Who's the boss in your family?My wife is the boss, but I have the final word:"yes, ma'am."
Monday, June 29, 2009
who's the boss?
Birdie
Al Quran : (16) An Nahl : Ayat 79
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman. (QS. 16:79)
Al Quran : (67) Al Mulk : Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (QS. 67:19)
Saturday, June 27, 2009
dah besar dah dia!
Friday, June 26, 2009
nikmat
bila dah tiada, baru terasa. Hadith Rasulullah dah sebut:
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati". (HR Ahmad) boleh siap nyanyi skali dengan kumpulan Raihan. akak tengah sakit lidah dan mulut sebab ulcer. hilang nikmat sihat nak cakap-cakap dengan senang, nak makan dengan berselera, nak rasa selesa. sampaikan lunch tadi taktau nak makan apa yang paling kurang sakit. lantas, akak pon pergi ke kedai dan membeli sup ayam. pulang ke rumah, masukkan nasi ke dalam sup. yay! dah dapat nasi sup yang sedap. alhamdulillah. tapi bila dah makan dengan kenyang, akak mengantuk pula. nasiblah tak tertidur di rumah dan sempat sampai semula ke ofis pada jam 2.30. hampir-hampir juga terlelap bawak kereta. okeh ini bahaya! tiba-tiba teringat lagu wonderpets pula. Telefon, telefon berbunyi…
ada haiwan dalam bahaya!! (eh tapi akak bukan haiwan ye)
apa yang penting ?
Wonder Pets Wonder Pets…
Pengajaran:
|
Wednesday, June 24, 2009
War of ...
semalam, ketika di pejabat, jam menunjukkan jam hampir 4 petang. akak dah start merasakan kepenatan mengadap komputer dari pagi. tiba-tiba akak terbau macam ada benda yang hangit.. ada bau mcm gas bocor jugak. lama-lama makin kuat. kepenatan ditambah pulak dengan suasana berpusing-pusing pening. ada kebocoran gas ke kat menara ni? bahaya tuh! kang ada yang kena turun tangga dari berpuluh-puluh tingkat ni ke bawah. akak bangun dari tempat nak tengok2 ada tak orang lain yang perasan bau yang sangat tak best ni. keadaan pejabat mula kecoh... orang sudah tidak dapat memberikan konsentrasi kepada kerja lagi. nasib baik jam memang sudah hampir pukul 5. tiba-tiba, ada seorang rakan sepejabat menjerit,: "Weh! sapa makan durian sorok-sorok bawah meja nih??? semerbak satu ofis!" ceh! patutla dunia akak berpusing-pusing. maka, itulah sebabnya akak sampai awal di rumah. ada orang bikin perang sama akak dengan membawa durian ke pejabat! kalau dari pagi, memang akak amek MC la nampaknye. ha!ha!ha! |
Wednesday, June 17, 2009
Kenapa akak tak suka durian?
- akak nak bagi peluang adik-adik yg sangat gemarkan durian ni makan dengan tenang. kan best dah berkurang sorang untuk berebut durian tuh kan... kan dek kan? ko bleh abeh sebijik sorang-sorang lagi.. :p
- durian nih buah yang bermusim. so kalau la jadi favourite fruit akak, nanti sian abang farid nak kena carik selalu especially bila time takde musim dia. akak tanakla menyusahkan abang farid or sapa-sapa yang nak kena carikkan tuh.... :p
- bila dah bau buah durian tu nanti akak jadi pening dan hilang sleera makan. so akak akan jadi baik dan diam je. takde la nak marah-marah dan kenakan akim or mirah ke ape kan. takdela akak jerit-jerit suruh akim stop main dota ke, mintak tolong mirah amek itu ini ke, normal case, akak tido sebab dah pening. kan aman duinia korang kan? kan?
Monday, June 15, 2009
main jauh-jauh

Sunday, June 14, 2009
Aishah
- nama timangan Aisyah yang terkenal sebenarnya ialah "as-Siddiqah" iaitu 'perempuan yang berkata benar' atau "Bintus-Siddiq" which means 'anak gadis lelaki yang berkata benar'. anak Abu Bakar la kan. yg nickname "Humaira" 'yang kemerah-merahan' tu dia kata takde bukti sahih atau jelas. Nabi memang lagi suka panggil yang Bintus-Siddiq tu. maybe la nabi panggil Aisyah dgn panggilan Humaira tu sekali ke or time2 tertentu je kot. kalau dlm hadith2 tu selalunya ada sebut gelaran Aisyah is Ummu Abdillah. camana Aisyah dapat gelaran yang ni?
Gelaran 'Umm' dan 'Abu' adalah tanda kemuliaan dan kehormatan dalam masyarakat Arab.Gelaran ni sama dengan kuniyah. Umm untuk yang dah jadi ibu, Abu untuk yang dah jadi bapa. oleh sbb Aisyah takde anak, jadi dia takde gelaran tu.Satu hari Aishah berkata pada Nabi Muhammad, "Wahai Rasulullah, semua orang mempunyai kuniyah kecuali saya." Nabi bersimpati di atas kesedihan Aisyah lalu menyuruhnya memakai gelaran Ummu Abdillah. Abdullah adalah anak saudara Aisyah. Hadith ni dicatat oleh Abu Dawud dan Ahmad.
- okeh bleh jadi tag kepada tikah, adek, mirah n kamil untuk carik tokoh Islam yang berkait ngan nama korang. pastu buat entry yg cerita pasal tokoh tu. yay! akak dah buat. hehehe!
- bila kita dalam situasi yang sama dengan seseorang baru kita boleh rasa apa yang diorang rasa kan...
Friday, June 12, 2009
adek balik
Adek si gems suda sampai umah!! sila bagi laluan ye tuan-tuan dan puan-puan. laluan yang agak besar sket. hahaha! untuk memudahkan perjalanan kehidupan keluarga seperti biasa, akak mahu memberi sedikit penerangan kepada adek:
Makluman akan bertambah dari semasa ke semasa. harap berikan kerjasama. dan oh! ya kami mengalu-alukan kepulangan adek.. sila2 masuk buat macam umah sendiri. (jangan lupa basuh pinggan, masak lunch, lipat kain, vacuum karpet, dan lain-lain.)
|


