Wednesday, May 26, 2010

Ikiyya.. ke ikeyya?


cammana cara yang betul untuk sebut IKEA ek? hehe.. saje laa tanya. hmm... pilih yg guna 'e' lah.

tujuan sebenar? nak cerita hadiah besday yang dapat dari suami terchenta...

nak tahu apakah?






tentunya baucer (kenapa voucher dalam bahasa melayu jadi 'b'?) dari ikeyya!

habislah seronok sakan akak bila pergi ikeyya nanti...

terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada suamiku.

beliau memang kenal saya.. (padahal sure nak pecah otak dia nak pikir ape benda lagi laaa nak bagi kat minah nih..) (^_^)

Monday, May 24, 2010

Sedang gila...



yes.. cokelat! but spesifiknya Lindt Lindor...cokelat solid di luar, cair di dalam...
aaaaaaah.... sedapnye!!


dapat sebekas begini di I*setan. nih kes dah sangat teringin.

Dia bulat.. dia sedap!

tagline baru untuk Lindt. :p

p/s: sedang makan satu per satu sambil type sikit-sikit di blog ni...

p/p/s: kepada Awin.. jangan jeles!

Wednesday, May 19, 2010

Buktinya...

punyelah nak tunjuk tukar layout sangat senang sekarang.. bleh plak akak tukar lagi dengan template yang kedua tertinggi undiannye...

somehow macam yang ni je lagi soothing. takpe kita bleh try banyak kali nak ubah2 lagi... hehe!

Tuesday, May 18, 2010

Baru!

terima kasih atas undian anda.. blogkakaksaya kini berwajah baru... :) senang nye nak tukar template skarang ni.. dulu still kena amend2 html tuh. tapi kali ni macam eh.. dah? wahhh hepi2...

penukaran rupa dan wajah ni sempena umur dah naik satu lagi tahun.. owhhh nooo.. kenapa rasa macam penuaan sangat cepat? kulit yang dulu halus dan bersih macam telur dikupas (ecceeehhh.. macam hubby kak fatih punye ayat jek.. ).. sekarang dah macam tak best.

tapi maturity masih di tahap sama je rasanye. hehe.. macam kanak-kanak 17 tahun. :p

bagaimana akak menyambut hari pertambahan umur?
  • bangun pagi... lepas dah solat, makan cereal.
  • terrrtido balik ketika chat dengan hubby. (hahaha!)
  • pegi kelas dan jawab quiz.
  • balik kelas dan makan dengan Fiza. (rupe-rupenye mak Fiza adalah kawan mak & ayah di matriks dulu.. zaman kecil2 mereka.. comel kan?)
  • study2 sambil chat lagi dengan hubby... (nih kes sedih celebrate besday jauh2 lah nih...sian tak? )
  • tukar template blog
itulah setakat ni... macam tak semangat je kan?

come on happy feeling.. come to me..!! yehhhaaaaa!

Tuesday, May 11, 2010

blog skin

wohooo lama nye tak update. lebih sebulan. sebelum bercerita panjang, akak nak semua sila vote kulit mana yang paling sesuai untuk blog akak ni. dah boring dengan kulit sekarang. cara mengundi, sila undi di bahagian komen. undian dibuka sehingga ... sampai akak puas hati dengan undian.

A. Lazy Afternoon - http://fsabd91.blogspot.com/


C. Flowery Fringe - http://fsabd184.blogspot.com/

D. And by the Way - http://fsabd156.blogspot.com/

E. Tiffany's Sister - http://fsabd7.blogspot.com/

okeh?

Sunday, March 28, 2010

& more!!!


kegembiraan akak masih belum mahu berhenti. sebelum pulang ke jalan yang lurus (memang highway dia agak lurus laa kan), encik farid suami hensem tercinta memberi hadiah lagi. mari kita main kuiz dulu ya adik-adik... soalan mutiple choice. senang je.

Soalan: Keropok kentang apakah yang paling sedap?

A. Lay's

B. Mister Potato

C. Kettle Brand
Encik Farid yang baik hati telah belikan yang paling best di antara pilihan yang atas ni untuk akak. nyummm nyummmm!

p/s: pilih jela mana yang rasa best. kalau tak pernah rasa, siann.

What more??


sangat besttttttttttttt!

tak boleh nak berenti senyum harini. semalam my beloved sweet cute hubby datang buat surprise! nasib ada hint sejam sebelum. kalau tak akak dengan tak mandi petang lagi, dengan muka sememeh rajin study dengan Fiza, muka tuhla jumpa suami terchenta.

dah la datang secara surprise, membawa gifts besarrrr punye!! hati mana tak cair adek-adek oii.. (macam minah kecoh ape jek.. hehe) nak tau ape hadiahnye?


AIR COOOOOOLerrr!

Compact 4-in-1 Air Master

Model: ISB-993 (with remote control)

Power Rating: 220-240V 50Hz 70W
Water Consumption: About 0.5-0.6L / hour

Features:

1) Functions as cooler, purifier, ionizer and humidifier

2) Releases large number of negative ions for fresher air

3) Releases ozone which reduces odour & kills germs

4) Water curtain - delivers cooling air

5) Humidifies the air - prevents dry skin from cracking or peeling

6) Micro filter - Delivers dust-free air & reduces harmful allergens

7) With 7.5 hour timer and 3 wind mode / speed

8) Suitable for small office or bedroom

COOOOOOL tahap Takada! tido malam akak tidak akan terganggu lagi... sejuk dan nyaman. :p

Thursday, March 25, 2010

Tu me manques


Itu adalah "I miss you" dalam french. akak belaja french okeh dulu. (tapi still kena google jugak masa nak tulis nih.. dah lupa :p)

so, apa yang akak rindu sangat nih? minggu nih ada macam terlebih pulak sakit rumah (homesick) ni. lagi rajin belaja, lagi sakit.. apekah? takpelah. dah kata nak exam... buat la cara orang yang suka belaja last minute kan. maka, akak rindu lah benda2 (orang tak yah cakapla sape kan..) ni:

  • aircond! like seriously. sikit2 mesti cakap, eh mesti beli portable aircond ke aircooler keh. tapi bila pegi kedai mesti cancel beli. haha! gedis. dengan masalah pemanasan global nih, kat bilik pon berpeluh2 je. sungguh tak selesa. okeh abang farid, next time kita pegi kedai utk beli aircooler, sila beli je. jangan dengar omelan-omelan comel saya yang cuba mengatakan 'okey lagi rasanya takde aircooler tu. kita jimat je la duit.' pastu balik tronoh, ngade2 nak mesej2 kata" waaaa panas gila! nak aircooler!" gedis tahap cicakman. (selalu orang cakap tahap 'gaban' kan. budak skang dah tak tengok citer Gaban la.. so kena la tukar cicakman plak. paling kodi pon 'kapten boleh'! hahahah!)
untuk adik-adik yang tak tahu, ini lah gaban.

ini pula cicak man.
so mana lagi cool? (surelaaa gaban. tengok keretamotor dia tuh.)

  • free flow of ice: walaupon kat sini ada fridge jugak.. tapi tetap suka ice kat umah mak. sebabnye temperature dia lagi low dan ice sgt cepat beku, maka dia lagi rangup. bleh? hahaha.. aaahhh.. heavennye kalau dapat kunyah ice yang baru dlm 1mm ke 2 mm beku di bahagian atas tuh... krapp krupp krapp krupp. (konon2 bunyi kunyah ais)

  • bilik sendiri. hehe! almaklumlaa.. dok asrama katakan. kena share dengan orang. dah almost 5 tahun tak share2 cenni, (share dgn abg farid tak dikira laa kan..) adalaa rasa nak space sendiri tu. tapi nasib baik roommate cool.

  • internet yang tiada firewall. susah jugaklaa bila nak download kat scribd ke, 4shared ke, youtube ke.. sume tak boleh kat sini. rugilaa kalau ada e-book free kat 4shared dah jumpa, skali takleh download. kenaaa jugak tunggu balik umah.
itulah kisahnya homesick kali ini.

Sunday, March 21, 2010

bug

kakak sudah dapat study bug. maka akak rajin study sket kalau banding dengan bulan lepas. cececehh.. padahal sebab dah dekat nak exam. :p

abang farid pulak dapat flu bug. siannn dia kan.

okeh akak malas nak update plak skarang. tunggu la akak free sket okeh. akak kan tengah rajin belajar. hehehe

Wednesday, March 03, 2010

Must do it!




lihatlah gambar bekas pensel akak semasa belajar undergrad dulu. akak tak ingat la masa sekolah dah ada ke tak. rasanya masa di uni je. :).. comel kan?


NIKI
MUST DO IT

bekas pensel ni pastinya adalah imitation NIKE paling tak jadi. hahaha! kadang-kadang manusia ni memang suka tiru-tiru tapi ubah sikit2 sebab dah takde idea. sian kan? agak lame la... tapi akak yang guna pon terasa lame jugak. hehe.

maka, sekarang, untuk kali kedua belajar di universiti, akak telah membeli bekas pensel cool. takde lagi NIKI niki Must do it ke, have to do it ke. nih simple. kosong je. professional la sket kononnye! :p


berbackground kan kertas soalan past year yang sedang dibuat. hebat tak study? "wahlaaa... rajinnye akak!" *kata hati adik-adik busuk...