Wednesday, April 29, 2009

Akim, are you okay?

Kanak-kanak biasanya akan melalui satu tahap di mana mereka suka bermain dan berimaginasi sorang-sorang. akim mmg tidak terkecuali. habit yang paling selalu dibuat oleh akim ialah berlawan seorang diri dipanggil 'dush-dush'. aksi akim telah berjaya dirakam oleh kamil secara rahsia:



menarik tak? harap maaf video kurang clear. tapi masih mencapai maksud dan objektif. hehehe!

p/s: akim sedang marah pada akak kerana mengupload video ini. biarkan!

Akim says the some things!

Dah lama dah nak tulis pasal akim ni. ada yang masih baru. ada yang dah agak-agak basi sbb dialog masa dia kecik-kecik dulu. marilah kita bergelak-ketawa:
 
-----------------------------------------
 
Akim: mak.. mak! pipi akim licin sangat la. sampai semut nak panjat pon tak boleh.. (sambil pegang pipi dan buat gaya semut panjat-panjat pipi dia pastu semut tu jatuh tergelincir)
 
-----------------------------------------
 
Akak: akim, periksa dpt no berapa?
Akim: No. satu la.
Akak: ada banyak seratus tak?
Akim: adalah 5 ke 6 kot.
Akak: kenapa 'kot-kot' plak?
Akim: yelaa.. akim tak ingat. BANYAK sangat!
 
-----------------------------------------
 
sekarang akim dah tak seterer tuh. asyik taknak belajar je. main DOTA tak habeh-habeh. ujian baru-baru ni dapat no 4 ke 5. sambil jawab: "biarlah!" dengan gaya yang sungguh kerek. siapla... major payne dari kamil! kamil dah nak masuk Uniten tuh. so dia kena tolong berkhidmat dengan akak untuk memajorpaynekan akim selalu. hehehe!
 
cukup untuk hari ini. akak sedang sibuk...!

Saturday, April 25, 2009

Friday, April 24, 2009

Ayah ada anak angkat baru!

Kenapa ayah suka sangat ambil anak angkat?

 

mungkin 'anak angkat' lebih comel dari kita. ha!ha!ha! ingatkan tempat tinggal mereka yang ada sekarang sudah cukupla untuk ayah menikmati pemandangan 'anak-anak angkat' nya. ada banyak dah 'anak angkat' dalam tu kan walaupon ada yang sudah menemui ajal mereka setelah cuba nak lari dari rumah.. (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...) nampaknye jangkaan akak meleset. meleset sgt jauh.. sejauh lautan penuh ikan. lihatlah 'anak-anak angkat' baru ayah:

 


(gambar diculik dari blog ikah) 

 

kepada adik dan abang yang di perantauan... inilah 'adik-adik' baru kita.

 

kenapa akak panggil ikan 'anak-anak angkat' ayah?

 

bayangkan... apabila ayah pergi merantau. ke timur, ke barat ke utara ke selatan.. ke mana-mana sahaja lah. ayah akan menelefon kami di rumah. soalan pertama ayah biasanya ialah:

 

"ikan-ikan dah bagi makan?"

 

like hello... tak tanya pon kami dah makan ke belum. ha!ha!ha! maka kesimpulan di sini, ikan-ikan ini bukan sekadar hobi. mereka adalah 'adik-adik' kami. mereka adalah 'anak-anak angkat' ayah. tapi kami tahu kasih sayang ayah tidak berbelah bagi... (^_^) kepada anak-anak ayah ini. cuma kadang-kadang kami sahaja yang degil sedikit... tak caya tengok lah akim tuh! (hehe tak pasal-pasal kena!)

 

Pengajaran:

  • silalah bagi adik-adik makan.. tak kira adik angkat atau adik seperti akim n mirah.
  • ayah seorang yang sukakan kedamaian dan ketenangan. kalau balik keje tengok akim ngan kamil main dota, mana nak tenang kan (ha!ha!ha!) jadi tengok anak angkat tuh lagi tenang...
  • kepada abang kerel, balik jangan lupa singgah kedai Akuarium sebelah zoo. bleh beli 'makanan' adik-adik angkat nih. :)
  • haiwan-haiwan nih sentiasa berzikir kepada Allah. jadi kepada abang farid dan kamil, janganla dok main terkejut-terkejutkan ikan tuh... hahaha! kang ada yg mati pula. kena soal siasat dengan ayah kang! kes pembunuhan kejam. :p

KBAZ!


Thursday, April 23, 2009

Bukti kehebatan emak


Jika kita semua merujuk kepada cerita akak tentang Majulah sukan untuk keluarga, akak ada bercerita tentang mak yang pasti menang setiap kali mak menyertai pertandingan mengupas epal.  akak berjaya merakamkan kehebatan emak kerana emak sekali lagi memenangi acara ini. saksikanlah juara kupas kulit epal paling panjang dan tidak putus sampai habis sebiji epal: 

Dr. Kalsom Maskon!



Hebat kan mak kita? hehe! tengoklah anak-anaknya. potong epal tak reti, makan je reti. ha!ha!ha! tapi memang kami mewarisi kecomelan mak. :p


Ini pula bukti kehitaman akim si kuda belang:


Gambar manja akim dengan mak di depan rumah biru (Usamah). akim, takleh besar lagi ke topi?


Mak sedang memerhatikan hasil kupasan jiran-jiran. jangan risau mak. mak mmg hebat! oh-so-the-comel la topi mak pakai. macam amoi pon ada juga. hehehe!


Mak memang seorang yang adil dalam mengasihi dan menyokong anak-anak sewaktu hari sukan. buktinya, akim rumah biru, mirah rumah hijau, so mak pakai baju biru-hijau yang akak belikan. untuk dapatkan baju yang cantik ini, sila layari laman Nauwar ini.

Itulah sahaja berita sukan dari padang sekolah SMK Taman Melati. sekolah mirah n akim tumpang padang orang sebab sekolah mereka iaitu SRI Pintar tiada padang.

Sekian, terima kasih. Tiada pengajaran untuk kali ini.

Tragedi April

Dah lama tertunggak stori-mori pasal hari sukan mirah dan akim. setelah mereka jadi itam dan semakin pulih semula, akak masih belum mengemaskini stori tentang mereka. maka pada kali ini, akak pon nak bercerita dengan video ini. sila lah menghayati... Tragedi April dengan pelakon utama ialah mirah yang memakai baju hijau:


Sedih bukan tragedi ini?

Monday, April 20, 2009

Mencuba kemaskini blog melalui email.

Sejak akhir-akhir ini, server di office sudah mula tidak membenarkan langsung akak membuka blogger. Memikirkan alternatif yang ada, akak nak cuba dengan email pula. Kalau guna telefon, takut mahal ke apa kan. Email ni at least nampak macam sedang rajin melakukan kerja, iaitu seperti menulis email kepada rakan sekerja mengenai kerja, padahal sedang mengemaskini laman blog. Ha!ha!ha! (astaghfirullah…. Ini sudah tidak baik ni.~berhenti menunggu masa rehat baru menyambung penulisan lah)

Sebenarnya akak mahu bercerita tentang hari sukan sekolah mirah dan akim. Malangnya semua gambar dan video2 yang menjadi bukti penting tiada di sini. Maka nanti akak akan tuliskan satu lagi post yang istimewa.. khas kepada kanak-kanak istimewa..akim n mirah!

Cukup setakat ini dulu sebagai percubaan. Akak mahu melihat hasilnya. Jom!

Tujuan letak gambar? Saje nak tengok ape rupa bila update dgn email bergambar. Hehehe!

Nota:

Bagaimana mahu mengemaskini blog melalui email?

  1. Perlu setup dulu email address bersama blogger. tekan ikon ini di dashboard anda.

  2. Letakkan 'SecretWord' di dalam ruang yang disediakan. anda kini sudah ada alamat email yang baru dan spesifik untuk blog anda. cth: blogkakak.kakakcantik@blogger.com. (ini adalah bertujuan sebagai contoh sahaja)

  3. Buka email anda dan tuliskan alamat email yang baru tadi di dalam ruang 'To:'

  4. Tulislah tajuk entry anda di ruang 'Subject' manakala isi entry di ruang biasa tulis email tu.

  5. Tekan 'Send' dan voila! entry anda sudah dipublish di dalam blog.

Selamat mencuba!

Saturday, April 18, 2009

Powernya doa mak!

Beberapa bulan kebelakangan ini akak tak berapa sihat. apabila masuk ke bulan yang kelima ketidaksihatan ini berlanjutan, akak pon mulalah berjumpa dengan pakar-pakar yang sepatutnya. Bermula dengan pakar A yang biasa akak jumpa dulu.

Pakar A: semasa berjumpa pakar ini dulu, 'benda' tu langsung tidak dijumpai. fokus hanya pada bahagian lain. jadi akak pon makan lah ubat yang dia bagi untuk betulkan bahagian lain itu.

Selepas lima bulan baru akak jumpa dengan pakar seterusnya iaitu Pakar B.

Pakar B: apabila masalah berlanjutan, akak pon berjumpa pula dengan pakar B. tiba-tiba terjumpa pula 'benda' itu. nampak seperti sesuatu yang membahayakan dan kemungkinan besar punca kepada masalah ketidaksihatan yang lama itu. jadi dia mencadangkan untuk akak melalui satu pembedahan kecil (minor surgery) untuk membuang 'benda' itu.

akak dah pasrah je untuk surgery lagi! (lagi sebab macam hampir setiap tahun akak go under the knife.. hehe!) dah fikir dah, kesian abang Farid nak kena amik cuti, nak kena stay kat hospital dengan akak. dah hampir prepared mentally laa kononnye lepas tu. tapi mak dan ayah tak berpuas hati. mereka mahukan pandangan kedua (second opinion.. :p) jadi selepas dua hari berjumpa Pakar B, akak pergilah bersama ayah untuk berjumpa pakar ketiga, Pakar C.

Pakar C: menurut Pakar C, 'benda' tu kecil je. tak perlu pon pembedahan. biarkan pon takpe. tidak signifikan sangat pon. akak pon berkata di dalam hati, "aik! takkan dalam masa dua tiga hari 'benda' tu boleh mengecil dan hampir tiada pula." akak cakap macamni sebab akak tengok gambar ultrasound tu. memang lain gila! jadi Pakar C hanya mencadangkan ubat yang biasa-biasa sahaja yang akak boleh terus beli dari farmasi. akak pulang dengan hati yang sangat gembira dan lega. 

pada petang tadi barulah mak bercerita, apabila mendengar cadangan Pakar B, mak terus berdoa. berdoa sepanjang hari dengan  salah satu nama Allah iaitu As-Salaam yang bermaksud Maha Sejahtera atau Maha Selamat.
Tak putus-putus mak mengulang doa-doa termasuk berdoa dengan nama-nama Allah yang 99 tu. tapi mak fokuskan juga pada nama yang ini sebab yakin dengan kelebihan setiap nama Allah untuk keadaan yang berbeza. mak harap sangat akak selamat dan sejahtera dari ketidaksihatan ini. sahabat mak yang bagitau mak, kalau tak sihat, bacalah atau zikirlah As-Salaam ni dengan penuh keyakinan Allah akan sembuhkan. Nak tahu apa yang berlaku akhirnya?


ketidaksihatan itu terus hilang! hilang tanpa sebarang pembedahan mahupon ubat! actually akak memang sengaja lambatkan ambil ubat tu. skali dah baik pulak dan tak sempat pon makan ubat tu. dahla mahal okeh beli ubat ni! hehe! some people say its miracle, to mak... itulah keyakinan kepada Allah.

Pengajaran:
  • Sayangi dan hormati mak kita. Doa dia power tau!
  • Marilah kita sama-sama berdoa dengan nama-nama Allah. tapi sebelum nak mintak-mintak tuh benda wajib bagi settle dulu laa. baru takde hijab (halangan untuk doa dimakbulkan) kan. 
  • akak sudah sihat! yay!!!

Friday, April 17, 2009

Nak jadi pandai tak?

Tadi akak, kamil dan akim pegi Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. walaupon tak beli apa-apa sangat tapi akak suka sebab semua semangat nak beli buku. bacanya belum tentu lagi la.he!he!he! tapi kalau akim & mirah nak jadi pandai macam kakak2 dan abang2, sila lah rajin membaca. kat rumah mak tu ada banyak sangat buku yang korang boleh baca. dari ensiklopedia, novel, majalah, buku fiksyen, buku yang non-fiksyen, buku pelajaran, kamus dan macam-macam lagi. 

mari akak bagi contoh pengetahuan yang korang boleh dapat kalau korang baca buku:

Tajuk buku 1:
 I Wonder Why - Countries Fly Flags. 
kalau akim dan mirah baca buku ni, sudah tentulah kamu-kamu akan tahu fakta ini:

Translasi: Di Pulau Madagascar, pengantin lelaki perlu memberi ucapan kepada bakal pengantin perempuan sebelum mereka berkahwin. Jika ucapan itu tidak bagus, dia akan didenda dan perlu memulakan ucapan semula. Nanti ikah atau mirah nak kawen, kita mintakla bakal suami dia bagi ucapan... pastu boooooo dia ramai-ramai dan denda RM100 kepada semua adik-beradik jika ucapan dia tak best. pastu suruh dia jerit: welcome to Madagascar! we like to move it move it! ha!ha!ha! tentu ikah dan mirah dah takut nak kawen pula ni.


Tajuk buku 2:
National Geographic.
kalau korang cuma tengok gambar sahaja dalam majalah ini pastilah korang tahu bagaimana rupa otak manusia. huhu!



Tajuk buku 3:
Kamus Dewan.
dan kalau korang hanya membuka sekali sekala buku/kamus ini:

korang akan tahu perkataan 'comek' itu wujud dan maksudnya ialah sotong. bukan comel ye! dan perkataan comel bukan sahaja bermaksud cantik dan menarik, malah bermaksud merungut atau membebel. mungkin boleh cakap pada makcik-makcik yang suka membebel atau berleter, " makcik! makcik! makcik nih comellll saja!" sudah tentu dia akan tersenyum walaupun kita sedang mengutuknya. ha!ha!ha!


Akhir sekali kalau nak pandai, jangan makan benda ni:
Biarlah akak sahaja yang makan sebab akak tiada peperiksaan tahun ni. ha!ha!ha!

uuuuuuu! nampak sedapnya! yumm yummm!

Pengajaran:
  • ingat tau! korang tak boleh makan makanan tergambar di atas. jadi bila nampak kakak atau abang makan, biarkan mereka. sila main jauh-jauh!
  • membaca amalan mulia. :)