Tuesday, February 23, 2010

Tiga perkara versi 3

setelah mendapat sokongan hangat dari padie, marilah akak meneruskan siri tiga perkara episod ketiga.

Harini akak bersyukur kerana...

1) waktu di kelas tadi cikgu omputih telah menyebabkan akak blank. eh patut bersyukur ke tak ek? ntahla.. tetiba masa nak jawab soalan tutorial, dia lalu n berdiri kat seblah. kertas akak hanya diisin conteng2 tulis balik soalan. hahahah! then cikgu pon tanya, "having those moments?" maka akak senyum saje tatau nak jawab apa. tanda otak memang totally kosong. Totally.. (gaya pompuan gediks..sila bayangkan sendiri.. :p). tapi lepas mengintai jawapan di belakang fail, tiba-tiba dapat pencerahan agung sambil jawab dengan pantas sambil tekan-tekan kalkulator konon-konon terrer. okehla.. bleh la bersyukur akak berjaya berlakon terer harini.

2) akak masih boleh menahan sakit ulcer mulut yang ada dua seblah-seblah. mereka berdua macam dah start nak berkenalan with each other pastu nak geng-geng jadik satu jek. adoi.. ulcer nih, takyahla nak berukhuwah 1 malaysia atau 1ulcer besar pulak. agaknye lebih kurang macam nila perbualan hangat mereka:

ulcer A: ehh awak.. kita boring la... jom geng.
ulcer B: alahai siannye awak boring. meh-meh datang dekat sket kita borak panjang lagi.
ulcer A: camana nak datang dekat?
ulcer B: ish slow la awak nih. macam adik tuan mulut ni yg nama akim tuh. slow gell! membesarla sket. makin lebar, makin dekat la. da! (sambil angkat bahu dan kening)
ulcer A: ok.. ok.. fine.. dah dekat sket nih. so?

Bersambung...

deyyy.. paa nih dah jadi sedutan lakonan ulcer plak!

3) ikah dah dapat dah tiket dia nak pegi cork tengok ipan hapi. (uuuu.. comelnye nama..) alhamdulillah... ikah dah tak datang menyebok-nyebok tanya nak sponsor ke tak. macam ajk bawahan biro penajaan program besar je dia.

Saturday, February 20, 2010

Tiga perkara versi 2

akak bersyukur kerana:

1) harini akak berjaya pegi kelas on-time dan mendengar dengan khusyuk. okeh tipu. adalaa jugak main2 dengan ipod. :p tapi still dengar okeh dan on time.. yes onnnn time tuhhh! hahhaa selalunye jadi orang last masuk kelas :p.

2) sakit perut pagi tadi sudah hilang. cuma tinggal bloating feeling saje. okehla tuh.

3) harini macam kurang sket panas dari biasa. walaupon still panas, tapi macam kurung sikiiit la. at least kan.

alhamdulillah....

:D

Friday, February 19, 2010

Teneneneng!!

itu ialah bunyi seperti sesuatu yang surprise muncul di depan anda... Teneneneng! hahaha pandai-pandaila buat bunyinye macammana. cumanya akak mahu eksyen sedikit oleh kerana kiraan pengunjung sudah mencecah 5000! wehhhoooo! okeh Lame.

setelah akak membuat blog ni, akak perasan, orang terrrdatang ke blog ni bila dia search:

  • aishah hatta - nih kira glamer aaa kan nama sendirik. hahaha! poyos.
  • tips pengerusi majlis - nih walaupon ada satu je entry tapi kemungkinan besar takde kot blog lain sangat yang cerita pasal ni. tetapi ada juga yang sampai ke sini dengan "pengurusi majlis" ade ke pengurusi? macam alat menguruskan badan je (kurus). ke nak cari pengurus? maaf tiada jawatan kosong di sini.
  • farid hussin - amboi2.. ada orang tumpang glemer nampaknye. pastu entry2 akak kan ada label2 atau tag tuh kan... selalunye orang hanya akan click "Farid Hussin". ehem.. ehem.. ada orang suka mengikuti perkembangan abang ke? *jeles sambil rolling eyes* pastu saje la letak lagi tag farid hussin banyak-banyak walaupon cerite pasal kucing masuk rumah. hehehe!
  • maksud kendatipun - like what? kenapa sampai ke sini bila orang carik maksud kendatipun? hahahah! bukak kamus dewan lagi bagus lah kan..
sekian.. terima kasih. :D

Tiga perkara

Hari ini akak bersyukur kerana:

1) a. Farid sudah boleh pergi kerja. ini menunjukkan kesihatan dia makin baik.. alhamdulillah... *selamat buat PPA* hahaha!

2) faham apa yang cikgu ajar tadi. ekonomi petroleum tidaklah sesusah yang disangka.. *ini ayat cuba meyakinkan diri sendiri.. :)*

3) sudah makan lauk yang best. ikan masak tiga rasa dibawa khas oleh yana, keropok lekor dari ganu dibawa oleh teah. mereka rakan serumah. *thank u! thank u! burp . :p*

"Keep a journal by your bed and each night before going to sleep write down three things you are grateful for. As the song goes, 'you'll fall a sleep counting you blessings" and help channel positive energy.'"
- Sharon Covington

Wednesday, February 17, 2010

mirah yang baru

cuti tahun baru cina adalah seronok sebab mirah balik! yeyey mirah balik! tapi... dia telah pulang bersama penyakit2 asrama... huhu! apekah penyakit asrama?

1- kaf waw ta waw - adohla. sudahla rambut mirah itu cantik dan panjang mengurai. alangkah sedihnye dia perlu memotong rambut nye itu. utk menunjukkan akak menyokong tindakan beliau itu, akak pon mintakla a. Farid memotong rambut akak juga. mula-mula dia teragak2. tapi lepas dah beberpaa zasss, dia pon macam main potong-potong release tensi katanya. hehe. apa-apa sajalah...

2- kaf waw dal ya sin ba waw ta alif - nih kesian la tengok kulit. tapi sowwy mowwy lowwy laa mirah.. no hugs hugs from me ya this time. heheh!

walaupon begitu, mirah suudah menghafal 4 ke 5 surah! hebats!

Thursday, February 11, 2010

alergik



tadi akak cuba belajar subjek geologi petroleum. sedang belajar dengan tekun, hidung akak mula berasa gatal. garu-garuk, lagi bertambah gatal. selalunya, hidung gatal bila makan benda yang alergik seperti ketam dan udang. ni tengah belaja pula gatal.


ADAKAH AKAK ALERGIK KEPADA STUDY?


hahahahhaa alasan malas belajar.

Wednesday, February 10, 2010

eskrem



panasnya utp ni... tak tahulah dah berapa kali mengeluh. tak baik tau mengeluh2 ni.. bila panas, terus la teringat eskrem-eskrem sedap...





eskrem yang sgt over tau!


hint kepada a. farid: nak eskrem! (tak hint langsung!!)


Thursday, February 04, 2010

Batu!

petang ni akak akan berjalan-jalan melihat alam untuk menengok batu. batu-batuan di malaysia. dulu malaysia ni ada gunung berapi. so esok bleh la tengok tanah yang berasal dari lava tu. apa yang menariknya?

Ntah. hehe. cuma nak bagitau je blog ni akan ditinggalkan sementara perjalanan padang (Field trip.. hahaha!) ini.

Wednesday, February 03, 2010

Jin


nee no.. nee.. no...! sila buat bunyi ambulans. tanda ada kecemasan berlaku.

banyaknye jinnnnn! makhluk halus ni sangat laa tak diundang kan. tapi dia datang juga...

inilah:


JINRAWAT. bukan jerawat. jerawat untuk yang besar2. tapi makhluk yang halus-halus kecik-kecik punye ialah jinrawat.


NEE NO! NEE no! nee no... nee no.... nee nooooo! (konon-kononnye ambulans berlalu pergi.)

Tuesday, February 02, 2010

Bayar tumpuan!??



Bayar tumpuan... itulah Pay Attention! kah!kah!kah!

Sejak menjadi pelajar semula, akak mula merasakan masalah untuk memberi tumpuan di dalam kelas sewaktu pensyarah mengajar. 1/2 jam pertama okay lagi. lepas tu dah mula la, tengok apa benda dalam tas tangan (hahaha!) yang boleh dimain. biasanya:


Telefon bimbit kesayangan ku.

Ipod Touch yang lebih disayangi dari telefon bimbit.

Maka... jadilah begini:







Howleyyy?