Saturday, September 19, 2009

indahnya siri 2

yang best di hari raya sebenarnye bukanla hari tersebut. tapi...

suasana sekeliling,
buat kerja dapur sama-sama,
gelak ketawa dengan lawak ayah,
ayah terhiris jari dengan pisau di tangan yang baru diasah,
wajah mak menumis dan memasak rendang hasil potongan anak-anak dan ayah
yang jarang-jarang semua nampak muka di dapur,
wajah semangat opah menyimpul-nyimpul ketupat palas,
jeritan-jeritan akak memanggil akim dan kamil masuk ke dapur,
wajah mirah yang risau kenapa tangan dia panas-panas lepas buang kulit halia yang banyak,
wajah abang farid yang berjaya menghiris bawang segunung lagi cepat dari ikah,
wajah abang mengupas kulit bawang sambil mengemas semula tempatnya,
wajah kamil bila dikomen hasil hirisan serainye tahap B+ sahaja,
wajah ikah menangis-nangis menghiris bawang,
wajah akim berlakon rajin baca buku tentang rasulullah kat dapur,
wajah-wajah gembira adik-adik memikirkan duit raya yang bakal diterima,
wajah-wajah gembira abang kakak yang nak memberi duit raya.

itulah yang bestnya kan!

to adik: mak tak sempat lagi nak bagi ko resepi kuah kacang sebab sibuk di dapur.
siannn ko buat semua sorang-sorang. sila nangis teresak-esak...
ngehngehngeh!


p/s: gambar kena tunggu kamil ke sesapa transfer dari phone.

5 comments:

akak said...

nak tengok gambar sila ke blog kamil keh.. armpunknoob.blogspot.com

akak said...

video pon ada. khas untuk adik yang di perantauan...

asma'hatta said...

wiuwiuwiu..sedih la sgt kan..dah 6thn dok beraya kt cork ni..mcm sedikit lali sudah..tapi agak sedih juga..huhu..slmt hari raya!!

eh..apsal xde gmba bibik..dia dah balik indon ke? (wahah..tetibe caring pasal bibik plak)

aishahhatta said...

kahkahkah!

bibik di luar sidai kain, lipat kain dan segala yang berdasarkan kain. lepas dah masak sume baru la bibik masuk kemas. heheh!

tuhla.. plek gak apsal ko caring pasal bibik nih dik? nak bawak pi cork jaga anak ko ke? :P

asma'hatta said...

err..xpelah..adik jelah yg jaga nnti..hoho..

akem sure tengah tolong bibik lipat baju ek..haha..how i wish dia tu buat keje..