Tersebut lah kisah.. di suatu malam yang tak berapa tenang.
Seorang jejaka hensem telah pergi bermain bola tampar bersama teman-temannya.
Nak dijadikan cerita.. beliau telah menunjukkan kemahiran bermain yang sangat hebat pada malam tersebut.
Sohabat-sohabatnya kagum dengan skil yang ditunjukkan.. meng'spike' meng'set'.
Bagaikan ada percikan api apabila beliau meng'spike' memasuki kawasan lawan. HEBAT! (:p)
Kendatipun demikian.. (okeh mirah n akim, sila bukak kamus Dewan Edisi terbaru untuk tau apa maksud 'kendatipun' ye.. oh lupa.. ikah n kamil juga)
Pada lompatan terhebat beliau.. sungguh tinggi lompatannya.
Mahu meng'spike' bola tersebut ke kawasan pak arab di sebelah sana net.
Seorang pak arab di depan net juga melompat mahu menghalang. juga melompat tinggi.
Dengan bola yang tinggi di udara.. dan lompatan jejaka hensem dan pak arab berbadan besar itu...
Bola semakin mendekati tangan kedua-duanya...
Graviti semakin kuat menarik. dengan kiraan kelajuan (velocity.. betul ke kelajuan? haha. kamil sila tuliskan equationnya. ini soalan quiz Physics kamu) seperti dalam rajah di bawah..
Tiba-tiba.. lutut jejaka hensem yang masih di udara dilanggar si pak arab yang berbadan besar.
Lalu kepala lututnya membuat larian dari tempat yang asal.. bukan larian setempat.
Lalu kepala lututnya membuat larian dari tempat yang asal.. bukan larian setempat.
Jejaka hensem jatuh ke tanah.. aduh!
Oh kasihan.. oh kasihan... aduh kasihan...
Begitulah alkisah yang menyebabkan jejaka hensem terpaksa menjalani rawatan dan pembedahan minggu depan.
Marilah sama-sama doakan lutut jejaka hensem akan kembali sihat. Amiin... :)
p/s: Cerita ini hanyalah gambaran dan mungkin lari sedikit dari kisah sebenar. sebarang penambahan dan penolakan.. biarkan...
2 comments:
cant help lmao! kak aisha sgt kelakar okay!
bleh plak jejaka hensem cedera tapi nining gelak? :p
Post a Comment