Thursday, December 31, 2009
Amurah
tuh nama amirah yg typo di website YIK untuk result sapa yang dapat masuk skola2 under dia. anyway, nak mengucapkan tahniah dan selamat berjaya (sangat cliche ucapan ni).
bila tgk kat website tu, mirah dapat masuk MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH.
p/s: mu jadi oghe kelate miroh! mek kelate comey2.. tapi mu dop comey.
*ngehngehngeh.. cubaan sgt lame untuk bercakap dlm bahasa kelantan. kepada orang kelantan.. harap maaf salah silap. :p
Wednesday, December 30, 2009
al-kisah lutut

Lalu kepala lututnya membuat larian dari tempat yang asal.. bukan larian setempat.
Jejaka hensem jatuh ke tanah.. aduh!
Oh kasihan.. oh kasihan... aduh kasihan...
Begitulah alkisah yang menyebabkan jejaka hensem terpaksa menjalani rawatan dan pembedahan minggu depan.
Marilah sama-sama doakan lutut jejaka hensem akan kembali sihat. Amiin... :)
p/s: Cerita ini hanyalah gambaran dan mungkin lari sedikit dari kisah sebenar. sebarang penambahan dan penolakan.. biarkan...
Monday, December 28, 2009
to study or to...
lagi seminggu dah nak masuk tahun 2010. lagi 22 hari lagi akak dah nak start belaja. tapi lagi 9 hari abang farid nak kena operate. macam ada feel malas pulak akak nak pegi belaja ni. nanti sian abang nak melalui post-op tanpa akak di sisi.. (cecewah!)
how ley?
Thursday, December 10, 2009
The Big FIVE! HI-5!
Tuesday, December 08, 2009
welcome back!... to me
- bulan 10 akak pegi team building untuk Production Technologist atau nama glemer nye PTech. buat kat PD, Thi*stle. Pergi sana drive sendiri dan seperti yang diketahui ramai, akak tidak suka mengikut hadlaju yang telah ditetapkan. maka, semalam sewaktu abang farid mengecheck saman melalui SMS, maka terkantoilah ada satu saman yang bertarikh hari tersebut. kehkehkeh! tapi actually dah cerita la awal2 kat abang farid yang speeding then ada incik polis nyorok bawah flyover bersama kameranya. tapi semalam sewaktu abang bertanya tentang apa yang kami buat pada hari berkenaan, buat-buat lupa pula apa yang berlaku.
- nasib baik lepas balik dari TB tuh barula orang dok bercerita-ceriti seram tentang hotel tersebut.. ngehngeh..
- akak punye application untuk membuat Master sudah hampir berjaya. offer letter dari UTP dah dapat. ni tengah tunggu apa cerita tentang sponsor... mana lagi kalau bukan company sendiri kan. jadi adik-adik... akak akan jadi warga pelajar semula! yehhaaaa! abehla bertambah bond dengan ini company.
- bulan 11 akak pegi team building lagi. *sure orang cakap ape nih asek pegi team building je.. bila buat keje nye? ahahaha* kat PD jugak tapi hotel lain.. Avill*ion Cove. nasib bukan hotel yang sama. sebab kalau sama, kali ni pergi dengan extra story di dalam minda. bahaya! hehe sebab biasanya 'it's all in your mind' kan. jadi pegi gronggreng kat sana. okayla tapi lelah datang lagi. (macam dalam iklan plak.. TORA datang lagi dengan pistol air)
itulah saja update untuk dua bulan.. ahhahahah! (kakak yang malas nak update)
Tuesday, September 29, 2009
kenapa mesti sama?
- bila dah lama tak menulis, penulis akan mintak maaf kepada pembaca sambil membuat gaya tiup-tiup sawang. perlu ke mintak maaf? terasa kah pembaca bila penulis tidak menulis? dan yang paling menarik, blog boleh bersawang ke? hahaha!
- hampir semua penulis pernah menulis 'tag'. yang rajin tu ada yang buat sampai berpuluh-puluh soalan. yang malas tu dia pilih je mana yang dia nak. yang lagi best, dia tak kena tag pon dia nak jugak buat tag tu dengan men'tag' diri sendiri. hehe...
- topik-topik penulisan semuanya ada trend. dan boleh diagak. bila musim exam, penulis (yg pelajarla) akan tulis pasal time table exam nye.. pasal stress nak habiskan topik. bila musim raya, semua cerita pasal raya dari persiapan sampai la gambar makan ape. tak percaya cuba tengok list blog yang updated kat sebelah ni...
kenapa akak tulis pasal ni??
sebab akak taknak tulis pasal raya dah.
sebab akak takde gambar raya nak upload.
sebab akak baru menghabiskan aktiviti melompat blog.
sebab akak takde idea nak tulis tapi taknak blog ni bersawang dan nanti kena minta maaf kepada pembaca dan adik-adik serta peminat di mana jua anda berada.
ha!ha!ha!
Saturday, September 19, 2009
indahnya siri 2
Friday, September 18, 2009
indahnya
mood raya baru nak meresap dalam diri akak. mungkin sebab mirah dah bising-bising suruh buat cookies raya akak yg sedap tu. atau mungkin kerana beberapa KPI Ramadhan rasanya telah dicapai dengan agak baik. atau mungkin kerana menyambut hari kemenenangan ini sememangnya memberi vibe gembira kan. Rasulullah pon gembira juga di hari raya... hehe! meh kita tengok sket sirah dipetik dari blog ini:
Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).jadi... dikesempatan ini akak ingin mengucapkan Eid Mubarak (hari raya yang diberkati) kepada semua adik beradik terutama yang jauh seperti adek yang tak dapat beraya di rumah lagi tahun ini. sila nangis sedih2 mengalir airmata supaya rasa sadis tu lebih sket. nak pulak duit raya tak perlu diberi kepada adek.. fuuuh.. jimat! hahaha (gelak kejam).
Berkata Ummu Atiyah ra bermaksud, “Rasulullah saw mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam” … “wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud). Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah meminta dikalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dsb di pagi Raya janganlah sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya
kepada pengunjung-pengunjung blog ii, samaada yang setia, yang terjumpa, yang tersesat, maaf zahir dan batin kalau apa yang awak-awak baca menimbulkan rasa kurang senang. nanti akak akan menulis lagi. :p
Peringatan:
- Pagi-pagi raya tuh mandi la sunat EidulFitr.
- Pastu jangan lupa makan sket before pegi solat raya. kalau tak sempat sangat pon, sure ada punye kurma-kurma lebih dari bukak puasa yang tak abeh lagi tu. nabi dulu sebelum keluar solat raya dia makan kurma dulu tau.
- semua sila pegi solat raya even yang takboleh solat. pegila dengar khutbah raya tuh keh. takde alasan nak dok umah time solat raya. zaman nabi semua keluar... mehla ikut sunnahnya. :D
- bagi yang layak mendapat duit raya, sila jangan meminta2 pula apabila tuan rumah yang diziarahi tu mcm lupa nak bagi.
- akim, miah, kalo akak tak bagi duit raya bukan bermaksud akak tak sayang korang.. akak nak korang rasa camana orang kat Palestin ke kat Iraq ke, kat mana-mana la yang tak dapat duit raya tuh. derang boleh je gembira jugak di hari raya.. (dan dan tu jugakkk laa kan! :p)
- pastu bila ziarah-ziarah tuh, relax-relax la sket makan. taula baru lepas abeh puasa. takkan nak terus nak naikkan berat badan. kang jadi calon "the Biggest Loser Asia" pulak.
Monday, September 14, 2009
...
rasa bersalah untuk rasa gembira dengan raya yg dah nak dekat
sebab belum puas dengan Ramadhan
tapi suasana sekeliling menyukarkan lagi keadaan
orang di pejabat dah mula pasang lagu raya kuat-kuat
lampu liplap dah memenuhi ruang
kad-kad ucapan bergantung-gantung bersama ketupat plastik
semua bercerita tentang plan raya, kuih raya, baju raya...
Ramadhan.. tolong jangan pergi! |
Saturday, September 12, 2009
911 !!!
akak: Ayah, Happy 53rd birthday! Ke 54 sebenarnye? heheayah: 35. tqvmakak: Oh! u look older than ur age... esp the tummyayah: Mirage je tu. Adjust your glasses.akak: Yela yela... tgh tunggu duit saman ni. nak beli spec baru. nanti baru nampak ayah 35++