Thursday, July 23, 2009

kenapa?

Kenapa kedai yang food dia sedap selalunye kotor? kalau bersih pulak, mahal gell! (hahaha gedis! lama tak dengar orang guna 'gell' menggantikan 'gila')
 
Akak ni dah la susah nak makan banyak. sekali sekala ke kedai yang direcommend orang dengan mengatakan food kedai tu sedap, dengan harapan makan dengan penuh selera dan kot kot la boleh menambah berat badan. tapi bila tiba di kedai yang berkenaan, tengok keliling saja sudah hilang selera. tu belum bercerita tentang bau-bauan tambahan lagi. err.... tapi memang lauk dia sedap2 la bila makan. (contoh: kedai jual asam pedas kat Kg baru, ikan bakar kat Pasar Dato' Keramat, satu kedai makan kat Melawati tuh ke)
 
Jadinya, bila tau ada lauk yang best dan menyelerakan dari sesebuah kedai, akak akan mintak dibungkus je. makan di rumah, sambil duduk sukahati dengan abang Farid, layan akim mengada-ngada, minum air sirap yang sedap dibuat oleh mirah, gelak-gelak cucuk pinggang dengan lawak-lawak ayah. baru terasa lauk-lauk tu sedap.
 
kesimpulannya di sini, akak memang memilih makan. hehe! mana tak kurus kan. nasib la.. akak pilih rasa yang sedap dengan tekak akak, keliling yang bersih dan takde bau-bauan (bau durian juga boleh menghilangkan selera akak... so please makan jauh-jauh keh), yang bukan lauk lebihan semalam.
 
sure adik cakap, dah tu napa tak masak sendiri? sebab bila akak masak, akak akan rasa kenyang. jadi bila rasa kenyang, camana nak makan? bila tak makan, camana nak naik berat? bila tak naik berat.... dan kisah ini akan berpanjangan. oleh itu.. biarlah akak tidak memasak kerana itu lebih baik. (ha!ha!ha! cubaan menjustifikasikan kemalasan memasak. kasihan suami.)
 
itu saja merapu-merapan hari ini. *burp* kenyang baru lepas makan tengahari di depan komputer ofis sambil menulis blog ini.
 

3 comments:

adik said...

betul sgt la tu akak oiii..
mmg adik nk tnye pon apsal xmasak sndiri jek..byk songeh eh..hehe..

kalau dah malas tu ckp je laa..sian abg farid mkn air tgn bibik/makcik2 kedai je tiap2 hari..padan la flat aje..tgk mcm ayah, 6pack ooo..hehhe

nona said...

apakah tisya? camana nak jadi isteri solehah ni..... ekekekekekek

aishahhatta said...

hahaha! tak mengapalah. solehah bab lain la nampaknye. bukan masak.. :p