Friday, July 30, 2010

abnormal?

yahoo! sudah start cuti. akak cuti bulan puasa sampai raya ke dua. takpelah tak raya lama, yang penting Ramadhan boleh fokus. fokus ibadah dan jaga kesihatan. :D hopefully tak payah minum glucose drink banyak-banyak time sahur dan buka sebab tak banyak heavy activity di siang hari. :)))

semalam masa berdating dengan hubby habibi, borak-boraklah pasal kehidupan dan masa depan. (perghh ayat! :p) antaranya borak tentang orang yang dah kawen, normalnya, settle down kat satu tempat. yang kami ni, tak settle-settle. nak kata baru kawen, ni dah tahun kelima! mana letak kepala, di situlah tido. di mana dihidang lauk, di situlah makan. di mana kami berdua, di situlah 'home'. hehe. tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.

menyambung cerita pasal settle down, normalnya, orang duduk awalnya rumah kecil. kemudian pindah ke yang besar sket. bila dah senang, duduk di rumah lagi besar. tapi kami pula ada beberapa pilihan. pernah duduk di flat, pernah merasa duduk rumah teres dua tingkat yang besar, pernah duduk rumah banglo mak ayah. at last kami nak duduk di rumah yang kecil, yang paling kecil antara pilihan yang ada. :p. terasa senang, tak payah pikir nak kemas sangat. tak perlu ruang besar untuk anak-anak berlari. tak perlu dapur besar, asal boleh masak sekali-sekala. tak perlu bilik yang banyak sebab nanti dibiarkan kosong, ada penghuni lain pula. hehe. tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.

berborak pula tentang masak-memasak. normalnya, isteri masak, hubby makan n komen sedap ke tak. tapi disebabkan kami masih berdua, rasa macam tak worth la nak masak (read: malas nak masak!). better habiskan masa bersama buat benda lain, baca buku ke, borak-borak ke. sekali, masa tengah borak tuh, akak cakap kat hubby "lama tak rasa masakan abang!" haha! tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.

abnormal kah kami? apa yang penting...? kami happy!


6 comments:

Hauri said...

so sweet~

radhiahsyahida said...

yahoo akak da cuti!
bila nk wt halaqah lagi? ^^

nana said...

abnormal pun ape salahnye hehe asal bahagia dah...setuju, sy pun nk umah kecik sbb mls nk jg rmh beso, mls panjat tangga kejar budak2 haha...

awin rindu akak la.. kan dhiah kann said...

di mana kami berdua, di situlah 'home' = betul!!

izyanhamizah said...

abnormal yang comel.

che lin melb said...

takper kak... keluarga kami pun sama... tak tau bila akan boleh settle down... yg penting doa sangat2 dapat settle down same2 kat syurga nanti...