Thursday, December 31, 2009
Amurah
tuh nama amirah yg typo di website YIK untuk result sapa yang dapat masuk skola2 under dia. anyway, nak mengucapkan tahniah dan selamat berjaya (sangat cliche ucapan ni).
bila tgk kat website tu, mirah dapat masuk MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH.
p/s: mu jadi oghe kelate miroh! mek kelate comey2.. tapi mu dop comey.
*ngehngehngeh.. cubaan sgt lame untuk bercakap dlm bahasa kelantan. kepada orang kelantan.. harap maaf salah silap. :p
Wednesday, December 30, 2009
al-kisah lutut
Lalu kepala lututnya membuat larian dari tempat yang asal.. bukan larian setempat.
Jejaka hensem jatuh ke tanah.. aduh!
Oh kasihan.. oh kasihan... aduh kasihan...
Begitulah alkisah yang menyebabkan jejaka hensem terpaksa menjalani rawatan dan pembedahan minggu depan.
Marilah sama-sama doakan lutut jejaka hensem akan kembali sihat. Amiin... :)
p/s: Cerita ini hanyalah gambaran dan mungkin lari sedikit dari kisah sebenar. sebarang penambahan dan penolakan.. biarkan...
Monday, December 28, 2009
to study or to...
lagi seminggu dah nak masuk tahun 2010. lagi 22 hari lagi akak dah nak start belaja. tapi lagi 9 hari abang farid nak kena operate. macam ada feel malas pulak akak nak pegi belaja ni. nanti sian abang nak melalui post-op tanpa akak di sisi.. (cecewah!)
how ley?
Thursday, December 10, 2009
The Big FIVE! HI-5!
Tuesday, December 08, 2009
welcome back!... to me
- bulan 10 akak pegi team building untuk Production Technologist atau nama glemer nye PTech. buat kat PD, Thi*stle. Pergi sana drive sendiri dan seperti yang diketahui ramai, akak tidak suka mengikut hadlaju yang telah ditetapkan. maka, semalam sewaktu abang farid mengecheck saman melalui SMS, maka terkantoilah ada satu saman yang bertarikh hari tersebut. kehkehkeh! tapi actually dah cerita la awal2 kat abang farid yang speeding then ada incik polis nyorok bawah flyover bersama kameranya. tapi semalam sewaktu abang bertanya tentang apa yang kami buat pada hari berkenaan, buat-buat lupa pula apa yang berlaku.
- nasib baik lepas balik dari TB tuh barula orang dok bercerita-ceriti seram tentang hotel tersebut.. ngehngeh..
- akak punye application untuk membuat Master sudah hampir berjaya. offer letter dari UTP dah dapat. ni tengah tunggu apa cerita tentang sponsor... mana lagi kalau bukan company sendiri kan. jadi adik-adik... akak akan jadi warga pelajar semula! yehhaaaa! abehla bertambah bond dengan ini company.
- bulan 11 akak pegi team building lagi. *sure orang cakap ape nih asek pegi team building je.. bila buat keje nye? ahahaha* kat PD jugak tapi hotel lain.. Avill*ion Cove. nasib bukan hotel yang sama. sebab kalau sama, kali ni pergi dengan extra story di dalam minda. bahaya! hehe sebab biasanya 'it's all in your mind' kan. jadi pegi gronggreng kat sana. okayla tapi lelah datang lagi. (macam dalam iklan plak.. TORA datang lagi dengan pistol air)
itulah saja update untuk dua bulan.. ahhahahah! (kakak yang malas nak update)
Tuesday, September 29, 2009
kenapa mesti sama?
- bila dah lama tak menulis, penulis akan mintak maaf kepada pembaca sambil membuat gaya tiup-tiup sawang. perlu ke mintak maaf? terasa kah pembaca bila penulis tidak menulis? dan yang paling menarik, blog boleh bersawang ke? hahaha!
- hampir semua penulis pernah menulis 'tag'. yang rajin tu ada yang buat sampai berpuluh-puluh soalan. yang malas tu dia pilih je mana yang dia nak. yang lagi best, dia tak kena tag pon dia nak jugak buat tag tu dengan men'tag' diri sendiri. hehe...
- topik-topik penulisan semuanya ada trend. dan boleh diagak. bila musim exam, penulis (yg pelajarla) akan tulis pasal time table exam nye.. pasal stress nak habiskan topik. bila musim raya, semua cerita pasal raya dari persiapan sampai la gambar makan ape. tak percaya cuba tengok list blog yang updated kat sebelah ni...
kenapa akak tulis pasal ni??
sebab akak taknak tulis pasal raya dah.
sebab akak takde gambar raya nak upload.
sebab akak baru menghabiskan aktiviti melompat blog.
sebab akak takde idea nak tulis tapi taknak blog ni bersawang dan nanti kena minta maaf kepada pembaca dan adik-adik serta peminat di mana jua anda berada.
ha!ha!ha!
Saturday, September 19, 2009
indahnya siri 2
Friday, September 18, 2009
indahnya
mood raya baru nak meresap dalam diri akak. mungkin sebab mirah dah bising-bising suruh buat cookies raya akak yg sedap tu. atau mungkin kerana beberapa KPI Ramadhan rasanya telah dicapai dengan agak baik. atau mungkin kerana menyambut hari kemenenangan ini sememangnya memberi vibe gembira kan. Rasulullah pon gembira juga di hari raya... hehe! meh kita tengok sket sirah dipetik dari blog ini:
Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).jadi... dikesempatan ini akak ingin mengucapkan Eid Mubarak (hari raya yang diberkati) kepada semua adik beradik terutama yang jauh seperti adek yang tak dapat beraya di rumah lagi tahun ini. sila nangis sedih2 mengalir airmata supaya rasa sadis tu lebih sket. nak pulak duit raya tak perlu diberi kepada adek.. fuuuh.. jimat! hahaha (gelak kejam).
Berkata Ummu Atiyah ra bermaksud, “Rasulullah saw mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam” … “wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud). Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah meminta dikalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dsb di pagi Raya janganlah sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya
kepada pengunjung-pengunjung blog ii, samaada yang setia, yang terjumpa, yang tersesat, maaf zahir dan batin kalau apa yang awak-awak baca menimbulkan rasa kurang senang. nanti akak akan menulis lagi. :p
Peringatan:
- Pagi-pagi raya tuh mandi la sunat EidulFitr.
- Pastu jangan lupa makan sket before pegi solat raya. kalau tak sempat sangat pon, sure ada punye kurma-kurma lebih dari bukak puasa yang tak abeh lagi tu. nabi dulu sebelum keluar solat raya dia makan kurma dulu tau.
- semua sila pegi solat raya even yang takboleh solat. pegila dengar khutbah raya tuh keh. takde alasan nak dok umah time solat raya. zaman nabi semua keluar... mehla ikut sunnahnya. :D
- bagi yang layak mendapat duit raya, sila jangan meminta2 pula apabila tuan rumah yang diziarahi tu mcm lupa nak bagi.
- akim, miah, kalo akak tak bagi duit raya bukan bermaksud akak tak sayang korang.. akak nak korang rasa camana orang kat Palestin ke kat Iraq ke, kat mana-mana la yang tak dapat duit raya tuh. derang boleh je gembira jugak di hari raya.. (dan dan tu jugakkk laa kan! :p)
- pastu bila ziarah-ziarah tuh, relax-relax la sket makan. taula baru lepas abeh puasa. takkan nak terus nak naikkan berat badan. kang jadi calon "the Biggest Loser Asia" pulak.
Monday, September 14, 2009
...
rasa bersalah untuk rasa gembira dengan raya yg dah nak dekat
sebab belum puas dengan Ramadhan
tapi suasana sekeliling menyukarkan lagi keadaan
orang di pejabat dah mula pasang lagu raya kuat-kuat
lampu liplap dah memenuhi ruang
kad-kad ucapan bergantung-gantung bersama ketupat plastik
semua bercerita tentang plan raya, kuih raya, baju raya...
Ramadhan.. tolong jangan pergi! |
Saturday, September 12, 2009
911 !!!
akak: Ayah, Happy 53rd birthday! Ke 54 sebenarnye? heheayah: 35. tqvmakak: Oh! u look older than ur age... esp the tummyayah: Mirage je tu. Adjust your glasses.akak: Yela yela... tgh tunggu duit saman ni. nak beli spec baru. nanti baru nampak ayah 35++
Thursday, September 10, 2009
Dah tua
abang kerel dah tua. harini besday dia yang ke-29.
tahun depan dah nak masuk 30.
ketuaannye makin terserlah.
dengan perkembangan perut setaraf ayah.
abang memang anak ayah.
p/s: biggest loser Asia bila nak pegi audition? gagagaga! |
Monday, September 07, 2009
Pre-raya
Sunday, September 06, 2009
Sharafana
Post kali ini didedikasikan kepada cik Sharafana bt Saiful yang baru dilahirkan pada 21 Ogos 2009. gambar tersebut telah diambil oleh Pakteh mu (abg farid) dan tangan yang memegang pipi (sambil menolak sedikit) itu ialah tangan makteh yang comel. lihatlah ketembamannye yang terserlah. dagu tajam tuh!! pipi menggelebeh.
Saturday, September 05, 2009
hip hip hippopotamus!
- dah lebih sebulan akak tak update blog. ramai yang rindu (cececewah! sila jangan muntah, nanti batal pose). mula2 nak tulis pada 31 ogos supaya genap sebulan. tetapi terlupa pula. selamat hari merdeka! walaupon dah lambat sket. takpe.. yg penting kita merdeka setiap hari kan. cuti merdeka haritu pon dah tak ingat pegi mana. sudah pasti bukan ke mana-mana sambutan merdeka. ha! baru ingat.. kami pegi ke JJ bersama ayah. haha! lame nye cara sambut merdeka. tapi takpe.
- Ramadhan yang tiba disambut lebih meriah berbanding menyambut merdeka. tambahan pula (skema seperti biasa hahaha!) hari tersebut jatuh pada hari ulangtahun kelahiran emak. gambar terbalik di bawah adalah disengajakan (haha! read:malas nak betulkan). kek ini dibeli dari jauh nuuuun di ireland oleh adik n fairuz. pada hari kejadian, sewaktu lunch hour, akak dan abang farid pulang ke rumah. ternampaklah sebuah lori secret recipe berkeliaran di desa ini. siap bleh cakap, "huiyooo.. secret recipe pon ada delivery ek!". apabila tiba di rumah, kami pon terus lupa tentang hal tersebut. sehinggalah pulang pada petang hari pula, mak mengatakan ada kek di dalam lemari es (peti ais laaa). puas orang SR mencari rumah sambil menelefon emak berkali-kali. haha! untuk emak rupenye delivery tersebut
Friday, July 31, 2009
Setelah seminggu berlalu...
Laaa.... takde pon fire drill nye! sorry to disappoint adik-adik sekalian kerana tiada cerite hip and hot dari fire drill KLCC. *jangan tiba-tiba diorang pilih petang jumaat plak nak buat drill nih dah la... kalau bleh balik awal takpe.. ehehehe!* sejak adik balik rumah untuk cuti musim panasnya, kami sekeluarga masih belum berjaya mengumpulkan semua adik-beradik untuk penggambaran pre-raya yang lengkap. sudah bera tahun gambar raya tak cukup adik beradik. *adik punya pasal ye..* mirah pon sudah sedih-sedih.. "alaaaa... bila nak penuh adik-beradik nih.. quality time please!" konon-konon ayat ini suara hati mirah. marilah kita cuba target hari dalam masa seminggu je lagi sebelum adik pulang ke negara irish itu. ahad - adik baru nak balik dari kedah isnin - kena pegi jemput kamil n tikah dari uni mereka pula weekend - adek nak balik ireland dah. hmm.. hmm... kalau tak jadi, seperti biasa, tampal sajalah gambar adik dan fairuz keh. di atas tangan yang lain (translasi: on the other hand.. hahaha!) kakak nak main bowling bersama rakan-rakan ahad depan. sape nak join?? jom jom! |
Monday, July 27, 2009
Drill... drill...
Thursday, July 23, 2009
kenapa?
Kenapa kedai yang food dia sedap selalunye kotor? kalau bersih pulak, mahal gell! (hahaha gedis! lama tak dengar orang guna 'gell' menggantikan 'gila') Akak ni dah la susah nak makan banyak. sekali sekala ke kedai yang direcommend orang dengan mengatakan food kedai tu sedap, dengan harapan makan dengan penuh selera dan kot kot la boleh menambah berat badan. tapi bila tiba di kedai yang berkenaan, tengok keliling saja sudah hilang selera. tu belum bercerita tentang bau-bauan tambahan lagi. err.... tapi memang lauk dia sedap2 la bila makan. (contoh: kedai jual asam pedas kat Kg baru, ikan bakar kat Pasar Dato' Keramat, satu kedai makan kat Melawati tuh ke) Jadinya, bila tau ada lauk yang best dan menyelerakan dari sesebuah kedai, akak akan mintak dibungkus je. makan di rumah, sambil duduk sukahati dengan abang Farid, layan akim mengada-ngada, minum air sirap yang sedap dibuat oleh mirah, gelak-gelak cucuk pinggang dengan lawak-lawak ayah. baru terasa lauk-lauk tu sedap. kesimpulannya di sini, akak memang memilih makan. hehe! mana tak kurus kan. nasib la.. akak pilih rasa yang sedap dengan tekak akak, keliling yang bersih dan takde bau-bauan (bau durian juga boleh menghilangkan selera akak... so please makan jauh-jauh keh), yang bukan lauk lebihan semalam. sure adik cakap, dah tu napa tak masak sendiri? sebab bila akak masak, akak akan rasa kenyang. jadi bila rasa kenyang, camana nak makan? bila tak makan, camana nak naik berat? bila tak naik berat.... dan kisah ini akan berpanjangan. oleh itu.. biarlah akak tidak memasak kerana itu lebih baik. (ha!ha!ha! cubaan menjustifikasikan kemalasan memasak. kasihan suami.) itu saja merapu-merapan hari ini. *burp* kenyang baru lepas makan tengahari di depan komputer ofis sambil menulis blog ini. |
Tuesday, July 21, 2009
Monday, July 20, 2009
kakak malas
Seminggu dua ni akak macam ada writer's block pula. tapi lebih kepada malas juga. beberapa yang emo juga tidak berapa membantu penghasilan penulisan yang baik. tambahan hari yang kurang sihat dengan selsema dan bersin-kuat-ala-nak-pecah-telinga punye. nantilah.. akak akan menulis semula untuk mengisi minda adik-adik. la la la... |
Saturday, July 11, 2009
atikatun
Tuesday, July 07, 2009
Tau tak?
Tak ke rasa macam eh orang lain dah jadi World Champion dalam bidang masing-masing, tapi akak bukan nya world champion, champion peringkat Malaysia pon tidak. Negeri? turun lagi.. daerah la bagi chance? heh... tak layak jek. pastu lagi satu champion in what? hmmm...
Kalau ikut umur akak skang ni, Sultan Muhammad Al-Fatih (March 30, 1432– May 3, 1481) dah siap bukak Constantinople dah (at 21 years old rasanya) dan menamatkan sebuah empayar. Hassan Al-Banna (October 14, 1906 – February 12, 1949) dah siap tubuhkan Ikhwanul Muslimin dah. Donald Trump dah bagi profit $6 million ke syarikat ayah dia (at 22).
Kalau tengok diorang ni pon, start masa kecik lagi. Dari umur 5 - 6 tahun dah start main, dah start pikir nak conquer the world. so meh kita tengok apa yang akak dah start buat dari umur 5 - 6 tahun dulu?
- Main basikal - tak jugak jadi pemain basikal terkemuka
- Baca buku - tapi tak jugak jadi pembaca buku terbanyak ke apa. or tulis buku ke...
- Main masak-masak - haa yang nih sampai dah kawen nih pon dok malas nak masak. haha.. janganla cakap nak jadi chef world class plak.
- Tengok TV - nih semua orang pon bleh jadi champion. tapi akak takla nak jadi champion bab nih plak
- Apa lagi ek? errrr...
Hmm...nampaknye akak taktau lagi la ape benda nak buat yang boleh bangga sket nak cerita dekat cucu cicit nanti.. hehe! okeh jom tolong akak... kenal pasti apa sebenarnya yang akak boleh terer! cepat-cepat.. sila tinggalkan komen dan cadangan anda.
Akak sesuai jadi World Champion apa?
Monday, June 29, 2009
who's the boss?
Who's the boss in your family?My wife is the boss, but I have the final word:"yes, ma'am."
Birdie
Al Quran : (16) An Nahl : Ayat 79
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman. (QS. 16:79)
Al Quran : (67) Al Mulk : Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (QS. 67:19)
Saturday, June 27, 2009
dah besar dah dia!
Friday, June 26, 2009
nikmat
bila dah tiada, baru terasa. Hadith Rasulullah dah sebut:
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati". (HR Ahmad) boleh siap nyanyi skali dengan kumpulan Raihan. akak tengah sakit lidah dan mulut sebab ulcer. hilang nikmat sihat nak cakap-cakap dengan senang, nak makan dengan berselera, nak rasa selesa. sampaikan lunch tadi taktau nak makan apa yang paling kurang sakit. lantas, akak pon pergi ke kedai dan membeli sup ayam. pulang ke rumah, masukkan nasi ke dalam sup. yay! dah dapat nasi sup yang sedap. alhamdulillah. tapi bila dah makan dengan kenyang, akak mengantuk pula. nasiblah tak tertidur di rumah dan sempat sampai semula ke ofis pada jam 2.30. hampir-hampir juga terlelap bawak kereta. okeh ini bahaya! tiba-tiba teringat lagu wonderpets pula. Telefon, telefon berbunyi…
ada haiwan dalam bahaya!! (eh tapi akak bukan haiwan ye)
apa yang penting ?
Wonder Pets Wonder Pets…
Pengajaran:
|
Wednesday, June 24, 2009
War of ...
semalam, ketika di pejabat, jam menunjukkan jam hampir 4 petang. akak dah start merasakan kepenatan mengadap komputer dari pagi. tiba-tiba akak terbau macam ada benda yang hangit.. ada bau mcm gas bocor jugak. lama-lama makin kuat. kepenatan ditambah pulak dengan suasana berpusing-pusing pening. ada kebocoran gas ke kat menara ni? bahaya tuh! kang ada yang kena turun tangga dari berpuluh-puluh tingkat ni ke bawah. akak bangun dari tempat nak tengok2 ada tak orang lain yang perasan bau yang sangat tak best ni. keadaan pejabat mula kecoh... orang sudah tidak dapat memberikan konsentrasi kepada kerja lagi. nasib baik jam memang sudah hampir pukul 5. tiba-tiba, ada seorang rakan sepejabat menjerit,: "Weh! sapa makan durian sorok-sorok bawah meja nih??? semerbak satu ofis!" ceh! patutla dunia akak berpusing-pusing. maka, itulah sebabnya akak sampai awal di rumah. ada orang bikin perang sama akak dengan membawa durian ke pejabat! kalau dari pagi, memang akak amek MC la nampaknye. ha!ha!ha! |
Wednesday, June 17, 2009
Kenapa akak tak suka durian?
- akak nak bagi peluang adik-adik yg sangat gemarkan durian ni makan dengan tenang. kan best dah berkurang sorang untuk berebut durian tuh kan... kan dek kan? ko bleh abeh sebijik sorang-sorang lagi.. :p
- durian nih buah yang bermusim. so kalau la jadi favourite fruit akak, nanti sian abang farid nak kena carik selalu especially bila time takde musim dia. akak tanakla menyusahkan abang farid or sapa-sapa yang nak kena carikkan tuh.... :p
- bila dah bau buah durian tu nanti akak jadi pening dan hilang sleera makan. so akak akan jadi baik dan diam je. takde la nak marah-marah dan kenakan akim or mirah ke ape kan. takdela akak jerit-jerit suruh akim stop main dota ke, mintak tolong mirah amek itu ini ke, normal case, akak tido sebab dah pening. kan aman duinia korang kan? kan?
Monday, June 15, 2009
main jauh-jauh
Sunday, June 14, 2009
Aishah
- nama timangan Aisyah yang terkenal sebenarnya ialah "as-Siddiqah" iaitu 'perempuan yang berkata benar' atau "Bintus-Siddiq" which means 'anak gadis lelaki yang berkata benar'. anak Abu Bakar la kan. yg nickname "Humaira" 'yang kemerah-merahan' tu dia kata takde bukti sahih atau jelas. Nabi memang lagi suka panggil yang Bintus-Siddiq tu. maybe la nabi panggil Aisyah dgn panggilan Humaira tu sekali ke or time2 tertentu je kot. kalau dlm hadith2 tu selalunya ada sebut gelaran Aisyah is Ummu Abdillah. camana Aisyah dapat gelaran yang ni?
Gelaran 'Umm' dan 'Abu' adalah tanda kemuliaan dan kehormatan dalam masyarakat Arab.Gelaran ni sama dengan kuniyah. Umm untuk yang dah jadi ibu, Abu untuk yang dah jadi bapa. oleh sbb Aisyah takde anak, jadi dia takde gelaran tu.Satu hari Aishah berkata pada Nabi Muhammad, "Wahai Rasulullah, semua orang mempunyai kuniyah kecuali saya." Nabi bersimpati di atas kesedihan Aisyah lalu menyuruhnya memakai gelaran Ummu Abdillah. Abdullah adalah anak saudara Aisyah. Hadith ni dicatat oleh Abu Dawud dan Ahmad.
- okeh bleh jadi tag kepada tikah, adek, mirah n kamil untuk carik tokoh Islam yang berkait ngan nama korang. pastu buat entry yg cerita pasal tokoh tu. yay! akak dah buat. hehehe!
- bila kita dalam situasi yang sama dengan seseorang baru kita boleh rasa apa yang diorang rasa kan...
Friday, June 12, 2009
adek balik
Adek si gems suda sampai umah!! sila bagi laluan ye tuan-tuan dan puan-puan. laluan yang agak besar sket. hahaha! untuk memudahkan perjalanan kehidupan keluarga seperti biasa, akak mahu memberi sedikit penerangan kepada adek:
Makluman akan bertambah dari semasa ke semasa. harap berikan kerjasama. dan oh! ya kami mengalu-alukan kepulangan adek.. sila2 masuk buat macam umah sendiri. (jangan lupa basuh pinggan, masak lunch, lipat kain, vacuum karpet, dan lain-lain.) |
Tuesday, June 09, 2009
Respond!
Hidup M.U.!
Thursday, June 04, 2009
cuti tak berapa panjang
akak akan cuti esok sebab birthday Agong. apasal Agong besday, pastu kita cuti plak kan? kita pegi celebrate ke dengan dia? hehe... wish pon tidak. tapi perasan tak, if tukar Agong pon rasanya dari dulu lagi mesti birthday dia bulan Jun. apa-apa pun akak bersyukur kerana akak dapat cuti. yay! so apa plan?
itu sahajalah untuk hari ini. selamat hari minggu kepada anda! oh! tidak dilupakan, Happy Birthday Agong! :p |
Wednesday, June 03, 2009
Kanak-kanak comel
- mereka buat surprise untuk birthday akak walaupon baru jumpa pertama kali dan walaupon sehari awal.. hehehe!
- mereka suka sangat bergambar dengan akak sehingga membuktikan kanak-kanak Brissy dari dulu hingga sekarang adalah GiGam (gila gambar)
- mereka sangat rajin memasak untuk tetamu-tetamu.. (ini ayat baik lagi bodek kerana akak tau mereka suka masak sebab mereka suka makan! hahaha!)
Tuesday, June 02, 2009
Akak was there!
But the southeast is bracing for more major flooding after the wettest 24-hours in 17 years cut hundreds of roads, trapped children in schools, forced evacuations, brought down powerlines and filled dams.
At Surfers Paradise, real estate agent Mark Bayliss died after going into shock when debris burst through his office window. Wind gusts at the Gold Coast Seaway reached 120km/h.
Rombongan Kak Ecah
"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"
Maksudnya:
"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"
Monday, June 01, 2009
akak mengada
- akak memang seorang yang mengada dan manja. haa! puas hati adik-adik sekelian?
- 'date' pada masa yang tepat memang boleh menghilangkan bad mood
- korang sure ckp akak LAME tapi W.E. laaaa ~akak dah kenyang... hahaha