Thursday, April 02, 2009

Apekah 'tag' di dalam bahasa Ibunda?

untuk memenuhi permintaan si peminta bernama ikah, akak telah di'tag'. puas mencari apekah perkataan yang sesuai di dalam bahasa Ibunda... hasilnya:

akak telah di'tanda'. ha!ha!ha!

5 things in my bag:
  • wallet Milk Teddy yg dah berkurun pakai sampai ada koyak2 suda. lupa nak tukar wallet Roxy Aisha yang abg Kerel belikan di GC itu
  • inhaler. sudah semestinya. anak-anak manja benramli dan bintmaskon mmg begini... jika tidak asthma, kena eczema. alhamdulillah akak terpilih untuk ada asthma.. tidak larat rasanya melihat eczema seperti di jari2 abg Kerel itu... ha!ha!
  • kunci kereta. kunci kepada kereta cantik dan berkilat suda selepas basuh di kedai ditemani kamil tempoh hari.
  • ubat sakit tekak berjenama Deq*uadin kerana mahu memastikan suara lunak merdu sentiasa terpelihara.
  • pen. akak kan seorang yang rajin. d'uh!

5 things in my wallet:
  • kad kredit. ini kerana akak takut untuk membawa wang yang banyak. nanti dicuri menangis pula kan. kalau kad kredit boleh dicancel secepat mungkin.
  • kad nikah. ini untuk keselamatan supaya apabila cuba dicekup oleh Ba*dan Pen*cegah Mak*siat (BPM) kami mempunyai bukti yang kami tidak melakukan maksiat. "astaghfirullah pakcik. takbaik tuduh2 begitu. kami pasangan yg SOH!" contoh ayat yang boleh dikatakan kepada pakcik BPM itu.
  • lesen memandu. yg sudah tentunya Kamil tidak mempunyainya. kami berbangga mampu memandu dengan cekap dan berhemah (kan! ikah kan!)
  • gambar suami soleh-idamanmalaya-lagihensem
  • kad JJ. he!he! untuk menambah poin apabila keluar bersopeng bersama keluarga, teman dan sanak saudara. tidakla sia2 sahaja apa yang dibeli kerana poin tersebut boleh bertukar menjadi hadiah yang mungkin menarik lagi mengirihatikan masyarakat setempat. siapa tahu kan!

5 favourite things in my bedroom:
  • sebuah TV beberapa inci yang tak berapa nak tahulah berapa inci sebenarnye TV itu.
  • katil Queen size bersama tilam setebal lebih kurang 30 inci yang sgt empuk mak nenek. apabila tidur sudah pasti sgt susah untuk bangun tapi pasti bangun juga untuk solat subuh... semestinya!
  • penghadang. ini digunakan untuk macam konon2 bilik tersebut ada pembahagi antara ruang tidur dan juga tandas. rupa penghadang yang cantik juga menambahkan kesenian bilik ala2 design kampung bertemu bandar itu.
  • selimut biru comel lembut dari I*kea bernama Irm*a. nasib baik ada banyak kerana kadangkala selimut2 ini hilang dicopet oleh adik-adik yang *teet*
  • aircond berkuasa tinggi yang mampu menyejukkan bilik dan menyamankan.

5 things I wish to do :

  • bercuti suka-suki di brisbane australia. ini insyaAllah akan menjadi kenyataan dalam masa sebulan lagi. Oh! sungguh tidak sabar rasanya mahu berjalan di tempat2 penuh memori silam nan indah
  • mahu menyambung pembelajaran ke peringkat Master kerana sudah agak bosan bekerja. menimba ilmu itu kan bagus. boleh juga menemani kamil (alaaa meta meta!~ dgn gaya mengagah bayi kecil yang membuat muka mengada-ngada mahu dilayan) sekiranya beliau masuk juga ke universiti yang sama.
  • mahu anak sendiri yang comel seperti ibunya dan soleh seperti ayahnya dan cantik dan sihat dan tak kuat nangis dan dan dan...
  • menunaikan haji sebelum berumur 30 tahun. supaya tenaga masih banyak dan boleh berdoa dan beribadah di Kaabah sambil mengalir airmata.
  • nak naikkan berat badan ke tahap normal kerana belum pernah lagi dlm hidup keluar dari kategori 'underweight' ini. makan! makan lagi! dan lagi!
5 things I’m doing now :
  • memikirkan kenapakah akak melakukan 'tanda' ini di waktu kerja. ya Allah berilah keinsafan kepadaku.. (huish anak benramli ini...!)
  • sedang menyiapkan kerja yang tak berapa susah iaitu 'production forecast' atau dlm bahasa ibunda 'ramalan produksi'. tidak faham wahai adik-adik? tidak mengapa. abaikan.
  • berdiskusi dgn abg farid di dlm IM yang dipanggil Commu*nicator yang telah disediakan di dalam sistem di pejabat ini. ye betul! kami sedang berdiskusi.
  • menyediakan projek-projek yang telah dibincangkan sebelum ini bagi memenuhi tuntutan KPI iaitulah K*ey Perfor*mance Indic*ator yg juga dikenali sebagai Indikator Kunci Persembahan. (apekah?)
  • minum air jus jambu batu jenama Mari*gold Pe*el Fr*esh yang menyegarkan. dibeli beberapa hari lepas di Col*d Sto*rage atau Simpanan Sejuk di tingkat bawah bangunan pejabat ini.

5 people I would like to tag:
  • amirah - boleh ditampal di frenster ye!
  • ayah. ha!ha! adekah ayah akan buat? sudah tentu harapan yang tipis.
  • awak. ye! awak yang sedang membaca ni.

Pengajaran:

- membuat 'tanda' adalah satu aktiviti yang membuang masa

- cubaan mentranslasi bahasa lain ke dalam bahasa Ibunda adalah satu aktiviti yang sukar lagi kelakar.

Kenapa rumah takde air?

Alkisah mahu diceritakan semenjak dua menjak tiga menjak berkecimpung dgn mandi berair suam-suam kuku, maka pada satu hari, air tiada pula keluar dari corong shower itu. namun, paip di dapur dan toilet depaaaaan skali tuh saje yg ada air. dalam kelamkelibut mahu mandi pagi kerna mahu solat, kami gagahi mengambil wudhu' dgn air sejuk ala2 air bukit itu. apekah yang berlaku?

pakcik X (yg tidak berapa nak tau nama dia) kawan ayah yang selalu mengecheck umah kita pon dtg pada siang harinya dan menjalankan tugas naik ke bumbung. alangkah terkejutnya dia apabila melihat pam air sudahlah rosak. maka air dari luar di paip utama tidak mampu dinaikkan ke dalam tangki. tapi pakcik yang bijak ini hanya memberitahu kami apekah keadaannya. bukan menyelesaikannya. boleh pula dia berkata, " ha nanti bagitau bos, pump punye automator rosak. belila lain ye!" dan pulang dgn gembira. bukankah dia yang sepatutnya membelikan? dan merepair? dan kami boleh mandi air suam-suam kuku seperti pagi2 yang biasa? kami kaget. bagaimana mahu mandi?

dgn menggigil2 mandi air sesejuk air bukit di toilet depaaaaan skali tu?

atau pergi ke toilet cantik mak dan konon2 berlakon mandi macam hakim?

atau pegi ke KClub untuk mandi kolam? ha!ha!ha!

sudah tentulah kami mandi juga seperti pilihan pertama itu. begitu juga pagi tadi. tetapi alangkah sedih sambil menggigilnye akak apabila hanya selepas mandi air sesejuk air bukit di toilet depaaaan sekali, barulah akak mendapat tahu pump suda elok. org lain semua dah mandi air suam-suam kuku rupenye pagi tadi! ~sob! sob!

ya.. itulah kisah rumah tiada air hanya kerana pam air punye automator rosak.

pengajaran:

- air sejuk pon kami mandi juga. tidak seperti kamu, adek.

Wednesday, April 01, 2009

Aktiviti siang hari

adek, ikah, miah n akim...


kali ini akak mahu menjeleskan kamu2 pula. pada hari yg tidak perlu disebutkan tarikhnye, akak dan kamil telah outing together2. dgn kereta akak yg berhabuk lagi kurang berkilat itu kami memulakan perjalanan ke JJ AU2. (ye adek.. suda ada JJ baru yg terletak di AU2). sengaja lah mengajak kamil kerana hanya dia ada di rumah. sampai sahaja di JJ, kami terus sopeng (baca:shopping).


setelah membeli dua helai seluar untuk akak, kami pergi makan pula. walaupon hanya di food court, tetapi kami dapat makan/minum ice blended mocha dan cappuchino yg sedap zangat! (ini tahap yg lebih tinggi dari 'sangat' kononnye). setelah itu kami pulang... oh tidak! kami masih mahu bersopeng-sopengan dgn gumbira.


maka kami naik semula ke tempat pakaian dan memilih sehelai seluar untuk kamil yg discountnye hanya 20%. puas sudah akak menyuruh kamil memilih yg diskaun 50% ke, 70% ke.. tetapi seluar itu juga yg berjaya menawan hatinya. maka... akak bayarkan sahajalah dgn harapan kamil akan terus berkhidmat sebagai pembuat air, pengambil barang, peneman sopeng dll kepada akak selepas ini. (ye.. mungkin ada gaya seorang kakak yg kurang ikhlas. ngehngeh!)


kami tidak berhenti di situ. sebelum membayar seluar kamil, kami mencabar diri kami untuk mencari sekeping seluar jeans untuk akak. jadi kami pergi ke bahagian *toot* dan mencari2 seluar jeans dan alangkah indahnya duit kerana kami berjaya menghadapi cabaran yang disebutkan tadi. akak sudah ada sekeping seluar jeans yg muat dan tidak pula ketat atau terlalu longgar. 'tetapi jenama ape ye?' kata hati adik2ku... iaitulah:


kah!kah!kah! (gelak itu tiga harkat sahaja ye). takdela jenama baby kiko, tetapi kiko jeans. ha!ha!ha!

pengajaran:

- masih ada seluar jeans untuk akak yang comel ini

- tidak perlu jeles ye miah walaupon anda tidak dibenarkan meminjam... (muahaha! gelak evil)

- kamil perlu terus berkhidmat dgn solehnye kepada kakak yg comel ini.

Takde ke gambar kita?

Gambar kita adek-beradek?

untuk membuang masa di ofis sebentar tadi, akak cuba mencari gambar kita adik-beradik. carik di blog abang kerel, adik, ikah, kamil... suma pon takde. kita dah lama sgt ke tak ambil gambar full adek-beradek? kononnye mahu mengisi post ini dgn gambar. tapi bukan ke kita ada amek masa adek nak balik aritu? kat mana ek? penuh persoalan...???

tapi dalam mencarik2 tadi terjumpa pulak gambar2 best untuk diletakkan di sini:


akim n kamil menyayangi satu sama lain (haha!)


akim astronot berjaya


miah rabbit tersesat.. tapi adalaa comel sedikit.


kamil si blonde...

bukankah kamu adik2 yg comel lagi busuk? awwww!

Kenapa rumah kita takde kucing?

meh kita sama-sama tengok apsal umah kita takde kucing yg dibela. kucing yg suka masuk ikut tingkap kat tempat gosok kain itu tak dikira okeh. dan kamil, tolong selalu check tingkap tuh make sure tutup. menyampah dia tido di atas kain2 yg dah penat2 bibik basuh..


nih konon2 buat muka kesian dan tak bersalah lepas BO merata-rata


pastu nanti kucing tuh selalu sakit jantung dgr bunyi DOTA yg kamil ngan akim main


then asek la kena bagi dia makan jek. kalau dia nak tolong makan tikus2 yg lari kat atas siling tuh takpe gak!


pastu dia takmo mandi sama ngan akim yg busuk ituh


last skali dia nanti sure gaduh ngan kucing yg suka masuk ikut tingkap atas tempat gosok baju itu. berebut nak baring atas kain yg bersih dah dilipat oleh bibik.

dan ultimate reason:



alaa.. takkan tatau sume adek bradek kita manja-sensitif-allergic-asthma-eczema. lagi mau tanya! WEML.

Aktiviti larut malam...


adik,

kitorang nak jeleskan ko dgn aktiviti malam kami.. iaitulah bermain saidina sambil gelak ketawa gonggreng dan minum air sirap-manis-sedap-sejuk-penuhais abang farid buat. ye! sgt menyeronokkan apabila kami berjaya mengalihkan pandangan hakim supaya dia tidak perasan pon kami menyinggah di rumah dia yang bersepah2 lagi mahal itu. bukan sekali atau dua, malah semua pemain berjaya untuk tidak membayar riban2 kepada hakim kerana beliau sgt sebok menyanyi lagu muhammad ali "sting like a bee" sambil baring gonyeh2 mata dan melompat2 girang dan gila. hahahah! nanti bolehlah minta beliau menyanyikan semula jika beliau ada mood.

hampir ke penghujung permainan, hakim sudah sedar dirinya dipermainkan oleh abang2 dan kakak2 nye. maka dia mula buat muka sedih-cembeng lagi mahu menangis ala muka ko masa kecik bila 'jadi' masa main kejar2 atau main nyorok2. sgt menyedihkan tapi kami ketawa guling-gulingan. terbuktilah kami mmg hebat! (yaa.. kamil dan abang farid cuba mempolitikwangkan permainan tapi kurang berjaya. oh mungkin kamil berjaya sedikit kerana berjaya pinjam duit hakim dgn ganjaran kamil akan memberitahu hakim jika ada pemain yg singgah lagi di tanah beliau. alangkah sedihnye hakim apabila mengetahui pemain yg tak bayar last sekali adalah kamil juga!

apabila jam menghampiri pukul 10 semua sudah penat. air sirap sudah habis. mata dah memberat. semua pemain telah berjaya skip dari bayar hakim (haha!) maka kami tamatkan permainan yg dimenangi oleh hakim itu! (ye dia menang besar walaupon kami tidak membayarnye)

Pengajaran:
- jangan main tipu nanti kalah
- hakim nyanyi 'sting like a bee' agak2 sedapla...
- mirah hanya penonton walaupon pada awalnya dia main kemudian diganti dgn kakakmu kerana beliau mahu study kerana ada ujian di esok harinye.
- kamil dan abang farid berpolitikwang-yg-tak-terer

wahai adik2 ku

okeh korang, now akak dah revamp this blog and this will be the blog that you can read okeh. yg blog lain, lantak pi lah keh. special nih siap tukar blog address kepada: www.blogkakaksaya.blogspot.com

so kalau nak tau perkembangan kakak comel korang nih silalah datang ke www.blogkakaksaya.blogspot.com