Wednesday, April 29, 2009
Akim, are you okay?
Akim says the some things!
Dah lama dah nak tulis pasal akim ni. ada yang masih baru. ada yang dah agak-agak basi sbb dialog masa dia kecik-kecik dulu. marilah kita bergelak-ketawa: ----------------------------------------- Akim: mak.. mak! pipi akim licin sangat la. sampai semut nak panjat pon tak boleh.. (sambil pegang pipi dan buat gaya semut panjat-panjat pipi dia pastu semut tu jatuh tergelincir) ----------------------------------------- Akak: akim, periksa dpt no berapa? Akim: No. satu la. Akak: ada banyak seratus tak? Akim: adalah 5 ke 6 kot. Akak: kenapa 'kot-kot' plak? Akim: yelaa.. akim tak ingat. BANYAK sangat! ----------------------------------------- sekarang akim dah tak seterer tuh. asyik taknak belajar je. main DOTA tak habeh-habeh. ujian baru-baru ni dapat no 4 ke 5. sambil jawab: "biarlah!" dengan gaya yang sungguh kerek. siapla... major payne dari kamil! kamil dah nak masuk Uniten tuh. so dia kena tolong berkhidmat dengan akak untuk memajorpaynekan akim selalu. hehehe! cukup untuk hari ini. akak sedang sibuk...! |
Saturday, April 25, 2009
Friday, April 24, 2009
Ayah ada anak angkat baru!
Kenapa ayah suka sangat ambil anak angkat?
mungkin 'anak angkat' lebih comel dari kita. ha!ha!ha! ingatkan tempat tinggal mereka yang ada sekarang sudah cukupla untuk ayah menikmati pemandangan 'anak-anak angkat' nya. ada banyak dah 'anak angkat' dalam tu kan walaupon ada yang sudah menemui ajal mereka setelah cuba nak lari dari rumah.. (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...) nampaknye jangkaan akak meleset. meleset sgt jauh.. sejauh lautan penuh ikan. lihatlah 'anak-anak angkat' baru ayah:
(gambar diculik dari blog ikah)
kepada adik dan abang yang di perantauan... inilah 'adik-adik' baru kita.
kenapa akak panggil ikan 'anak-anak angkat' ayah?
bayangkan... apabila ayah pergi merantau. ke timur, ke barat ke utara ke selatan.. ke mana-mana sahaja lah. ayah akan menelefon kami di rumah. soalan pertama ayah biasanya ialah:
"ikan-ikan dah bagi makan?"
like hello... tak tanya pon kami dah makan ke belum. ha!ha!ha! maka kesimpulan di sini, ikan-ikan ini bukan sekadar hobi. mereka adalah 'adik-adik' kami. mereka adalah 'anak-anak angkat' ayah. tapi kami tahu kasih sayang ayah tidak berbelah bagi... (^_^) kepada anak-anak ayah ini. cuma kadang-kadang kami sahaja yang degil sedikit... tak caya tengok lah akim tuh! (hehe tak pasal-pasal kena!)
Pengajaran:
|
Thursday, April 23, 2009
Bukti kehebatan emak
Tragedi April
Monday, April 20, 2009
Mencuba kemaskini blog melalui email.
Sebenarnya akak mahu bercerita tentang hari sukan sekolah mirah dan akim. Malangnya semua gambar dan video2 yang menjadi bukti penting tiada di sini. Maka nanti akak akan tuliskan satu lagi post yang istimewa.. khas kepada kanak-kanak istimewa..akim n mirah!
Cukup setakat ini dulu sebagai percubaan. Akak mahu melihat hasilnya. Jom!
Tujuan letak gambar? Saje nak tengok ape rupa bila update dgn email bergambar. Hehehe!
Nota:
Bagaimana mahu mengemaskini blog melalui email?
- Perlu setup dulu email address bersama blogger. tekan ikon ini di dashboard anda.
- Letakkan 'SecretWord' di dalam ruang yang disediakan. anda kini sudah ada alamat email yang baru dan spesifik untuk blog anda. cth: blogkakak.kakakcantik@blogger.com. (ini adalah bertujuan sebagai contoh sahaja)
- Buka email anda dan tuliskan alamat email yang baru tadi di dalam ruang 'To:'
- Tulislah tajuk entry anda di ruang 'Subject' manakala isi entry di ruang biasa tulis email tu.
- Tekan 'Send' dan voila! entry anda sudah dipublish di dalam blog.
Selamat mencuba!
Saturday, April 18, 2009
Powernya doa mak!
- Sayangi dan hormati mak kita. Doa dia power tau!
- Marilah kita sama-sama berdoa dengan nama-nama Allah. tapi sebelum nak mintak-mintak tuh benda wajib bagi settle dulu laa. baru takde hijab (halangan untuk doa dimakbulkan) kan.
- akak sudah sihat! yay!!!
Friday, April 17, 2009
Nak jadi pandai tak?
- ingat tau! korang tak boleh makan makanan tergambar di atas. jadi bila nampak kakak atau abang makan, biarkan mereka. sila main jauh-jauh!
- membaca amalan mulia. :)
Thursday, April 16, 2009
Tips Keluarga Bahagia
Wednesday, April 15, 2009
Cerita seram sejuk
- Marilah menghayati kehidupan rakyat fakir miskin yang atap rumah mereka bocor setiap hari.
- Rumah kita ada air terjun! weeeee....!
- keadaan yang seram tak semestinya seperti yang kita bayangkan. seram sejuk tu sebab hujan la. :p
Monday, April 13, 2009
Pendedahan Eksklusif!!
mirah dengan muka yang tak berapa comel. dahla makin kuat makan sebab katanya mahu jadi gem*uk macam salah seorang kakaknya yang pastilah bukak akak.
oh! nasib baiklah hakim masih comel sedikit. tapi degilnye.... Ya Allah. adek, nanti balik tolonglaaa major payne kan budak nih. dah la ikut perangai kamu takmo mandi. lepas tu kalau nak suruh solat, kena cakap 80kali baru nak gerak. itupon kalau siap cakap nak buang Dota dari komputer.
- Di manakah anak-anak ayah yang comel lagi bersopan-santun?
- Pendedahan Eksklusif ini adalah permintaan kamil. tapi telah disalahertikan oleh akak dan menjadi post yang menembak-belakangkan (memback-fire) kepada beliau. ha!ha!ha! padan lah dengan mukanya. sila lawat blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan budak nakal ini. klik sini.
- nasib baiklah mak ayah masih ada anak yang comel dan sopan-santun seperti akak dan abang.
Saturday, April 11, 2009
Aktiviti siang hari II
- Jadilah ahli pasaraya tertentu supaya dapat jualan murah. ha!ha!ha!
- Aktiviti siang hari bersama Encik ayah adalah best! jangan jeles kepada adik-adik lain yang tiada di tempat kejadian.
- Akak berjaya untuk tidak berbelanja!!! wahhhh! ~semua buat muka terkejut.
Kenapa akak perlu berbelanja lagi?
- akak memang mahukan yang terbaik untuk adik-adik bukan sahaja dengan tontonan bahan yang baik malah menyediakan seorang kakak yang ayu.
- janganlah salah sangka dengan perbelanjaan (baca: sopeng) yang akak selalu lakukan. percayalah ia untuk kebaikan kita semua.
- untuk pengakhiran yang lebih baik, mungkin akak patut hadiahkan wallet cantik-ayu-AnnaSui itu kepada emak. (MasyaAllah... bukankah akak seorang kakak contoh teladan? Ha!ha!ha!)
Thursday, April 09, 2009
Ayah diserang!
- adik-adikku, marilah kita mengenang jasa sebuah perut yang comel.
- anak muda memang berdarah muda... tapi hormatilah orang tua. bukan akak bermaksud mengatakan ayah kita itu sudah tua.. tidak, belum lagi tua. tapi tak lama lagi tua lah dengan gelaran Datuk Seri itu.
- memaafkan kesalahan orang kepada keluarga kita tidaklah sukar. marilah berakhlaq mulia. :)
Wednesday, April 08, 2009
Kami adik-beradik jakun
Majulah sukan untuk keluarga!
- janganlah mengalami tekanan jika kamu tidak berjaya pada hari sukan nanti ye! jika berjaya, tahniah!
- jangan lupa bawa inhaler tau!
- selamat menggelapkan kulit pada hari sukan. biarlah akak seorang yang putih melepak seperti emak ye. :)
Monday, April 06, 2009
Dia merajuk la pulak!
- bersabarlah.. kerana sabar itu separuh dari iman. (jgn jadi seperti tikah yang sanggup ke CC untuk update blog! ha!ha!ha!)
- kamil seorang adek yg agak soleh sedikit (buwweeek!)
- kalau modem merajuk, sila offkan selama sejam sebelum meng'on' semula. kalau akim merajuk bleh tak kita 'off' kan dia kejap? (jom kamil, kita try off kan akim ngan major payne!)
- hai mirah! (saje nak cakap hai dekat mirah sebab mirah baca blog kakak yang comel ini. hik!hik!hik!~gaya kakak comel ketawa tersiput-siput)
Friday, April 03, 2009
Dr. Hatta Ramli akan mendapat gelaran Datuk Seri?
Ini ialah Yang Di*pertua Negeri Mel*aka. dia boleh bagi kepada Shah R*ukh Kh*an gelaran Datu*k. kemungkinan dia yang nak bagi pada ayah sudah tentu ada. tapi, ape kaitan dia dgn ayah kan. tapi disebabkan dengarnya ayah akan dapat gelaran tuh dlm bulan 10, antara birthday bulan tuh ialah YD*PN*M ini. haaa... kita belum boleh tolak kemungkinan. mari pergi ke pilihan seterusnya.
Pilihan 2
ini pula ialah Sul*tan Perak. birthday dia dah dekat.. 19Apr nih kalau ikut kalendar cantek sebelah keyboard tempat akak menaip. ayah lahir di Perak. mungkin juga ayah dapat dari beliau ini. YB perak sudah dapat kan.. hehe mungkin giliran ayah pula!
Pilihan 3
Ini pula ialah Seri Pad*uka Bag*inda Yang di-Per*tuan Agon*g. Birthday dia bulan june. sehari sebelum besday suami soleh-hensem-bergaya akak. best juga kalau ayah dapat gelaran dari dia. tapi mungkin kah?
Jawapannya:
cukup2la kuiz teka-teki nih. jawapan sebenarnya ialah... ayah akan dianugerahkan gelaran Datuk Seri daripada..... jeng!jeng!jeng!
adek yang suda mengandungi sesuatu selama dua bulan. Maka, ayah akan mendapat gelaran Datuk yang berSeri-seri... ha!ha!ha!
Pengajaran:
- Pangkat dan harta hanyalah hiasan dan mainan dunia
- Dah! dah! jangan buang masa bergosip. mari teruskan membuat pekerjaan berfaedah untuk kebaikan dunia dan akhirat
- adek, sila jaga kesihatan dan jangan nak manja lebih-lebih. Sila belajar dengan rajin juga. nanti baby dah lahir, bleh anta balik Malaysia ada bibik yang rela jaga.. iaitulah yang sedang berlatih jadi cekgu tadika tersebut.