Thursday, January 28, 2010

i love white!

dah lama akak tak bukak freshome.com

tadi bukak ternampakla gambar rumah yang sangat putih. sangat suka! tapi nak jaga punyelaaa susahkan kalau nak fikir logik. huhu! berangan saja suda laa..

enjoi gambar2 nya. selebihnya sila bukak di sini






tanteknyerrr!!

Wednesday, January 27, 2010

Alam yang indah...


Rahmat yang Esa.

Akak sangat tak sangka akak boleh rasa teruja di dalam kelas GeoScience setakat ni. ingatkan akan tertidur-tidur, walaupon ada lah juga beberapa minit dihabiskan dengan membelek telefon bimbit mahupon ipod kesayangan. Tapi selebihnya memang menarik lah. Fakta-fakta yang mengujakan:

1) berjuta-juta tahun dulu, India adalah dekat antartika. bersama dengan australia. kemudian Indian continent bergerak dan melanggar Eurasia continent dan impaknya membentuk pergunungan Himalaya. kalau yang tak tau, Himalaya tuh la tempat Gunung Everest.


2) Diamond dalam bahasa Melayu ialah Berlian. Sebenarnya perkataan berlian datang dari perkataan Brilliant. ini disebabkan potongan berlian bentuk di bawah adalh dipanggil Brilliant cut. orang melayu cakap.. brilliant.. brillian... berilian.. berlian! ahahahhaa!


ini sudah tentulah perkara sejuk untuk masakini! Cool!

Monday, January 25, 2010

Sejuk!! (Cool!! :p)

Perkara sejuk (cool stuff):

- kelas pagi akak dibatalkan kerana pensyarah menghadiri mesyuarat. maka kelas bermula jam 2 petang. Cool!

- setiap waktu rehat (minum pagi dan petang) makanan disediakan. pagi tadi makan bihun goreng. petang pula kuih-muih. Cool!

- kelas petang bermula lebih kurang jam 2.30ptg dan tamat jam 3.45 ptg. Cool!

- hujan agak lebat setelah tiba di bilik menyebabkan bilik terasa sejuk sedikit dan sesuai untuk tido.. eh berehat! Cool!

Perkara yang tidak berapa sejuk (Not-So-Cool NSC):

- kepanasan di sini menyebabkan kadar berpeluh meningkat 400% dan merimaskan. NSC!

- perpeluhan juga menyebabkan pipi yang sangat jarang berjerawat ditumbuhi jerawat bagaikan pokok mangga di rumah yang dibajai baja yg bagus.. NSC!

- cuaca yang boleh berubah sesuka hatinya.. panas tak hengat pagi dan hujan lebat tak bleh blah di sebelah petang. panas semula di waktu malam. NSC!


p/s: bersyukurlah.. bersyukurlah...

Sunday, January 24, 2010

1. 2.. 3...

1- tahniah kepada awin yang telah selamat melahirkan baby semalam. comelnye YUSUF! masa aunty aishah (ehem.. ehem.. aunty? ke mokcikkk? hahaha) datang semalam dia tido dgn amannye. sorry semua lupa nak tangkap gambar baby. teringat bila dah keluar bilik wad tu. huhu!

2- ini adalah entry pertama dari bilik asrama ku di UTP. not bad la kelajuan internetnya. hehe.. lega sbb tak lupa bawak network cable. nasib baik tadi tidak menangis seperti mirah apabila abg Farid pulang. mirah tu sampai mak balik nangis.. telepon umah nangis.. mak datang pon nak nangis. ish ish ishhhh... :p

3- baru nak excited balik sebab sedang jadi pelajar. esok pagi tidak perlu berjem2 dia jalanraya untuk ke ofis. yayyy! sini kelas tak jauh dari village ku (village tau korang.. dia panggil asrama dia. tapi tak kampung langsung la kan.) bleh jalan kaki je kot esok. waaahh! bagusnye eksesais di dalam kepanasan maksima tronoh ni.. eh silap.. Seri Iskandar nih... nama sume nak glamer jek! lepas ni sama laa kulit ngan kamil yang gelap ituhh.. noooo!!

Saturday, January 23, 2010

selamatlah...



saje google nama awin. keluarlah gambar2 ni. :)

awin,

selamat melahirkan baby yang comel.





p/s: sedang menunggu berita dari labour room. semoga Allah permudahkan awin. :D


Friday, January 22, 2010

saya pelajar baru.. :)


cantik kan??? subhanallah. ni masjid UTP.


saya pelajar baru di UTP.
:)








library


semua gambar didapati dari google.

Thursday, January 07, 2010

sambil-sambil

akak sedang di hotel eh hospital 5star. sementara abang Farid tgh lena diulit mimpi selepas makan painkiller, so akak pon mengisi la masa kejap mengupdate. :)

status kesihatan a.F: alhamdulillah operation semua ok. tapi ni still sangat sakit katanya. bila lega sikit lepas makan ubat or morphine, terus dia lena.

di atas nota yang lebih ringan (on a lighter note .. hehe! dah lama tak mentranslasi begini) akak sedang menengok satu website home deco yang best. cool tak?









Monday, January 04, 2010

kehilangan

alaa.... tak bestla mirah takde kat rumah. kehilangannya terasa.
- takde orang nak buatkan air sirap
- takde orang nak buat 'L' lawan-lawan dengan abang farid
- takde orang nak pegi pukul akim bila dia degil taknak solat cepat
- takde orang nak mintak tolong amekkan barang kat bilik atas
- takde orang nak buat 'whatev' dan 'sss' sambil menyambung jari apabila bercakap perkataan sama serentak.

p/s: adik & abang, mak kata mata mirah berair masa nak kena tinggal. siap pesan soh mak datang weekend nih melawat. kah!kah!kah! *sorry mirah.. :p*