Monday, August 30, 2010

so many things

  • baby comel *nama tak announce lagi* dah keluar dengan selamat pada hari nuzul Quran. baby nih memang saja dia nak overdue seminggu supaya dia lahir pada hari yang best. seronok tengok abang kerel struggling jaga baby. hehehe! dah pandai change diaper. belum pandai mandikan lagi. okayla.. itupon dah a big leap untuk abang kerel kan. *still macam tak percaya abang dah jadi ayah* =D
  • baby kaklang pon keluar in Ramadhan. elok2 je masuk 10 hari terakhir nih kan. pagi tadi dapat sms dan mms gambar baby. comel lebat rambut dia. muka sebijik sebijon abang dia ayunnuar. *lama tak guna sebijon! :p*
  • baby akak? takde la pulak lagi. dah seminggu demam-sakit kepala-muntah-demam-muntah lagi, 'it feels so right' (bak kata hubby habibi). too bad, test negative juga. does it hurt? oh test tuh of course la tak sakit langsung kan.. sakit hati tengok satu line? adalaa mencucuk sikit tapi it lasted for 5 minutes je kot. life goes on. try again! :p
  • abah (hubby's dad) di IJN now. hope everything went smoothly.. amiin....
  • penaat laa tak sehat nih. yup penat sakit especially bulan puasa. *come on.. positive vibes please!* apakata kita shopping online nak? untuk okaykan mood? muahahaha!
  • baca Quran daa..! (T_T) *tunduk insaf...*

Wednesday, August 25, 2010

chuggy chuggy

  • hafiyya babaya! hafiyna banana! itu cara glemer panggil irfan hafiy. kalau sebut je, sure dia carik akak@makngah comel. hehe.. coomellest! memang agak sunyi la rumah ni dah takde hafiy. sbb dia suka bebel-bebel macam umminye. kalau dia main senyap-senyap pon semuorang la nak tanya dia... " hafiy..! hafiy..! main ape tuh? senyap je.." macam laa dia dah pandai jawab kan. kalau sekali dia 'buat mata' semua pon kerumun la dia asking for more. memang mokcikpokcik dia semua nih jakun sket.. takde budak ketot kenot lain kan...
  • baby *nama panjang* abang still belum nak keluar. best sangat lah tuh dalam perut mama suhaila. or dia nak bagi mama dia manja lagi dengan papa kerel. bagi peluang makan sedap-sedap dulu before kena berpantang. dahla duduk prince court kan. memang sedap gila makanan kat situ. kalau nak bayar sendiri, mahal sangatla.
  • kembali kepada perkembangan puasa akak, alhamdulillah bertahan. sakit kepala still tak hilang lagi. paaaaling sakit bila nak sujud. rasa macam nak meletup je kepala berdenyut. pernah jadi macam ni tapi selalunya bila lepas naik flight international. tapi ni just demam n selsema haritu terus kena pulak. memang mintak maaf sangat kepada yang menjemput iftar2, tak dapat la nak tunaikan. segan pon ada takut terlepek kat umah orang kan. takkan nak jadi 'mem' tunggu orang buatkan air, hidangkan dan akak just makan kan. hehehe.
  • bila dah melepek saje duduk rumah tak larat nak keluar, aktiviti yang boleh dibuat pon jadi terhad. maka akak pon tiba-tiba terlibat dalam kegiatan berbahaya iaitu berbelanja secara atas talian (= online shopping :p). nasib baiklah memilih untuk membeli buku. best wooo! takyah pegi mana-mana, click-click, tiba-tiba satu hari ada surprise oleh pakcik posmen. dahla free shipping. harga bukunya kalau ditukar ke matawang ringgit, lebih kurang sama je dengan buku di kino ataupon borders ataupon mph. tapi sebab jimat dekat bab shipping, tenaga dan masa, lagi best beli buku online la. =D bagi yang tidak mengetahui, meh akak ajar step-by-step:
  1. Pergi ke website http://www.bookdepository.com ataupon http://www.bookdepository.co.uk
  2. Carik buku yang nak dibeli. boleh tahan banyak la pilihan.
  3. kemudian masukkan data yang diperlukan seperti nama, alamat, cara pembayaran, dan lain-lain.
  4. Tunggu buku sampai rumah. :)
  5. Jangan lupa bayar kad kredit.
kata tadi kegiatan berbahaya. lagi mahu promote kepada manusia lain. nih kes alang-alang terjebak, biar ajak berjemaah.. :p

Monday, August 23, 2010

Dibo Dibo Ding

sekarang sudah pukul 7.45pagi. perkembangan usaha akak untuk tidak tidur masih berjaya walaupon menguap macam hape saje. by the way, semalam akak memang sangat berjaya lah. tak tido langsung sampaila malam. dan semalam merupakan antara hari puasa paling bagus untuk akak. selain sakit kepala yang memang tak berhenti sangat lagi tu, akak okay. makanan tak keluar balik after masuk. solat tarawikh berjemaah. dapat main dengan hafiy lagi kejap-kejap. cuma bacaan Al-Quran yang sepatutnya 1.5 juzuk sehari je tak habeh semalam.

alaaaa..... hafiy dah nak balik ireland. flight 9pagi nih. budak ketot (nih onyang dia panggil.. etot.. oo etot) ni naik kapal terobang macam naik bas jek. ntah berapa kali dah. baru 9 bulan, dah lebih 10 kali kot.. dari Cork ke London ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar.. (ok..ok.. u get the picture right! :p). kita dulu, masa kecik, mana ada sukahati naik kabang kan. (kabang = kapal terbang versi akim masa kecik... bila nampak je, dia jerit: kabang! kabang! hehe comel je. tapi sekarang dah tak comel sebab hafiy yang comel ketot plak) hmm... rasanya first time akak naik ialah.... hmm.. pegi Medan kot. masa Form 1. satu family pergi. masa tu Mirah dalam perut mak lagi.

ingatkan nak letak gambar hafiy. tapi rasa malas plak nak pindahkan gambar. jadinya, sampai di sini dulu. didingbodiboding!

Sunday, August 22, 2010

ting tong!

harini adalah cubaan kedua untuk tak tido lepas subuh. hari pertama (semalam) berjaya stay sampai pukul 7 je, then terus lentok sebab tertido duduk. sapa suruh duduk atas katil kan? saaajee sangat la tuh! :p okay harini berjaya stay lagi... (sekarang pukul 7.30am) haha! kalau tertido pon, sekurang-kurangnya dah improve la kan by half an hour. :D hari ini lebih baik dari semalam...

kenapa cerita pasal tak tido lepas subuh plak nih? actually, akak baca somewhere tak ingat kat mana, kalau tak nak rasa lapar sangat masa puasa nih jangan tido lepas sahur atau subuh tuh. so rasa kenyang tuh lama sikit. badan harapnya boleh tahan lama tak rasa lapar la. semalam macam ada rasa improve la dari kelmarin. kelmarin, dahla baru nak baik demam kan, pastu pegi tido lepas subuh, bangun-bangun je dari tido tu terus rasa sangat lapar. bila sangat lapar di awal pagi, petang jadi apa? lunyai laa.. dahlaa hypoglycemic, so dah pening-pening, sakit kepala rasa mahu munt*h, buka je terus angin-angin plus acid2 suma keluarkan balik apa yang masuk.

semalam ada rasa better sikit tapi sebab kena sinus headache, maka sepanjang hari laa tak tenang sangat. so kita tengok harini macammana. dah ready siap-siap:
  • makan ubat antacid lepas sahur (before azan subuh laa ofkos..)
  • makan antibiotik (pinjam opah punye. :p)
  • makan panadol
  • tak minum sampai kembung sangat
  • tak tido lepas subuh. :)))
okay baru nak rasa ngantuk-ngantuk sikit. sabar.. sabar.. tunggu perut nih surut dulu baru boleh pikir tido. Rasulullah kan galakkan tido before zohor KEJAP je kan. ada orang tido dari lepas subuh sampai dah masuk zohor. haha!

Thursday, August 05, 2010

Poso

Masih belum recover sepenuhnya dari suspected food poisoning haritu. berangin-angin rasa badan just tak cukup kuat untuk keluarkan apa yang dah masuk perut. (euuw.. why am i talking about this??) dizzzzyy.. perkataan dizzy memang sesuai kan untuk memaksudkan pening. bila sebut atau taip dizzy terus rasa pusing-pusing.

haha! ape akak tulis nih? ntahla.. just risau tak fully recover nanti dah nak puasa. dan dah dapat agak dah what will happen bila puasa ikut pengalaman tahun ke tahun. ya Allah.. bagi kekuatan. for some people, puasa adalah sangat senang, but not for me. kalau dapat puasa penuh, leganya rasa. sebab puasa bulan Ramadhan dengan puasa ganti, saaaaangat lain feel nye. kalau lah time puasa Ramadhan yang penuh semangat dan sokongan tu akak tak berapa kuat, ape lagi puasa time semuorang tak puasa. (^_^)

another negative point, kelas diawalkan! every week ada sampai lah tatau bila. tapi akak tanak pegi masa bulan puasa. mana larat nak drive ke perak, ke kelas, be active in class masa tengah puasa? (tak buat lagi dah kata tak larat! ngehngeh..) i want my full time Ramadhan. focus. naseblaa.. howley?howley? can i just not go to that class?? i promise to study some other time. can meh? pweeesshhhh... pwettty pweeeshhh.. (sambil minum air glukosa perasa anggur.. yumms!)


Friday, July 30, 2010

abnormal?

yahoo! sudah start cuti. akak cuti bulan puasa sampai raya ke dua. takpelah tak raya lama, yang penting Ramadhan boleh fokus. fokus ibadah dan jaga kesihatan. :D hopefully tak payah minum glucose drink banyak-banyak time sahur dan buka sebab tak banyak heavy activity di siang hari. :)))

semalam masa berdating dengan hubby habibi, borak-boraklah pasal kehidupan dan masa depan. (perghh ayat! :p) antaranya borak tentang orang yang dah kawen, normalnya, settle down kat satu tempat. yang kami ni, tak settle-settle. nak kata baru kawen, ni dah tahun kelima! mana letak kepala, di situlah tido. di mana dihidang lauk, di situlah makan. di mana kami berdua, di situlah 'home'. hehe. tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.

menyambung cerita pasal settle down, normalnya, orang duduk awalnya rumah kecil. kemudian pindah ke yang besar sket. bila dah senang, duduk di rumah lagi besar. tapi kami pula ada beberapa pilihan. pernah duduk di flat, pernah merasa duduk rumah teres dua tingkat yang besar, pernah duduk rumah banglo mak ayah. at last kami nak duduk di rumah yang kecil, yang paling kecil antara pilihan yang ada. :p. terasa senang, tak payah pikir nak kemas sangat. tak perlu ruang besar untuk anak-anak berlari. tak perlu dapur besar, asal boleh masak sekali-sekala. tak perlu bilik yang banyak sebab nanti dibiarkan kosong, ada penghuni lain pula. hehe. tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.

berborak pula tentang masak-memasak. normalnya, isteri masak, hubby makan n komen sedap ke tak. tapi disebabkan kami masih berdua, rasa macam tak worth la nak masak (read: malas nak masak!). better habiskan masa bersama buat benda lain, baca buku ke, borak-borak ke. sekali, masa tengah borak tuh, akak cakap kat hubby "lama tak rasa masakan abang!" haha! tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.

abnormal kah kami? apa yang penting...? kami happy!


Wednesday, July 28, 2010

Pemuda dan waktu lapang

Busy sangat ke? or free sangat takde benda nak buat?

Mengapa isteri raja Aziz menggoda Nabi Yusuf a.s.?

Bacalah link nih:

Pemuda dan waktu lapang | ISMAWeb

Tuesday, July 27, 2010

Yessslah!

  1. Exam sudah tamat. score atau tidak, itu tidak penting. yang penting ilmu yang dipelajari... (awal2 dah ayat poyo keluar.. ish ish ish..)
  2. Ramadhan is coming! bleh ke nak puasa penuh lagi tahun ni? hehe. suka laa puasa penuh. tak payah pening-pening nak ganti.
  3. Nikmat yang biasanya orang dapat sebulan sekali, selalunya dah tak terasa nikmat. tapi untuk yang dapat setahun sekali? senyum syukur :D
tu intro dulu untuk list 3 perkara yang akak bersyukur. memang macam dah kurang idea menulis la pulak. mungkin sebab terlebey fokus untuk exam harituh tak recover lagi. walaupon akak tak kesah sangat dapat markah tinggi ke tak, tapi beloved hubby tak bagi pikir macam tuh. orang islam, kalau buat ape pon patutnye sungguh-sungguh. so kalau buat exam, study betul-betul supaya dapat A. tak boleh la buat pon dengan niat 'asal lulus cukup laaa'. kalau dah usaha tahap mega, tapi tak dapat jugak A, tuh syukur la jugak kan. mesti ada sebab tak dapat A tuh.. Niat salah kot, nak eksyen kat blog ke, nak dapat gaji tinggi ke balik keje nanti, dan lain-lain. *bila cakap pasal exam nih akan terasa muda la! macam jadi undergrad balik u.. :p*

Ramadhan.. cepat la datang! terasa sekarang macam iman punye level adalah rendah. kena gear up untuk rebut pahala bulan Ramadhan nih. semangat nih nak puasa, nak sedeqah, nak baca Quran dan macam-macam. nak monitor perkembangan amal, dah ada dah Apps QamarDeen. saje sangat laa kalau tak bersungguh jugak kan.

yang ketiga nih macam agak private sket. akak malas lah bercerita panjang. kepada yang tahu.. yesssslah! setahun sekali tu pon memang nikmat. =)))

Thursday, July 22, 2010

testing testing

Try update guna phone apps

Wednesday, July 14, 2010

itu kampung...

rindunya Brisbane!
rindu nak jalan di Great Court dan UQ seluruhnya,
rindu nak tengok jacaranda yang ungu,
rindu nak jaulah jauh-jauh ke Byron Bay, Sunshine Coast, Straddie, Springbrook etc,
rindu nak beramai2 ke Melbourne utk Winter Gath,
rindu nak jalan-jalan tepi Brisbane River,
rindu nak shopping di woolies, coles, Harbour Town,
rindu main roller coaster kat Dreamworld or Movie World,
rindu nak naik CityCat, Ferry dan train,
rindu nak solat di mana saja tanpa rasa pelik, (paling ingat is on the snow kat Mt. Baw Baw)
rindu suasana Bait Az-Zahra.
rindu mentelaah Muntalaq, usul 20, arkanul bai'ah bersama,
rindu usrah dalam bilik library yang dibook berlainan nama (sebab limited time utk sorang),
rindu lawatan daurah dari ustaz2 mahupon sahabiah hebat,
rindu qiyam2 di rumah kakak2... (kak shima, kak su, kak asma..)

andai boleh diputar masa ke masa dulu... I'll choose when we were in Brisbane.