Friday, May 29, 2009

I'm back!

yela.. yela.. akak update la nih. selepas seminggu penuh di brisbane, banyak yang akak still nak kena adjust:

  • Dgn cuaca malaysia nih. panas sangat! masa akak kat sana, suhu waktu siang lebih kurang 22 ke 24 deg Celcius. (mirah dgn akim dah belaja pasal temperature ke?) pastu waktu malam dlm 18-2-deg C. balik umah terus 30 deg C! macam yang akak citer pada mirah, hidung akak berdarah malam lepas balik umah tu.. huhu!
  • Pastu time table tido pon lari2 sket. kol 10malam macam dah ngantuk sangat sebab kat Brisbane dah kol 12. tapi pagi bangun kol 5pagi segar2 pulak sebab kat sana dah kol 7 pagi. tapi mirah pon pagi tadi terjaga kol 5 jugak kan.. pastu tido balik and terlambat bangun (tapi takla lambat sangat) nak pegi sekolah.. hehehe! boleh la mirah pon duduk kat Brisbane kan mirah kan!

okay, meh akak tunjukkan tempat2 best yang akak pegi masa kat sana pada korang supaya ayor liyor meleleh sebab jeles nak pegi jugak. muahahah!

 

Tempat pertama ialah: MOvie WOrld



Ala… tapi takyah la jeles. Sebabnye, akak tangkap gambar kat luar jek nih. Nak jimat duit, tak masuk pon Movie World. :p

Tempat kedua: North Stradbroke Island

Yang nih pulak pulau yang kena naik ferry nak sampai sana. Masa korang datang Brisbane dulu tak sempat nak pegi kan. 






Cantikkan tempat nih? Kalau pegi masa bulan September ke oktober ke nanti boleh tengok dolphin banyak-banyak dan ikan paus. So, kalau ayah nak bawak pegi jalan Brisbane, kita plan pegi bulan 10 nak? J

 

Tempat yang ketiga: Byron Bay, NSW

Masa nak pegi tempat nih, ada la banjior  sket. Tapi naseb baikla kat atas jalan tak teruk sangat. So, akak, abang farid dan kawan-kawan akak yang comel bernama Izy dan Nurul pon berjayalah sampai ke Byron Bay nih. Dia ada satu rumah api (haritu akak lupa apa rumah api dalam English, akak sebut Fire house! Hahaha! Lepas tu baru abang farid ckp, Light House daaaa :p) yang cantik terletak di tempat yang paling timur di tanah Australia ni.








Cukuplah dulu dengan tiga tempat yang best ini untuk membuatkan adik-adikku sekalian iri hati. He!he!he!

 

Fakta rawak

Iaitu sama dengan Random facts. sementara akak bermasalah nak siapkan entry pegi Brisbane, mehla akak buat iklan selingan dengan fakta2 rawak yang akak dapat dari "Libra" (atau dikenali sebagai Virgo oleh ikah ha!ha!ha! ia adalah teman kepada wanita di masa-masa kritikal)
 
Fakta 1: Kanak-kanak berumur 6 tahun ketawa secara purata sebanyak 300 kali sehari. Orang dewasa ketawa 15-100 kali sahaja sehari. - makin tua, makin orang jadi serius la plak kan. lagi satu maybe sebab budak kecik gelak comel... orang tua kang ada gigi-gigi tak cukup ke ape, nampak bughok benor le pulak gelak2. ha!ha!ha!
 
Fakta 2: Oyster (tiram ke dalam bahasa malaysia? lupa la plak) selalunya mempunyai dua jantina. Pada permulaan hidupnya, oyster adalah jantan (male), kemudian dia akan berubah menjadi betina (female). dia juga boleh berubah2 jadi jantan dan betina banyak kali sepanjang hidup. - wahla.. transformer+nyah = transfonyah. tapi apa ciri2 oyster betina/jantan? tapi kalau orang ada yang macam ni boleh konpius kita semua.
 
Fakta 3: Suhu terpanas yang pernah direkodkan ialah 57.78 deg pada 13 September 1992 di Azizia, Libya. - jadinye, setakat panas kat Malaysia nih takdela panas sangat pon kan.. bersyukurla adik-adikku sekalian. janganla on aircond kat rumah tu 24 jam. bukan korang nak tolong bayar bil pon! pastu ais dlm peti ais tuh kalo dah nak habeh korang makan, tolongla top up okeh! kalo tak akak anta korang pegi melancong ke Libya... hahaha!
 
Sekianlah iklan tajaan Libra a.k.a Virgo. :p

Thursday, May 14, 2009

POYO

hehe! nih memang post yang tak ilmiah langsung. sekadar ingin eksyen dengan kamil.

 

Yes kamil, akak punye blog hit 1000 dah! (since 1st April 2009)

 


Wednesday, May 13, 2009

Tips menjadi Pengerusi Majlis (MC)

Dr Azzam & Dr Roslan by norzafry.

(hemsem kan? hehe.. bukan yang pakai kot brown/grey tuh... yang pegang beg hitam merah tu laaaa... hehehehhe!)

 

okeh. gambar di atas tiada kena mengena dengan topik perbincangan akak pada hari ini. gambar sebagai hiasan. akak sebenarnye nak pastikan memori akak sebagai pengerusi majlis masa KBAZ nih ada dalam blog ni. so, akak pon rasa nak tulis la tips-tips yang akak dapat masa nak jadi MC nih kan. jadi, dengan segala hormatnya, dipersilakan akak untuk menaip:

  • Tips 1: Untuk hilangkan gabrak, sila tido lewat sebelum hari kejadian.
    • kenapa? sebab bila ngantuk, tak sempat nak gabrak okeh. memang mata terkedip2, eye bag tak yah ckpla kan, nguap kena cover tutup mulut tapi sambil kena maintain hidung tak kembang sangat, kena buat2 tengah fokus dekat kertas skrip kat belakang rostrum tuh siap letak tangan kat dahi ala-ala tension padahal tengah lelap kejap. Jadi dengan keadaan begini, tak teringat la plak nak gabrak tengah diri depan 3000 orang dalam Dewan Merdeka tuh kan.
  • Tips 2: Gunakan komputer/laptop untuk skrip ape nak cakap.
    • Kalau guna kertas, nanti kelam kabut especially kalau ada tukar-tukar waktu la, tukar program la, terlupa nak tulis kertas tuh page berapa, kertas jatuh atas lantai pastu berterabur plak. haaa! kan susah! kertas kalo nak bawak jugak boleh.. tapi sekadar untuk kes di atas, nak cover ngantuk punye hal ye. ha!ha!ha! jadi gunakan laptop. lagipon nampak macam technology-savvy sket kan. nak tukar timing ke, nak tambah pengumuman takut lupa ke, nak main solitaire kejap ke (ha!ha! tapi yang ni akak tak buat okeh. kalau akim, maybe tak bolehla main Dota plak sbb dota perang2 dan susah takde mouse)
  • Tips 3: Berlatih sebut apa yang dah ada dalam skrip
    • Practice! practice! practice! ni memang penting especially kalau nama VIP yang nak sebut dalam kata-kata aluan tuh. silap besar la kan kalo tersalah sebut. contoh akak kena berlatih sebut Sahibus Samahah entah berapa puluh kali supaya tak terbelit lidah bersama dgn partner MC, Kak Syida.
  • Tips 4: Senyum... senyum... senyum...  
    • senyum ikutla keadaan. janganla dari Assalamualaikum sampai wabillahi taufik walhidayah senyummmmmmmm je memanjang. kang orang ingat senyum tak ikhlas. pastu nanti pipi lenguh tau senyum lama-lama. tapi dalam teknik komunikasi pon elok senyum macam masa jawab telefon, macam jadi DJ radio, macam jadi pengacara TV. so jadi pengacara majlis pon kena laa senyum jugak. nampak mesra sket. kalo tak nanti bila abeh majlis orang asek tegur, apesal garang sgt muka? heheh Auuumm!
  • Tips 5: Sebut perkataan dengan jelas, jangan laju sangat macam bullet train
    • yang ni pon kena prektis jugak. sebut satu-satu sebabnya jadi pengerusi majlis pon banyak nak kena bagi arahan kepada peserta. kalau tak jelas, nanti kita suruh orang pegi ke kiri tapi semua pegi kanan, pastu jem kat pintu. lepas tu kalau cakap macam 'telan perkataan' pon orang langsung tak paham ape yang kita cakap. nanti buat lawak, orang tak dengar pastu tak gelak, tapi kita tergelak sorang2 kan malu tuh! hehehe! sangat LAME okeh! so berlatih sebut perkataan sambil relax. dengar sendiri perkataan tu dalam telinga kita (sila korek telinga ye.. takut suara sendiri pon macam tak dengar plak :p)

Okeh. itu saja yang akak nak share hari ni. terimalah juga beberapa gambar KBAZ untuk kenang-kenangan... :)

 

Prep by norzafry.

para petugas siapkan bahan nak masukkan dalam beg

 

Dr Azzam Tamimi by norzafry.

Dr. Azzam Tamimi

 

Dr Mohsen & Dr Azzam by norzafry.

Dr. Azzam Tamimi dan Dr. Mohsen Soleh relax2 minum kopi before masuk

 

Dr Azzam & Dr Juanda by norzafry.

Dr Azzam dengan SAHIBUS SAMAHAH Dr. Juanda Jaya, Mufti Negeri Perlis (haaa yang nama nihla dok practice banyak kali tuh!)


Monday, May 11, 2009

Akim!

Happy birthday! dah 10 tahun dah kan?? umurnye dah besor. tapi perangai macam baby!

 

dah.. jangan ngada-ngada lagi. sila jadi budak yang baik mcm kakak2 dan abang2.

 

main game DOTA tuh tak elok sebenarnye. takyahla asek nak main game tu.

 

akim kena dapat nombor satu dulu waktu periksa, baru dapat hadiah.... (dari sekolah... hahaha!)..

 

okeh.. selamat hari jadi lagi skali!


Sunday, May 10, 2009

hari mak...


Mak ke na tengok ni! :)


 

Mak, we love you so much!

p/s: tima kaseh to ikah yang susah2 buat pastu kitorang copy jek. eheheheh!

Saturday, May 09, 2009

oh don't be jealous!

Dr. Azzam Tamimi on screen. view from MC's rostrum


Partner in crime! =D

MC's and the VIP's liaison officers. hubby n wifey! hehe! bersama VVIP Dr Azzam Tamimi (palestinian now in London) and Dr Mohsen Soleh (Palestinian in Lebanon)

Wednesday, May 06, 2009

Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg

Dey! apa akak buat tajuk macam merapu-rapu dah ni. sudah gila ke akak? atau terlalu stress? atau menghadapai masalah dalaman?
mungkin itulah yang difikirkan oleh adik-adik akak yang tengah baca blog ni. akak tak gila! akak tak ada masalah mental! akak cuma nak kenalkan nama salah sebuah tasik di Amerika. serius! sangat sangat serius!
kalau tak percaya boleh klik di sini atau di sini. walaupon tak de description atau gambar tentang tasik ini, tapi terbukti la kewujudannya. sampaikan surat khabar di Malaysia pon ada artikel tentang tasik ni:
---------------------------

Nama unik tarik pelancong

Tasik chargoggagoggmanchauggagoggchaubu-naguhgamaugg , itulah nama sebuah tasik yang terletak di pekan webster, massachusetts, Amerika Syarikat. Tasik ini yang mempunyai keluasan 1,442 ekar telah diambil namanya dari bahasa puak Red Indian, Nipmuc yang dikatakan bermaksud "tempat memancing di kawasan sempadan".
Namun terdapat pelbagai versi dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud "Awak memancing di sebelah awak, saya memancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah".
----------------------------
Itulah sahaja kemaskini akak di dalam blog pada hari ini.
Pengajaran:
  • bila akak taip perkataan yang korang taktau, janganla terus menganggap akak merapu. akak ni seorang yang tidak suka merapu... (ecceehh!)
  • nama nih boleh bagi kepada adik angkat kita dalam akuarium ayah tu. cuba mirah ke akim ke pegi depan akuarium pastu sebut ni kepada ikan paling besar yg ada: Morning Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg!
  • selamat berjaya mencuba untuk menyebut perkataan ini.

Monday, May 04, 2009

Al-Fatihah...

Makluman kepada adik dan abang yang di kejauhan...
 
Pak Long meninggal pagi tadi di IJN. last 2 weeks lebih kurang, paklong ada masuk IJN. siap kena resuscitate dgn yg machine nak gegarkan jantung tuh. then the next day doctor bleh bagi balik. semalam Paklong masuk balik IJN. tau-tau pagi ni dah takde.
 
(T_T). Bacalah Al-Quran dan hadiahkan pahala kepada PakLong...

Sunday, May 03, 2009

Hasil seni

Mirah meminjam telefon abg farid dan menggunakannya untuk menunjuk-nunjuk bakat seninya:


Hari yang indah tapi ada dua bunga je kembang!


Kakak saya dia perasan cantik. menurut mirah ini adalah gambar ikah. ha!ha!ha!


Ni mirah memang jahat la kan. dahla guna phone abang farid, pastu kutuk tuan dia plak! ish ish ishhhhh...


Kat bawah ni pula gambar-gambar diambil secara rawak (random pics) untuk ape yang berlaku di rumah dlm minggu ini:
ikan terkejut tengok muka dua budak yang sangat tak bleh blah!


Cuba tengok betul-betul gambar nih. ikan-ikan dalam akuarium ada masalah sosial. seekor je yang di sebelah kanan. yang lain semua di sebelah kiri. mungkinkah yang seekor itu kaki buli? sampah masyarakat? ketua mafia?


Do not disturb! ayah at work. sila main jauh-jauh!

Geografi?

Akak tengah pegang globe yang kecil, kemudian menyuruh akim mencari tempat-tempat tertentu:

Akak: Akim, cuba cari venezuela..

Akim: kat Eropah kan?

Hahahahhahaha...............