Perkara sejuk (cool stuff):
- kelas pagi akak dibatalkan kerana pensyarah menghadiri mesyuarat. maka kelas bermula jam 2 petang. Cool!
- setiap waktu rehat (minum pagi dan petang) makanan disediakan. pagi tadi makan bihun goreng. petang pula kuih-muih. Cool!
- kelas petang bermula lebih kurang jam 2.30ptg dan tamat jam 3.45 ptg. Cool!
- hujan agak lebat setelah tiba di bilik menyebabkan bilik terasa sejuk sedikit dan sesuai untuk tido.. eh berehat! Cool!
Perkara yang tidak berapa sejuk (Not-So-Cool NSC):
- kepanasan di sini menyebabkan kadar berpeluh meningkat 400% dan merimaskan. NSC!
- perpeluhan juga menyebabkan pipi yang sangat jarang berjerawat ditumbuhi jerawat bagaikan pokok mangga di rumah yang dibajai baja yg bagus.. NSC!
- cuaca yang boleh berubah sesuka hatinya.. panas tak hengat pagi dan hujan lebat tak bleh blah di sebelah petang. panas semula di waktu malam. NSC!
p/s: bersyukurlah.. bersyukurlah...