Wednesday, January 27, 2010

Alam yang indah...


Rahmat yang Esa.

Akak sangat tak sangka akak boleh rasa teruja di dalam kelas GeoScience setakat ni. ingatkan akan tertidur-tidur, walaupon ada lah juga beberapa minit dihabiskan dengan membelek telefon bimbit mahupon ipod kesayangan. Tapi selebihnya memang menarik lah. Fakta-fakta yang mengujakan:

1) berjuta-juta tahun dulu, India adalah dekat antartika. bersama dengan australia. kemudian Indian continent bergerak dan melanggar Eurasia continent dan impaknya membentuk pergunungan Himalaya. kalau yang tak tau, Himalaya tuh la tempat Gunung Everest.


2) Diamond dalam bahasa Melayu ialah Berlian. Sebenarnya perkataan berlian datang dari perkataan Brilliant. ini disebabkan potongan berlian bentuk di bawah adalh dipanggil Brilliant cut. orang melayu cakap.. brilliant.. brillian... berilian.. berlian! ahahahhaa!


ini sudah tentulah perkara sejuk untuk masakini! Cool!

No comments: