mood raya baru nak meresap dalam diri akak. mungkin sebab mirah dah bising-bising suruh buat cookies raya akak yg sedap tu. atau mungkin kerana beberapa KPI Ramadhan rasanya telah dicapai dengan agak baik. atau mungkin kerana menyambut hari kemenenangan ini sememangnya memberi vibe gembira kan. Rasulullah pon gembira juga di hari raya... hehe! meh kita tengok sket sirah dipetik dari blog ini:
Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).jadi... dikesempatan ini akak ingin mengucapkan Eid Mubarak (hari raya yang diberkati) kepada semua adik beradik terutama yang jauh seperti adek yang tak dapat beraya di rumah lagi tahun ini. sila nangis sedih2 mengalir airmata supaya rasa sadis tu lebih sket. nak pulak duit raya tak perlu diberi kepada adek.. fuuuh.. jimat! hahaha (gelak kejam).
Berkata Ummu Atiyah ra bermaksud, “Rasulullah saw mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam” … “wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud). Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah meminta dikalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dsb di pagi Raya janganlah sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya
kepada pengunjung-pengunjung blog ii, samaada yang setia, yang terjumpa, yang tersesat, maaf zahir dan batin kalau apa yang awak-awak baca menimbulkan rasa kurang senang. nanti akak akan menulis lagi. :p
Peringatan:
- Pagi-pagi raya tuh mandi la sunat EidulFitr.
- Pastu jangan lupa makan sket before pegi solat raya. kalau tak sempat sangat pon, sure ada punye kurma-kurma lebih dari bukak puasa yang tak abeh lagi tu. nabi dulu sebelum keluar solat raya dia makan kurma dulu tau.
- semua sila pegi solat raya even yang takboleh solat. pegila dengar khutbah raya tuh keh. takde alasan nak dok umah time solat raya. zaman nabi semua keluar... mehla ikut sunnahnya. :D
- bagi yang layak mendapat duit raya, sila jangan meminta2 pula apabila tuan rumah yang diziarahi tu mcm lupa nak bagi.
- akim, miah, kalo akak tak bagi duit raya bukan bermaksud akak tak sayang korang.. akak nak korang rasa camana orang kat Palestin ke kat Iraq ke, kat mana-mana la yang tak dapat duit raya tuh. derang boleh je gembira jugak di hari raya.. (dan dan tu jugakkk laa kan! :p)
- pastu bila ziarah-ziarah tuh, relax-relax la sket makan. taula baru lepas abeh puasa. takkan nak terus nak naikkan berat badan. kang jadi calon "the Biggest Loser Asia" pulak.
No comments:
Post a Comment