Lepas 2 tahun terlupa apekah password, tiba2 harini berjaya plak bukak balik blogger ni. Adakah ini tanda-tanda supaya teruskan menulis di sini??
Tau masih ada lagi yang kadang2 melawat blog ni. kesian dok baca benda lama.
Okaylah. since dah tau password, akan still write here in future. See ya!
Blogkakaksaya a.k.a BKS
Thursday, September 12, 2013
Monday, December 19, 2011
A year of silence
fuyyyooo... setahun tu tak update blog! tahun ni dahla banyak benda yang berlaku. tuhlaa.. malas tulis lagi. then dah tak ingat sangat apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. some of them:
- akak dah ada Master yo! hehehe.. setahun setengah belajar, at last dapat lah sekeping lagi sijil. dapatla naik pentas amek ijazah lagi kan. lepas ni kena amek PhD pulak kot. kena plan dari sekarang la.. nak buat kat oversea pulak laa. back to UQ perhaps? hehehehe.. kampung halaman yang sangat sangat dirindui sentiasa.
- umur dah 28. tanda-tanda penuaan sudah semakin ketara. dulu berat badan tak penahnye laa nak naik. maybe sbb metabolism tinggi. makin tua kan makin slow metabolism nye. nak dijadikan cerita, compare tahun lepas dgn tahun ni, berat akak dah naik 5-7 kg okeh! tapi bagus jugak naik berat. baru la tegang sket kulit kan. nampakla sehat.. tembam sket. anyway, masih nampak muda remaja. selalunya kawan2 mak masih ingat anak mak nih sekolah menengah yawww! hahahahaha..
- anniversary ke-7. tahun lepas hamboih beriya siap buat surprise dekat hubby. tahun ni, macam suam-suam kuku sket gayanye. tapi kami masih bahagia. Alhamdulillah... walaupon masih berdua, life goes on as what we want. rezeki murah di tempat lain nampaknya. Allah kan Maha Adil. (^_^) V.
- masuk keje balik end of July. dapat masuk section yang diminta. loving it for now.. (ada 'for now' disclaimer tuh.. :p. sebab kita taktau kan apa kita akan rasa di masa depan)
- mak on treatment for Multiple Myeloma. taknak cerita panjang on this. doakan mak cepat sembuh ye!
- still living in the same house. yang ada chandelier yg adek jeles tu. ada niat nak pindah rumah, tapi sampai ke hujung tahun ni belum lagi berjaya. lambat lah pulak prosesnya. tak sabar nih dah duduk rumah mengadap kolam pulak.. hehe. and peluang untuk buat interior design again! yippie! rumah sekarang banyak barang n cabinet colour hitam. next one nak putih pulak. alamak.. baru teringat kena kumpul duit laaa lagi untuk renovate. aiayayayayaaiiii!
- hakim dah abeh UPSR & UPSRA. dapat 5A dan 8A 1B respectively. dah besor dah budak manja sorang ni. nanti mesti dah tak comel sngat dah bila dah masuk form 1. taktau lagi ni dia masuk sekolah mana.
- insyirah & hafiy pon dah besar panjang. eh tak.. insyirah ye laa dah besar panjang, hafiy masih pendek. ehhehehe... tapi dua2 pandai. cepat sgt laa korang nih membesar. nanti next entry masukkan gambar2 korang pulak k.. jangan next entry tahun depan pulak sudahlaaaaaa... hahahhaha...
Wednesday, December 15, 2010
yeeehaaw!!
i know... i know.... korang rindu kan... :p
nak recall semua yang berlaku dari september ke disember macam banyak sangat yang berlaku. apa yang teringat jekla letak kat sini keh!
anniversary kitorang yang ke-6. kejaaaaaaaaaaaap sangat rasa dah 6 tahun. macam eh! kalau ada anak nih tahun depan darjah satu hokeh! ngahaha.. tapi seperti yang diketahui ramai, kitorang kan still berdua. kalau jalan2 ramai2 yang dah berfamily, mesti orang ingat baru kawen minggu lepas. gahaha! nak-nak plak skang berjauhan. asal jumpa sure nak dating-berkepit-sume benda nak buat sama-sama.
patutnye on the A-day tuh akak ada kelas. jadinya macam dah sedih2 je muka tak dapat balik nak celebrate. doa punye doa punye doa... sekali last minute kelas tuh postpone. akak pon mcm melompat gembiradumdidum la kan. tapi bila abg farid call "balik tak?" terus berlakon buat suara sedih sedu sedan mintak maaf tak dapat balik beraya di kampung kali nih.. :p padahal pagi2 tuh jugak naik train pantas (ipoh-KL in 2 hrs) untuk mengejutkan dia. bertolak pukul 11, sampai klcc kol1 lebih. lari-lari dari kedai ke kedai mencari kek eskrem tapi tak jumpa plak. maka, akak pon ke kedai cekelat go*di*va dan beli cekelat yang dah lama tgk macam sedapnye tapi harga mahal ya Allah! (nota kepada semua: kalau rasa diri tuh bukan millionaire, baik takyahla beli cekelat nih. sgt tak worth okeh! sebagai penggemar cekelat tegar, saya dengan ini tidak merecommend anda membeli cekelat di kedai ini). then lari-lari anak ke pintu twin tower nak naik ke ofis hubby.
nak jadi lagi drama, nametag pet akak tuh tak didetect oleh mesin pen'detect'. alamak! macammana nak buat surprise nih. macam lame nye surprise dia kat lobby je. terusla jumpa pakgad dan makgad klcc nak activate balik kad. lama sangat kot tak guna kad tuh terus dia deactivate sendiri. rupenye kejap je activate, then terus la akak masuk naik lif ke tingkat atas sekali tuh. sampai di workstation abg farid, dia tak balik lagi dari lunch+solat. so tarik nafas dulu duduk kat kerusi dia. pergh kemas gila okeh workstation! patutla jadi meja contoh utk 5S! kalau tempat akak, mak aihhhhh bermacam benda ada atas meja.. *malu di situ...*. tak sampai lima minit dengar suara dia cakap di telepon dongan omak abah eh.. "haa aishah tak balik minggu nih. dio ado kelas. bla bla bla..." akak dah tergelak2 je tunggu dia sampai ke meja. sekali sampai terus terkejut macam nak terlepas henpon di tangan. haha! yessss berjaya buat surprise!
dah gelak2 senyum2 borak suara pelan2 ala romantik konon (sebab floor tuh sangat laaaa senyap sunyi) akak pon pulang ke rumah. kepenatan. bukak fridge nak tengok nak masak apa untuk lunch, sekali ada benda nih:
heaven on earth! sedapsssssssssssss
rupenye abg farid dah ada perasaan yang akak akan balik jugak minggu nih. so this is a surprise for me as well! .. :')).
dah penat nak taip, so as a conclusion, malamnye kitorang dinner:
beef steak with homemade coleslaw and salad
since takde candle, jadinye, instead of candle light dinner, jadi:
chandelier light dinner... :D
Labels:
Aishah Hatta,
Farid Hussin
Tuesday, September 28, 2010
ke kiri ke kanan
akak dah semakin senyap sepi dari blog ni. selalunya memang ada je benda nak cerita, tapi tiap kali nak taip, macam ada feeling yang menghalang. nak cari masa nak taip pon satu hal juga.
kelas dari hari Malaysia, ke weekend, sambung lagi ke weekdays memang memenatkan la. macam exhausted pon ada. sempat balik kejap rumah sebab plan nak ke walimah sahabat. tak berkesempatan juga walaupon plan baeeekkk punya. akak dan hubby berulang-alik, hospital - rumah mentua sebab baby sharafana atau nama glemer shashabanana admitted. abah (mentua) pon tak sihat lagi. jadi plan nak reunion dan makan free di kenduri terpaksa cancel. not complaining though, bila tengok shasha gelak-gelak dengan hanya main cakcak dan hellohello, terus hilang penat. :)
bila duduk jauh-jauh ni rasa macam banyak je hak-hak yang tak tertunai. balik kejap haritu jumpa mak dengan ayah pon macam 5 minit je. akim pulak tiba-tiba macam manja, masuk je pintu rumah dia lari datang pelok. oh sungguh mengada tapi adalaa comel sket. nanti dah baligh sure tak comel dah. :p plus, dengan opah yang dah tak larat bangun... macam menunggu masa je. moga Allah sihatkan opah...
dengan hubby pon macam sekejap sangat rasa quality time. *start to feel guilty....* am i homesick? ngehngeh...
Monday, August 30, 2010
so many things
- baby comel *nama tak announce lagi* dah keluar dengan selamat pada hari nuzul Quran. baby nih memang saja dia nak overdue seminggu supaya dia lahir pada hari yang best. seronok tengok abang kerel struggling jaga baby. hehehe! dah pandai change diaper. belum pandai mandikan lagi. okayla.. itupon dah a big leap untuk abang kerel kan. *still macam tak percaya abang dah jadi ayah* =D
- baby kaklang pon keluar in Ramadhan. elok2 je masuk 10 hari terakhir nih kan. pagi tadi dapat sms dan mms gambar baby. comel lebat rambut dia. muka sebijik sebijon abang dia ayunnuar. *lama tak guna sebijon! :p*
- baby akak? takde la pulak lagi. dah seminggu demam-sakit kepala-muntah-demam-muntah lagi, 'it feels so right' (bak kata hubby habibi). too bad, test negative juga. does it hurt? oh test tuh of course la tak sakit langsung kan.. sakit hati tengok satu line? adalaa mencucuk sikit tapi it lasted for 5 minutes je kot. life goes on. try again! :p
- abah (hubby's dad) di IJN now. hope everything went smoothly.. amiin....
- penaat laa tak sehat nih. yup penat sakit especially bulan puasa. *come on.. positive vibes please!* apakata kita shopping online nak? untuk okaykan mood? muahahaha!
- baca Quran daa..! (T_T) *tunduk insaf...*
Labels:
Aishah Hatta,
Farid Hussin,
Khairil Hatta,
Noor Suhaila
Wednesday, August 25, 2010
chuggy chuggy
- hafiyya babaya! hafiyna banana! itu cara glemer panggil irfan hafiy. kalau sebut je, sure dia carik akak@makngah comel. hehe.. coomellest! memang agak sunyi la rumah ni dah takde hafiy. sbb dia suka bebel-bebel macam umminye. kalau dia main senyap-senyap pon semuorang la nak tanya dia... " hafiy..! hafiy..! main ape tuh? senyap je.." macam laa dia dah pandai jawab kan. kalau sekali dia 'buat mata' semua pon kerumun la dia asking for more. memang mokcikpokcik dia semua nih jakun sket.. takde budak ketot kenot lain kan...
- baby *nama panjang* abang still belum nak keluar. best sangat lah tuh dalam perut mama suhaila. or dia nak bagi mama dia manja lagi dengan papa kerel. bagi peluang makan sedap-sedap dulu before kena berpantang. dahla duduk prince court kan. memang sedap gila makanan kat situ. kalau nak bayar sendiri, mahal sangatla.
- kembali kepada perkembangan puasa akak, alhamdulillah bertahan. sakit kepala still tak hilang lagi. paaaaling sakit bila nak sujud. rasa macam nak meletup je kepala berdenyut. pernah jadi macam ni tapi selalunya bila lepas naik flight international. tapi ni just demam n selsema haritu terus kena pulak. memang mintak maaf sangat kepada yang menjemput iftar2, tak dapat la nak tunaikan. segan pon ada takut terlepek kat umah orang kan. takkan nak jadi 'mem' tunggu orang buatkan air, hidangkan dan akak just makan kan. hehehe.
- bila dah melepek saje duduk rumah tak larat nak keluar, aktiviti yang boleh dibuat pon jadi terhad. maka akak pon tiba-tiba terlibat dalam kegiatan berbahaya iaitu berbelanja secara atas talian (= online shopping :p). nasib baiklah memilih untuk membeli buku. best wooo! takyah pegi mana-mana, click-click, tiba-tiba satu hari ada surprise oleh pakcik posmen. dahla free shipping. harga bukunya kalau ditukar ke matawang ringgit, lebih kurang sama je dengan buku di kino ataupon borders ataupon mph. tapi sebab jimat dekat bab shipping, tenaga dan masa, lagi best beli buku online la. =D bagi yang tidak mengetahui, meh akak ajar step-by-step:
- Pergi ke website http://www.bookdepository.com ataupon http://www.bookdepository.co.uk
- Carik buku yang nak dibeli. boleh tahan banyak la pilihan.
- kemudian masukkan data yang diperlukan seperti nama, alamat, cara pembayaran, dan lain-lain.
- Tunggu buku sampai rumah. :)
- Jangan lupa bayar kad kredit.
kata tadi kegiatan berbahaya. lagi mahu promote kepada manusia lain. nih kes alang-alang terjebak, biar ajak berjemaah.. :p
Labels:
Aishah Hatta,
Irfan Hafiy,
Khairil Hatta,
Noor Suhaila
Monday, August 23, 2010
Dibo Dibo Ding
sekarang sudah pukul 7.45pagi. perkembangan usaha akak untuk tidak tidur masih berjaya walaupon menguap macam hape saje. by the way, semalam akak memang sangat berjaya lah. tak tido langsung sampaila malam. dan semalam merupakan antara hari puasa paling bagus untuk akak. selain sakit kepala yang memang tak berhenti sangat lagi tu, akak okay. makanan tak keluar balik after masuk. solat tarawikh berjemaah. dapat main dengan hafiy lagi kejap-kejap. cuma bacaan Al-Quran yang sepatutnya 1.5 juzuk sehari je tak habeh semalam.
alaaaa..... hafiy dah nak balik ireland. flight 9pagi nih. budak ketot (nih onyang dia panggil.. etot.. oo etot) ni naik kapal terobang macam naik bas jek. ntah berapa kali dah. baru 9 bulan, dah lebih 10 kali kot.. dari Cork ke London ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar ke KL ke Alor Setar.. (ok..ok.. u get the picture right! :p). kita dulu, masa kecik, mana ada sukahati naik kabang kan. (kabang = kapal terbang versi akim masa kecik... bila nampak je, dia jerit: kabang! kabang! hehe comel je. tapi sekarang dah tak comel sebab hafiy yang comel ketot plak) hmm... rasanya first time akak naik ialah.... hmm.. pegi Medan kot. masa Form 1. satu family pergi. masa tu Mirah dalam perut mak lagi.
ingatkan nak letak gambar hafiy. tapi rasa malas plak nak pindahkan gambar. jadinya, sampai di sini dulu. didingbodiboding!
Labels:
Aishah Hatta,
Amirah Hatta,
Hakim Hatta,
Irfan Hafiy
Sunday, August 22, 2010
ting tong!
harini adalah cubaan kedua untuk tak tido lepas subuh. hari pertama (semalam) berjaya stay sampai pukul 7 je, then terus lentok sebab tertido duduk. sapa suruh duduk atas katil kan? saaajee sangat la tuh! :p okay harini berjaya stay lagi... (sekarang pukul 7.30am) haha! kalau tertido pon, sekurang-kurangnya dah improve la kan by half an hour. :D hari ini lebih baik dari semalam...
kenapa cerita pasal tak tido lepas subuh plak nih? actually, akak baca somewhere tak ingat kat mana, kalau tak nak rasa lapar sangat masa puasa nih jangan tido lepas sahur atau subuh tuh. so rasa kenyang tuh lama sikit. badan harapnya boleh tahan lama tak rasa lapar la. semalam macam ada rasa improve la dari kelmarin. kelmarin, dahla baru nak baik demam kan, pastu pegi tido lepas subuh, bangun-bangun je dari tido tu terus rasa sangat lapar. bila sangat lapar di awal pagi, petang jadi apa? lunyai laa.. dahlaa hypoglycemic, so dah pening-pening, sakit kepala rasa mahu munt*h, buka je terus angin-angin plus acid2 suma keluarkan balik apa yang masuk.
semalam ada rasa better sikit tapi sebab kena sinus headache, maka sepanjang hari laa tak tenang sangat. so kita tengok harini macammana. dah ready siap-siap:
- makan ubat antacid lepas sahur (before azan subuh laa ofkos..)
- makan antibiotik (pinjam opah punye. :p)
- makan panadol
- tak minum sampai kembung sangat
- tak tido lepas subuh. :)))
okay baru nak rasa ngantuk-ngantuk sikit. sabar.. sabar.. tunggu perut nih surut dulu baru boleh pikir tido. Rasulullah kan galakkan tido before zohor KEJAP je kan. ada orang tido dari lepas subuh sampai dah masuk zohor. haha!
Thursday, August 05, 2010
Poso
Masih belum recover sepenuhnya dari suspected food poisoning haritu. berangin-angin rasa badan just tak cukup kuat untuk keluarkan apa yang dah masuk perut. (euuw.. why am i talking about this??) dizzzzyy.. perkataan dizzy memang sesuai kan untuk memaksudkan pening. bila sebut atau taip dizzy terus rasa pusing-pusing.
haha! ape akak tulis nih? ntahla.. just risau tak fully recover nanti dah nak puasa. dan dah dapat agak dah what will happen bila puasa ikut pengalaman tahun ke tahun. ya Allah.. bagi kekuatan. for some people, puasa adalah sangat senang, but not for me. kalau dapat puasa penuh, leganya rasa. sebab puasa bulan Ramadhan dengan puasa ganti, saaaaangat lain feel nye. kalau lah time puasa Ramadhan yang penuh semangat dan sokongan tu akak tak berapa kuat, ape lagi puasa time semuorang tak puasa. (^_^)
another negative point, kelas diawalkan! every week ada sampai lah tatau bila. tapi akak tanak pegi masa bulan puasa. mana larat nak drive ke perak, ke kelas, be active in class masa tengah puasa? (tak buat lagi dah kata tak larat! ngehngeh..) i want my full time Ramadhan. focus. naseblaa.. howley?howley? can i just not go to that class?? i promise to study some other time. can meh? pweeesshhhh... pwettty pweeeshhh.. (sambil minum air glukosa perasa anggur.. yumms!)
Friday, July 30, 2010
abnormal?
yahoo! sudah start cuti. akak cuti bulan puasa sampai raya ke dua. takpelah tak raya lama, yang penting Ramadhan boleh fokus. fokus ibadah dan jaga kesihatan. :D hopefully tak payah minum glucose drink banyak-banyak time sahur dan buka sebab tak banyak heavy activity di siang hari. :)))
semalam masa berdating dengan hubby habibi, borak-boraklah pasal kehidupan dan masa depan. (perghh ayat! :p) antaranya borak tentang orang yang dah kawen, normalnya, settle down kat satu tempat. yang kami ni, tak settle-settle. nak kata baru kawen, ni dah tahun kelima! mana letak kepala, di situlah tido. di mana dihidang lauk, di situlah makan. di mana kami berdua, di situlah 'home'. hehe. tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.
menyambung cerita pasal settle down, normalnya, orang duduk awalnya rumah kecil. kemudian pindah ke yang besar sket. bila dah senang, duduk di rumah lagi besar. tapi kami pula ada beberapa pilihan. pernah duduk di flat, pernah merasa duduk rumah teres dua tingkat yang besar, pernah duduk rumah banglo mak ayah. at last kami nak duduk di rumah yang kecil, yang paling kecil antara pilihan yang ada. :p. terasa senang, tak payah pikir nak kemas sangat. tak perlu ruang besar untuk anak-anak berlari. tak perlu dapur besar, asal boleh masak sekali-sekala. tak perlu bilik yang banyak sebab nanti dibiarkan kosong, ada penghuni lain pula. hehe. tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.
berborak pula tentang masak-memasak. normalnya, isteri masak, hubby makan n komen sedap ke tak. tapi disebabkan kami masih berdua, rasa macam tak worth la nak masak (read: malas nak masak!). better habiskan masa bersama buat benda lain, baca buku ke, borak-borak ke. sekali, masa tengah borak tuh, akak cakap kat hubby "lama tak rasa masakan abang!" haha! tapi takpelah. memang kami family abnormal kot.
abnormal kah kami? apa yang penting...? kami happy!
Subscribe to:
Posts (Atom)