-ramaian hari itu. maafkan sajalah.

Pengajaran:
  • adik-adikku, marilah kita mengenang jasa sebuah perut yang comel. 
  • anak muda memang berdarah muda... tapi hormatilah orang tua. bukan akak bermaksud mengatakan ayah kita itu sudah tua.. tidak, belum lagi tua. tapi tak lama lagi tua lah dengan gelaran Datuk Seri itu.
  • memaafkan kesalahan orang kepada keluarga kita tidaklah sukar. marilah berakhlaq mulia. :)

5 comments:

asma'hatta said...

tgh PMS ke budak yg baling botol tu? emo btol nampak..sure dia bengang sbb botol tu dia guna nak panaskan perut dia..tapi air dlm botol dah sejuk..pastu salahkan ayahanda beta..ceh!!

aishahhatta said...

okeh.. itu bunyinye seperti ko yang lebih emo pula! ha!ha!ha!

D said...

ahaha..xpe..nnt skit ag perut adik pun bole jd perisai...muahahaha...

abang said...

diorang ni, setakat botol apa ada laaa. tear gas pun ayah tangkap n telan. chemical water pun ayah buat air mandi tengah hari je hehehe. tapi takpe, janji menang kat sana.

asma'hatta said...

hehe..sure perut ayah tu tebal enough to protect himself..

adik rileks je..xemo pon..tapi tunggu la budak tu kalau adik jumpe..mmg ku serang ngan perut boyot ku nanti ini..major payne!!!